Wednesday, 15 August 2012

PAKATAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

-SALAH SEORANG DARI PENCERAMAH YANG “BERAKSI”  JELAJAH MERDEKA RAKYAT PKR DI LORONG BELAKANG SATOK AHMAD NAZIB KETUA AMK SARAWAK MUNGKIN TAK BUAT "HOMEWORK" MUNGKIN "GAHIRAH" MELIHAT BANG ANU KOT, TU LAH DIA MEMBUTA TULI .. KEKEKE-

Isu Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud memerintah terlalu lama, lagi sekali aku katakan, suka hati kerajaan memerintahlah! Ko belajar tinggi-tinggi, ko tak faham erti dan procedure demokrasi ker?  

Dalam PBB Sarawak, sekurangnya kedudukan presiden (ketua menteri) ada di buka sekiranya ada pencabar namun bagi kedudukan Al-Juburi-pujaan Nazib dan sekalian “zombie-zombie” PKR dalam entiti PKR sendiri tidak dapat di pertikaikan .. hei, mengata orang awak yang lebih!!

Dengan menganggap rakyat Sarawak ‘tidak ada maklumat’, Ahmad Nazib sewenang-wenangnya memainkan isu kepimpinan lama Ketua Menteri Sarawak. Bagi kebanyakan rakyat Sarawak, kepimpinan Pehin Sri Taib Mahmud dalam mentadbir Sarawak dilihat dalam bentuk positif yang kini sedang membawa pembangunan kepada rakyatnya.

Jika dilihat selepas merdeka, Sarawak yang merdeka menerusi penyertaan dalam Malaysia pada 16 September 1963 hingga kini telah menampakkan kejayaan dan pembangunan yang pesat. Mengambilalih pemerintahan daripada Tun Abdul Rahman, Pehin Sri Taib yang berpegang kepada tema politik pembangunan telah berjaya mengubah landskap Sarawak menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2030.

Atas kepimpinan Pehin Sri yang memimpin Sarawak yang mempunyai sebanyak 48 suku kaum telah berjaya membawa pemimpin PKR seperti Baru Bian, Nurhanim Mokhsen, Baharuddin Mokhsen dan juga Ahmad Nazib sendiri untuk belajar dan mengecapi keamanan sejahtera.

Apakah seorang peguambela seperti Ahmad Nazib ini hanya melihat satu sudut sahaja hingga menidakkan sudut yang lain? Jika benar, sememangnya Ahmad Nazib ini seorang peguam yang lemah.

Tidakkah Ahmad Nazib melihat kepimpinan Nik Aziz? Karpal Singh? Mahupun Lim Kit Siang dalam konteks politik Malaysia. Mereka ini juga pemimpin yang lama dan memegang jawatan yang penting dalam parti dan sudah kenal sepak terajang dalam politik di Malaysia. Kenapa tidak mempersoalkan kepimpinan mereka? Apakah disebabkan mereka ini sama aliran politik maka ia diketepikan!

Nik Aziz umpamanya yang sudah berada dalam PAS lebih 3 dekad dan kini dianggap sebagai ‘hero’ PAS merupakan seorang pemimpin yang cukup lama dalam politik. Dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dan memegang jawatan Mursyidul Am PAS yang mana kuasanya melebihi kuasa Presiden PAS sendiri.

Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang sudah terlibat dalam DAP dan merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengasaskan DAP di Malaysia menerusi ‘abang’nya PAP di Singapura. Ini termasuk juga Karpal Singh yang terlibat dalam DAP pada ketika normalnya (belum berkerusi roda) hinggalah kini berkerusi roda masih juga terlibat dalam DAP dan memegang jawatan penting.

Ahmad Nazib harus belajar daripada kesilapan dan melihat kepada intipati dan gaya ceramahnya di pentas Jelajah Merdeka Rakyat PKR, masih banyak lagi yang perlu dipelajari oleh peguam yang lemah itu. Ini kerana banyak hujahnya itu sebenarnya memerangkap diri dan Pakatan Pembangkang hingga menyebabkan Anwar Ibrahim yang hadir pada malam itu terus pulang ke hotel apabila melihat kualiti penceramah atau pembahas daripada Pakatan Pembangkang Sarawak sangat mendukacitakan.

PS: Sorry, aku baru baik demam panjang ni so aku tak dapat nak huraikan dengan kemas lagi .. btw terimakasih kat member seodeng aku- Wira Kenyalang dengan info-info ni, you’re the best!!

-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®