Monday, 17 December 2012

MELAYU DAP BODOH!!!

-DAH NYATA AWAK TAK ADA RUANG DI SANA MASIH NAK BERSEKONGKOL DENGAN AL-KAFIRUN-AL-KAFIRUN TU? KEKEKE!!!-

Sengaja atau tidak disengajakan apabila kesemua lapan (8) pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) disingkirkan apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung semalam.

Ini sekaligus membuktikan perwakilan DAP yang majoritinya Cina mahu parti itu kembali kepada asal, iaitu parti untuk orang Cina.

Konsep pelbagai kaum yang mahu diamalkan DAP itu ternyata tidak menguntungkan orang Melayu. Ini disebabkan orang Melayu tidak menguntungkan parti itu walaupun kini memperlihatkan perkelahian antara Melayu dalam UMNO, PAS dan PKR.

Kesemua 8 pemimpin DAP yang berketurunan Melayu itu memperoleh undi-undi paling sedikit.
1. Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP memperoleh 305 undi.
2. Zulkifli Mohd Noor, Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang memperoleh 216 undi,
3. Senator Ariffin S.M Omar memperoleh 748 undi,
4. Ahmad Ton, Naib Pengerusi DAP Johor memperoleh 347 undi,
5. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Timbalan Pengerusi DAP Pahang memperoleh 121 undi,
6. Solaiman Op Syed Ibrahim Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung memperoleh 98 undi,
7. Roseli Abdul Ghani memperoleh 39 undi, dan
8. Harun Ahmad hanya memperoleh 28 undi.
Di akhir pemilihan itu, anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu menyatakan mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.
"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa.
Pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti. Sebaliknya lebih berasaskan kaum. Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Setiausaha Agung parti itu Profesor P. Ramasamy gagal meraih sokongan daripada perwakilan.
 
Sumber: Wira Kenyalang

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®