Monday, 6 August 2012

DAP KELUAR PAKATAN?

-PORTAL PRO-PEMBANGKANG MALAYSIAKINI MELAPORKAN DAP DIKATAKAN MENARIK DARI PAKATAN SELEPAS MESYUARAT TERGEMPAR YANG DIHADIRI OLEH SEMUA BARISAN TERTINGGI PARTI-PARTI PEMBANGKANG KERANA MENOLAK HUKUM HUDUD .. APASAL DAP? TAKUT KENA REJAM & SULA KER? KEKEKE-

Ini merupakan laporan yang disiarkan menerusi Laman Portal Pro Pembangkang Malaysiakini yang memutuskan keluar dari barisan kerjasama Pembangkang.

Mesyuarat Tergempar yang dihadiri kesemua barisan tertinggi Pembangkang pada ketika itu memperlihatkan kekuatan pendirian DAP dalam mempertahankan prinsip  dan enggan menerima Hukum Hudud dilaksanakan malah menolak penguatkuasaan mana2 Sistem Perundangan Islam di Negara ini.

Apa yang pasti konsisten PAS diketuai Dato Fadzil Noor yang mengepalai bermesyuarat pada 22 September 2001 bersama pimpinan Barisan Alternatif (BA) menerusi tarikh pada artikel Malaysiakini di atas memperlihatkan perbezaan ketara ideologi yang secara mudah diubah pada ketika ini demi kuasa.

Sikap PAS yang tidak berpendirian tetap dalam mempertahankan Sistem Perundangan Islam sebagai wadah perjuangan paling utama ini jelas memperlihat ketidakikhlasan mereka dalam menambat hati rakyat apatah lagi mengurus Negara.

Malah beberapa pihak dari pimpinan parti tersebut termasuklah Dato Hasan Ali yang lahir sebagai pemimpin ulung pada era kepimpinan Dato Fadzil Noor dicantas gara2 cuba mempertahankan prinsip Negara Islam.

Nyata prinsip tersebut sekadar mainan politik semata2.

Jika 'Negara Islam' yang dipertahankan PAS pada 11 tahun yang lalu mampu diubah atas nama 'Negara Kebajikan', yang hanya merupakan 1% daripada Dokumen Penubuhan sebuah Negara Islam, apa pula pendirian PAS 11 tahun akan datang?

PS : UMNO sejak 1957 tetap konsisten sehingga hari ini memperjuangkan malah mempertahankan Hak Islam dan Melayu menerusi Parti dan memperjuangkan hak rakyat bewarganegara dari kesemua bangsa menerusi kerjasama komponen BN.

Sumber: Gelombang Rakyat


-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®