Saturday, 3 November 2012

GUNUNG SANTUBONG DI NODAI?

-MANA-MANA AGENSI KERAJAAN BERKAITAN HARUS BERANI, ADIL & “TIDAK MEMILIH BULU” DALAM PERLAKSANAAN TUGASAN MEREKA TERMASUK MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS MANA-MANA INDIVIDU YANG DI DAPATI MELAKUKAN KESALAHAN TANPA MENGIRA SAMADA MEREKA ORANG-ORANG KENAMAAN ATAU SEBALIKNYA-
 Dalang di sebalik aktiviti-aktiviti “penggondolan” secara haram di kawasan hutan dara yang seluas lebih kurang dua hectar berdekatan kaki Gunung Santubong baru-baru ini seharusnya dikenalpasti untuk di bawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal jika mereka didapati bersalah.

Menegaskan perkara ini, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata agensi atau jabatan kerajaan yang bekaitan sepatutnya menpunyai inisiatif dan bersikap lebih pro-aktif dalam menjalankan tanggungjawab mereka tanpa mengira latar belakang mereka yang disyaki telah melakukan kesalahan.
“Saya merasa agak terkilan kerana tiada langsung tindakan susulan dari pihak-pihak yang berwajib mengenai kejadian tersebut biarpun ianya telah terjentang di muka semua suratkhabar malah saya sendiri telah memberi kenyataan mengenainya di dalam salah satu suratkhabar tempatan beberapa hari lepas.”
Junaidi, yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat telah meluahkan pandangannya mengenai perkara ini dalam satu temubual eksklusif bersama UnReportedNews™® di pejabatnya di Pusat Khidmat Santubong yang terletak di Jalan Kulas di Bandaraya Kuching semalam.
Beliau menjelaskan bahawa identiti individu yang dipercayai berkaitan dengan aktiviti pemotongan pokok-pokok di kawasan hutan tersebut memang di ketahui secara umum kerana ianya ada hubungkait dengan sebuah syarikat individu berkenaan yang telah menunjukkan minat dengan cadangan sebuah projek pembangunan yang di kawasan tersebut.
“Saya dipahamkan setakat ini, cadangan projek pembangunan tersebut masih lagi di peringkat perbincangan dan tiada sebarang kelulusan atau kebenaran dari kerajaan negeri untuk mana-mana syarikat atau individu untuk menjalankan apa jua aktiviti berkaitan projek tersebut.”
Menegas tindakan individu tersebut yang begitu jelas telah mengingkari atau melanggari undang-undang kerajaan negeri yang sudah termaktub, Junaidi mengingatkan pihak-pihak berkuasa yang bekaitan seharusnya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat dan kerajaan Sarawak kepada mereka dengan menyiasat kejadian ini hingga ke akar umbi.
Salah satu dari punca utama tanah runtuh, lebih-lebih lagi kawasan yang berdekatan dengan bukit atau gunung adalah pembalakan tanpa kawalan, seliaan ataupun kajian menyeluruh mengenai struktur tanah dan walaupun setakat ini belum ada  kejadian tanah runtuh pernah di laporkan kawasan tersebut, jangan bagaikan “Baru terantuk, baru tergadah” .. jangan ambil sebarang resiko, nasihat beliau.

“Yang penting sekali, janganlah bersikap “double-standard” dan menutup mata hanya kerana individu yang disyaki dalam sesuatu kejadian yang menyalahi undang-undang adalah mereka yang dari golongan orang-orang kenamaan, ahli peniagaan mahupun ada kaitan dengan dengan mana-mana ahli politik.”
 
Sekiranya tiada sebarang tindakan di ambil, pandangan serta kepercayaan masyarakat umum terhadap ketelusan dan keikhlsan agensi atau jabatan berkaitan mahupun kepada kerajaan negeri secara umumnya juga akan terhakis, jelasnya lagi.

Aktiviti-aktiviti “penbalakan secara haram” tersebut yang telah dipampangkan di muka sebuah suratkhabar nasional Bahasa Inggeris baru-baru ini berikutan dengan aduan dari seorang penduduk tempatan Santubong yang mengambil berat dengan aktiviti-aktiviti pembalakan yang dianggap dilakukan dengan secara terang-terang tanpa berselindung itu.
Kawasan hutan yang telah “dibersihkan” tersebut dikatakan kawasan untuk sebuah projek “cable car” yang telah diusulkan kepada kerajaan Negeri Sarawak namun ianya masih lagi dalam peringkat perbincangan.
Sehari sebelum itu, penasihat kepada syarikat yang bertanggunjawab ke atas kejadian tersebut, menerusi satu sidang media telah “mempertahankan” tindakan syarikat mereka itu dengan satu alasan yang di anggap “tidak munasabah sekali” oleh segelintir pemberita yang hadir pada hari itu.
Malah salah seorang pengamal media itu menganggap alasan penasihat itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan tempatan yang ternama sebagai, “Underestimated and looking down onto our knowledge and intelligent, the reason he’d given is obviously a deliberate mockery to all media practitioners in Kuching. (Memandang rendah terhadap tahap pengetahuan dan kepintaran mereka yang hadir , alasan tersebut bagaikan satu penghinaan kepada kita (media) di Kuching.)
 
Alasan yang di beri adalah, “Saya ingin membetulkan apa yang telah dilaporkan (dalam suratkahbar) yang syarikat saya tidak memotong pokok-pokok di sana namun kami hanya “membersih kawasan tersebut dengan tujuan untuk memperlihatkan kualiti tanah kawasan tersebut kepada beberapa pelabur-pelabur asing yang berpotensi.”

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®