Tuesday, 4 September 2012

DALANG KIBARKAN BENDERA "MALAYSIA BARU" MALAM MERDEKA!

-SESUNGGUHNYA MEREKA YANG MENGIBARKAN BENDERA YANG BUKAN DI IKTIRAF SEBAGAI BENDERA MALAYSIA SELAIN JALUR GEMILANG INI BOLEH DI ANGGAP SEBAGAI "PEMBERONTAK"!.. KEKEKE-

Kenyataan pemilik blog Singa Selatan yang turut disiarkan oleh Sinar Harian tidak dapat memadamkan fakwa bahawa pengibaran bendera Sang Saka Malaya itu digalakkan oleh pihak penganjur sendiri.

Kenyataan itu seolah-olah mahu menyempitkan skop dengan meletakkan kesalahan kepada satu kumpulan anak muda, walhal ianya dirancang secara sistematis oleh pihak penganjur.

Salah seorang penganjur utama,Hishamuddin Rais menyiarkan kenyataan media Gabungan Janji, 29 Ogos 2012, dalam blognya,tukartiub.blogspot.com yang meminta agar bendera Sang Saka Malaya dikibarkan pada malam itu.

“Kibarkan Sang Saka Malaya,Merdeka dari jajahan UMNO,” seru Hishamuddin dalam blognya.

Blog itu juga turut menyiarkan bendera Sang Saka Malaya yang dimaksudkan itu iaitu bendera yang sama dikibarkan pada malam sambutan kemerdekaan ke-55 itu.

Mohd Shuhaimi Embong dalam bukunya,“Di Sebalik Tabir Politik Kampus”, Pustaka Generasi Baru,1994 memperkenalkan Hishamuddin Rais sebagai Setiausaha Agung PMUM (Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya) pada tahun 1974 dari kumpulan yang dilabel sebagai sosialis.Hishamuddin dikatakan terlibat aktif dalam Kelab Sosialis Universiti Malaya.

“Hassan Karim (1984) mendakwa tahun 1972 merupakan tahun kemerosotan pengaruh sosialis kerana pada tahun itu juga Hishamuddin Rais,seorang tokoh pelajar sosialis yang dinamik telah ditumbangkan dari kerusi Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM).

Tetapi pada tahun 1973,Kelab Sosialis telah disusun semula dan kembali menjadi tenaga penting dalam politik Universiti Malaya setelah berjaya menguasai kembali PMUM dengan menempatkan Hishamuddin Rais sebagai Setiausaha Agung PMUM yang baru,” dedah pengarang buku itu.

Menurut buku gerakan pelajar itu, Hishamuddin melarikan diri ke luar negara pada tahun 1974 untuk mengelakkan dirinya ditahan ISA.

“Ekoran peristiwa Disember 1974 ini (Demonstrasi pelajar), ramai pemimpin mahasiswa Universiti Malaya yang ditangkap dan ada yang ditahan di bawah ISA. 

Tetapi Hishamuddin Rais (Setiausha Agung PMUM) berjaya melepaskan diri dari tahanan ISA kerana berjaya melarikan diri ke luar negara tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.

Beliau hanya muncul semula setelah berbelas tahun berada di perantauan dan kembali semula ke negara ini pada 18 November 1994v,setelah hampir 20 tahun menjadi ‘pelarian politik’,” dedahnya lagi.

Menurut rekod,Hishamuddin kembali ke tanahair ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia - AIDC

-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®