Apakah disengajakan Pustaka Negeri Sarawak menjemput Bendahari Angkatan
Muda Keadilan (AMK) PKR Sarawak, Arip bin Ameran sebagai penceramah di Ceramah
Umum “Hak-Hak Wanita Di Sisi Hukum Syarak Undang-Undang Keluarga Islam” pada
Jumaat, 23 November 2012 di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.
Difahamkan Pustaka Negeri Sarawak merupakan badan berkanun yang terletak
di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. Apakah Kerajaan Negeri Sarawak
mahu pengaruh PKR berlegar-legar di kalangan pegawai dan stafnya lebih-lebih
lagi menjelang PRU-13 ini? Apakah tiadanya pemantauan di kalangan
pegawai-pegawai atasan Pustaka Negeri Sarawak dalam memilih pencermah? Atau, ada
di kalangan pegawai dan kakitangan Pustaka Negeri Sarawak yang cenderung kepada
PKR dan Pakatan Pembangkang?
Ceramah Umum yang dianjurkan Pustaka Negeri Sarawak ini diadakan secara
terbuka dengan menjemput ramai di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan.
Difahamkan ceramah ini tidak memerlukan permit memandangkan ia diadakan di dalam
premis Pustaka Negeri Sarawak. Situasi ini memberi kelebihan penceramah untuk
mengadakan ceramah dengan lebih terbuka termasuk menyampaikan propaganda politik
PKR dan Pakatan Pembangkang kepada audein.
Arip bin Ameran atau lebih dikenali dengan nama “Si Tanggang” di kampung
halamannya di Kampung Sambir di Asajaya. Malah, dalam PRN Sarawak Ke-10 pada
April 2011, Arip Ameran telah bertanding di N.14 Asajaya dengan menentang calon
BN, YB Abdul Karim Hamzah yang juga kini Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Sarawak.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-10 di N.14 Asajaya, calon BN, Abdul
Karim Hamzah mendapat 7,597 undi dan Arip bin Ameran dari PKR mendapat 3,108
undi. BN menang dengan majoriti 4,489 undi.
Bercakap mengenai Arip Ameran, calon PKR Sarawak yang kalah teruk dalam
Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 sebelum ini banyak menggunakan akhbar sebagai
publisiti dan mempromosikan dirinya atas jawatannya sebagai peguam syarie.
Menjelang pilihan raya, Arip Ameran yang merupakan anak jati Asajaya telah bertanding di N.14 Asajaya. Sepanjang berkempen, Arip Ameran telah tidak diterima penduduk kampung berikutan sikapnya yang banyak menghuru-hara penduduk kampung dengan dakyah dan perjuangan PKR yang menghasut rakyat membeci kerajaan. Penduduk Asajaya lebih mengenali Arip Ameran sebagai seorang yang suka memecahbelahkan rakyat dengan hari berkata lain, esok pula bercakap lain.
Klik ini untuk lebih lanjut
Walaupun bekerjaya sebagai peguam syariah, Arip Ameran merupakan penyokong kuat kepada Perhimpunan Haram BERSIH 3.0 yang berlaku di Semenanjung Malaysia termasuk di Kuching dan Kota Kinabalu. Bahkan Arip Ameran mengkritik mereka yang menentang Perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai berfahaman komunis.
Hanya kerana kalah dengan majoriti 4,489 undi, Arip Ameran masih
berminat untuk bertanding di Parlimen P.200 Batang Sadong. Alasannya peningkatan
undi penduduk Asajaya dan cita-citanya mahu menjadi Yang Berhormat. Untuk itu,
Arip Ameran akan menggunakan apa saja platform untuk menyampaikan propaganda PKR
termasuklah sebagai penceramah bagi undang-undang
keluarga.
Bagaimana Arip Ameran boleh berceramah berkaitan Undang-Undang Keluarga Islam sedangkan dirinya sendiri bukanlah anak yang ‘baik’. Ini akui oleh penduduk-penduduk di Kampung Sambir, Asajaya di mana hanya menampakkan batang hidungnya di kampung menjelang pilihan raya. Malah, jarang sekali mahu menjeguk ibunya sendiri di kampung dan sangat kedekut apabila orang kampung memohon derma dan bantuan daripadanya. Inikah orang yang nak jadi Yang Berhormat?
Sumber: Wira Kenyalang
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®