Monday, 12 November 2012

NURUL, BAPAK BOREK ANAK RINTIK!!

-BAGAIKAN SUDAH SEMULAJADI DIDALAM GENNYA, SI NUROOL MENYALAHKAN PIHAK LAIN PULAK, DI DUNIA BOLEHLAH KAU SPIN, DI AKHIRAT NANTI BIBIRMU, LIDAHMU, SUARAMU SENDIRI AKAN MENGAKUI KESALAHANNYA..SENDIRI MAU INGAT!!!KEKEKE!!!-
Apabila fahaman liberalnya terdedah, Nurul Izzah pantas menuding jari kepada akhbar berbahasa Melayu pro-kerajaan sebagai memutar-belit kenyataannya berkenaan hak menukar agama bagi umat Islam.
 
Hairan sekali kerana, kenyataan yang sama juga telah dipetik oleh Malaysiakini tetapi Nurul Izzah langsung tidak menyalahkan Malaysiakini.
 
Hari ini, Malaysiakini mengambil inisiatif memaparkan transkrip penuh soalan dan jawapan Nurul Izzah dalam forum tersebut dan ternyata tiada apa yang disalahlapor atau diputarbelit oleh mana-mana pihak seperti yang didakwanya.
 
Kemudian, muncul pula seorang peguam meluahkan rasa kecewa terhadap Nurul Izzah kerana membuat pusingan 180 darjah di akhbar sedangkan beliau yang menjadi peserta forum adalah antara yang mengemukakan soalan kepada Nurul Izzah berkenaan isu tersebut.
 
Dan menurutnya, Nurul Izzah telah memberi jawapan yang jelas bahawa hak menukar agama adalah juga tertakluk juga ke atas umat Islam.
 
Untuk berlaku adil kepada Nurul Izzah, beliau juga ada menambah bahawa semuanya terpulang kepada kualiti seorang Muslim untuk tidak mudah terpengaruh dengan ajaran agama lain.
 
Namun, untuk berlaku adil juga kepada media yang dituduh memutarbelit kenyataannya, Nurul Izzah tidak pernah menambah kenyataan berikut ketika di dalam forum itu, iaitu,“Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,” sepertimana yang dinyatakannya di media.
 
Justeru, siapa sebenarnya yang membelit siapa?
 
Jelas, Nurul Izzah, semakin menyerupai bapanya Anwar Ibrahim yang terkenal sebagai talam berpuluh-puluh muka.
 
Memandangkan forum diadakan di gereja, maka Nurul Izzah merasakan ‘selamat’ dan sesuai untuk menunjuk keterbukaan dan menyerlahkan fahaman liberalnya. Tujuannya pastilah untuk meraih sokongan penganut Kristian dan juga golongan liberal.
 
Tetapi, Nurul Izzah telah gagal melihat beberapa langkah ke depan untuk mencongak kesannya terhadap masyarakat dan umat Islam apabila kenyataannya disebarkan oleh media.
 
Nampaknya, dalam keghairahan untuk meraih sokongan satu golongan, Nurul Izzah telah terlupa bahawa di zaman IT ini, apa saja yang dikatanya, tidak akan habis di situ sahaja, tetapi akan tersebar dengan pantas dan luas.
 
Maka, Nurul Izzah terpaksa membuat U-turn bila berhadapan dengan masyarakat yang majoritinya umat Islam.
 
Namun, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya.
 
Sebagai seorang ahli politik, Nurul Izzah patut cukup arif akan peribahasa ini.
 
Kini, yang dipersoalkan bukan lagi sama ada Nurul Izzah seorang liberal yang mempunyai pendirian ‘longgar’ terhadap murtad atau sama ada beliau seorang Muslimah sejati yang berpegang kuat kepada syariat dan tidak akan berkompromi dalam soal akidah umat Islam.
 
Tetapi, apa yang terserlah kini ialah sikap Nurul Izzah yang suka membelit kenyataan sendiri, sama seperti bapanya.
 
Seperti yang kita tahu, sikap suka membelit dan berbohong selalunya datang dalam satu pakej.
 
Dalam kes ini, kita tidak tahu yang manakah atau siapakah dan apakah pendirian Nurul Izzah sebenarnya.
 
Atau, yang mana satu pendiriannya yang sebenar dan yang mana satu hanya lakonan atau pembohongan.
 
Pihak Kristian atau pihak liberal tidak boleh mempercayai keterbukaannya kerana kenyataannya boleh berubah sebaik saja beliau melangkah keluar dari pentas ceramahnya.
 
Umat Islam juga tidak boleh mempercayainya kerana beliau boleh berkata apa saja untuk menjaga dan menarik hati kita.
 
Nurul Izzah perlu memilih satu watak sahaja jika ingin berjaya sebagai seorang ahli politik.
 
Seharusnya beliau mempelajari semua ini dari kesilapan bapanya iaitu seseorang ahli politik tidak boleh memilih untuk melakonkan semua watak kerana lambat laun, beliau pasti akan membelit diri sendiri.
 
Akibatnya, beberapa pihak di barat telah pun menarik diri dari Anwar dan mendedahkan betapa Anwar seorang penipu.
 
Malah, gelaran talam dua muka dan sesumpah juga adalah diberi oleh penulis-penulis di barat.
 
Sementara teman-teman ABIM juga mula menjauhkan diri, dan seorang demi seorang dari ‘inner-circlenya’ keluar parti.
 
Justeru, Nurul Izzah perlu membuat keputusan apakah pendiriannya atau sekurang-kurangnya watak apakah yang ingin dimainkannya untuk hari ini dan selama-lamanya.
 
Apakah beliau benar-benar percaya kepada pluralisme agama, dan rela membuka ruang murtad dengan membenarkan semua agama berdakwah secara terbuka, atas alasan ayat AlQuran yang menegaskan tiada paksaan dalam beragama?
 
Apa jua, Nurul Izzah perlu tahu bahawa isu di sini bukanlah tentang iman dan akidahnya kerana itu adalah antara beliau dengan Allah SWT., tetapi isu ini adalah berkenaan pendiriannya atau siapa dirinya.
 
Rakyat dari semua golongan perlu tahu siapa yang menjadi pemimpin mereka agar tidak tersalah memilih si ular sawa
 
Sumber: Medan Tempur Kedah
 
-UnReportedNews™®
 

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®