Monday, 24 December 2012

BANDARAYA KUCHING DI "SERANG" PENGEMIS CHINA?

-AKU DOK MAKAN KAT SALAH SATU DARI KEDAI YANG MENGHIDANG "MEE KOLOK" SARAWAK YANG TERKENAL DI BANDARAYA INI, TETIBA KELIBAT MAMAT PENGEMIS DARI CHINA NI DATANG MERAPATI MEJA AKU!!!-

Aku tidak pernah memandang rendah kepada pengemis kerana aku tahu bukan pinta mereka jadi begitu dan aku juga sedar, sesiapa pun termasuk aku sekira ditakdirkan menempuhi apa yang mereka tempuhi juga boleh mengemis seperti mereka.
 
Tapi terus-terang, kalau aku ni kalau nak beramal-jariah pun nak kena tengok keadaan, tengok dulu "rupa" pengemis dan tengok situasi, tapi jika pengemis tu macam salesman buat "table to table" approach, minta maaf, aku tak layan, kan derma ni kena ikhlas?
 
Berbalik kepada kes aku yang berlaku dua hari lepas ketika aku sarapan pagi dengan isteri aku di salah sebuah kedai "mee kolok Sarawak" yang terkemuka di Satok (Alaaa..Kedai Mee Sapi Haji Salleh..promo ni!).
 
Tetiba jer sorang mamat pengemis ni dalam lingkungan umur 50-an datang ke meja aku mintak sedekah' kesian jugak aku tengok dia ni sebab tangan kanan dia kudung, lalu aku sapa dier dari mana, dia jawab aku dalam loghat Cina yang aku tak fahami (aku faham juga serba sedikit akan bahasa Cina local maa!!) sambil menggeleng-gelengkan kepala tanda tak paham!!
 
Sah lah, anggapan aku dier ni pengemis China yang mengemis di Sarawak ni! Persoalannya maner orang-orang jabatan kebajikan? Sampai "pengemis antarabangsa" boleh sampai ke sini!
 
Nasihat aku kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, tolong laksanakan tanggungjawab anda. Dan kepada penderma-penderma budiman, kalau nak buat baik tu berpada-padalah, kerana semakin anda memberi mereka ini akan naik kepala dan terus akan meminta!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®