-SUNGGUH “TERKENAL” SEKALI SI “TOKONG” ITU SEHINGGA DIA DIBANGKITKAN DALAM PERBAHASAN
PENGULUNGAN BAJET 2013 SARAWAK .. WONG SOON KOH BAGAIKAN “MEMBOGELKAN” DAP DENGAN
BIDASANNYA YANG SINIS & PEDAS SEHINGGA SEORANG DUA DARIPADA ADUN-ADUN DAP
KELUAR DARI DEWAN UNTUK “MENGAMBIL NAFAS”!!! KEKEKE!!!
Sikap Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu “Tokong” Lim Guan Eng adalah contoh mudah
mencerminkan “kesombongan dan kediktatoran” pimpinan tertinggi DAP, demikian tegas
Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Dato Sri Wong Soon Koh
dalam ucapan pembahasan pengulungannya semalam.
“Itu bukan saya yang cakap ah .. Timbalannya sendiri (Mansor Othman-PKR)
yang cakap okay,” tambahnya lagi apabila beberapa anggota DAP kelihatan cuba
mencelah untuk membantah apa yang dia (Wong) bahaskan.
“Tolong duduk diam-diam dan dengar .. mungkin anda boleh belajar dari apa
yang saya akan cakapkan,” kata Wong tanpa memberi sebarang ruang sambil
melambai-lambaikan tangannya membuat arahan supaya ADUN-ADUN DAP itu untuk
duduk.
Ahli Parlimen Sibu yang juga ADUN Bukit Assek, Wong Ho Leng yang pada
mulanya cuba mempertikaikan isu ‘Tokong’ juga tidak lepas dari di “balun” Wong Soon
Koh sehinggakan dia (Wong Ho Leng) tersengih-sengih macam kerang busuk memandang ke kiri dan ke kanan bagaikan “meminta
bantuan” dari rakan-rakannya.
Agak anih kerana kali ini, tiada sesiapa yang membantunya selain dari ADUN
Kota Sentosa yang juga Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen yang sekali
sekala cuba mencelah namun agak begitu ketara sekali Chong tidak berusaha bersungguh-sungguh
seperti biasa mempertahankan Wong Ho Leng yang jua Ketua DAP Sarawak.
Setelah diberi amaran sebanyak tiga kali oleh speaker, Chong tidak lagi
berani mencelah dan melangkah keluar dari kamar Dewan untuk “berehat” di ikuti
seorang lagi ADUN DAP.
Syabas Wong Soon Koh-SUPP kerana ketajaman lidah membangkitkan isu “tokong”
yang seakan benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada Wong Ho Leng kerana
melibatkan ‘bos’nya di peringkat pusat dan juga merupakan Setiausaha DAP Pusat
yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Isu ‘tokong’ atau ketua yang sombong dan angkuh seperti Lim Guan Eng yang telah diketahui
umum melaui rakaman keceluparan mulut Mansor Othman dalam Mesyuarat PKR Pulau
Pinang yang membincangkan persiapan menghadapi PRU-13 telah membuatkan
kedudukan Mansor Othman sebagai ADUN di Pulau Pinang terjejas.
Ini adalah sebahagian sedutan Mesyuarat PKR Pulau Pinang yang
dipengerusikan Pengerusi PKR Pulau Pinang sehingga mencetuskan kekecohan
dalaman PKR dan DAP.
“Guan Eng macam tokong
you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong, itu
yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and arrogant. Tapi tidak apalah,
whatever it is, we get ourselves stronger, young people you orang kena prepare,
every seat kita nak bertanding, kena ada orang.”
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®