Sunday, 25 November 2012

TINDAKAN ANWAR MINTA CAMPURTANGAN AUSTRALIA AMAT MEMALUKAN!!!

-INI DIA (ANWAR) PERGI SANA..CUCUK SANA..CUCUK SINI!!! SAMPAI GITU SEKALI YA? KEKEKE!!!-
Datuk Seri Najib Razak mengingatkan semua pihak khasnya pembangkang agar tidak cuba melibatkan campur tangan asing dan membawa budaya negatif dari luar yang boleh merosakkan potensi dan masa depan Malaysia sebagai sebuah negara.
 
Menyelar tindakan yang disifat memalukan negara itu, Perdana Menteri berkata potensi Malaysia tidak wajar dirosakkan dengan kemasukan anasir luar kerana negara ini penuh dengan pengharapan dan mempunyai masa depan yang lebih baik daripada apa yang dimiliki hari ini.
 
"Kita sudah ada yang baik di sini...'why fix when it is not broken' (kenapa nak betulkan jika tidak ada yang salah)," katanya ketika berucap pada Himpunan Barisan 1Malaysia : Untuk Masa Depan Rakyat sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam (Sabtu).
 
Najib berkata Malaysia kini menjadi contoh kepada banyak negara malah ada yang mencemburui kejayaan dan pencapaian negara namun ada pihak di dalam negara yang sengaja mencari kesalahan kerajaan untuk dijaja ke negara luar.
 
"Jangan cakap dalam negeri, orang Bangsamoro pun hendak berdamai pandang ke Malaysia, (selama) 40 tahun, lebih 100,000 orang sudah mati, tapi kata putusnya pada Malaysia.
 
"Di sini ada orang cari salah pada kita, (sedangkan) yang lain lagi teruk. Di Amerika Syarikat pilihan raya presiden pun banyak masalah, pengundi tidak ada nama di tempat mengundi, keputusan lambat, tetapi tidak ada pihak yang kata ada penipuan besar, pemilihan (Presiden Barack) Obama bagi penggal kedua tidak sah, tidak ada...," katanya.
 
Sambil menempelak pembangkang yang sering mempersoalkan dan mempertikai kerajaan, Najib berkata mereka bagaimanapun mendiamkan diri apabila barisan pembangkang berjaya merampas lima negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
 
"Jadi jangan minta negara luar campur tangan, jangan bagi malu kepada negara kita. Kita sudah buat yang terbaik untuk Malaysia tapi dia pergi Australia untuk minta campur tangan, nasib baik Australia tidak ikut," katanya, merujuk tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan meminta bantuan Australia untuk memastikan pilihan raya umum bebas dan adil di Malaysia.
 
Australia bagaimanapun menolak rayuan itu serta menegaskan bahawa negara itu tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.
 
"Dia tahu kita ada hubungan baik, dia tahu pemimpin kita, dia kenal. Ini dia (Anwar) pergi sana cucuk sana, cucuk sini.
 
"Kita jangan jadi macam itu, kita ada peluang dan masa depan yang cukup baik jadi fikirkanlah untuk masa depan anak-anak kita," katanya.
 
Menyedari sokongan rakyat tidak lagi tertumpu hanya kepada parti-parti siasah, Najib berkata realiti baharu politik yang didukung perkembangan teknologi maklumat menuntut kerajaan untuk mengukuhkan hubungan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat umum.
 
"Sebab itu kita mengiktiraf NGO kerana Barisan Nasional (BN) faham masa depan negara bergantung kepada permuafakatan bersama NGO dan masyarakat madani yang seharusnya dibawa bersama sebagai rakan kongsi untuk mencapai matlamat mentransformasikan negara," katanya.
 
Menegaskan BN bukanlah parti yang kaku, Najib berkata kerajaan bersedia melakukan perubahan untuk membawa kejayaan lebih besar kepada negara.
 
"Kita telah membuktikan tidak semestinya kita tukar kerajaan untuk maju tetapi kita boleh membawa perubahan yang besar dengan kerajaan yang sama," katanya.
 
Sumber: BERNAMA

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®