Monday, 19 November 2012

SOALAN TUN M, HADI MASIH MEMBISU

-SEWAKTU TEMURAMAH, PAS BUAT-BUAT "BODOH" DAN CUBA SPIN SOALAN!!! KEKEKE!!!-
Tun Mahathir sebelum ini meminta Pas perjelaskan konsep keadilan sepertimana Hudud yang dibawa oleh Pas -

"Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam.

"Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam,"


"Hukum orang Islam potong tangan manakala bukan Islam dikenakan penjara dua bulan akibat kesalahan mencuri.

"Itu dilihat tidak adil dan bertentangan dengan agama Islam,"
Sinar 17/11

Saya tak percaya yang Hadi ni bodoh ... sebab jawapan yang diberikan beliau tampak keanak-anakan. Saya lebih percaya yang Hadi menganggap level pemikiran orang Pas ni begitu rendah untuk menerima jawapan yang lebih kemas dan lengkap.

Ada ker diberinya contoh minum arak ...... semua orang pun tahu yang bukan Islam tidak akan dihukum sebab minum arak. Itu perbuatan yang tak bersangkut paut dengan orang lain / jenayah.

Untuk menunjukkan Keadilan Hudud yang dibawa Pas, berilah contoh yang lebih relevan, seperti yang diberi oleh Tun Mahathir diatas - Perbuatan MENCURI yang sama dilakukan oleh seorang Islam dan seorang bukan Islam , Bagaimana Hudud Pas mahu menghukum kedua2 orang itu ?

Adakah pencuri beragama Islam dihukum mengikut Hudud dan pencuri kafir dihukum ikut undang2 lain ? Hukumannya pasti berbeza. ITU YANG DIMAKSUDKAN OLEH TUN MAHATHIR.

Saya harap Hadi atau mana2 pemimpin Pas dapat menjawap sebab saya percaya ramai yang tertanya2 bagaimana Hudud Pas mahu menangani masalah seperti contoh diatas.

Jenayah SAMA yang dilakukan oleh dua orang - seorang Islam dan seorang kafir, bagaimana Pas mahu menghukum ?
 
Nak tengok video macamana cara Presiden Pas menjawab, klik sini.

Sumber: Din Turtle

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®