-PRESIDEN BONEKA PKR DATIN SRI WAN AZIZAH DIURA-URAKAN
AKAN DICALONKAN DI KUBU KUAT BN UNTUK MEMBUNUH TERUS KARIER POLITIKNYA DEK PERCATURAN
TIMBALAN PRESIDEN PKR AZMIN ALI .. SENANG JE KAK WAN, SEBELUM KENA CANTAS, BAIK
KAK WAN CANTAS AZMIN DULU .. ABIS CERITA .. KEKEKE!-
Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik di Malaysia
seorang presiden parti terpaksa merayu untuk mendapatkan kerusi untuk
bertanding kecuali dalam PKR.
Begitulah yang terjadi kepada Presiden PKR, Wan Azizah
Ismail apabila hasrat beliau untuk bertanding di peringkat negeri pada pilihan
raya umum akan datang disambut dingin oleh pemimpin-pemimpin partinya sendiri.
Bukan sahaja dingin malah ada sesetengah pemimpin PKR
seperti Timbalan Presiden menunjukkan sikap antagonis terhadap cadangan
presidennya sendiri.
Sepatutnya seorang presiden parti politik mempunyai kuasa
besar dalam perjalanan organisasinya.
Lihat daripada apa yang pernah berlaku di dalam kemelut
parti-parti politik di negara ini, presiden mempunyai kuasa untuk memecat anggota
parti, mengenakan tindakan disiplin, menentukan calon-calon yang sekepalanya
dengannya dalam pemilihan parti dan sebagainya.
Bila datang musim pilihan raya, presiden juga punyai
kuasa mutlak dan pemutus untuk menentukan siapakah yang bakal menduduki kerusi
Yang Berhormat dan senarai calon-calon wajib melalui kelulusan dan tangannya.
Sebagai presiden beliau juga berautoriti untuk memilih
mana-mana sahaja kawasan yang difikirkan selamat dan sesuai untuk bertanding
samada di negeri atau parlimen.
Selagi tindakannya berlandaskan peraturan parti dan
amalan proses demokrasi, tidak siapa boleh menentang kehendak atau kemahuannya
kerana ia adalah presiden yang mempunyai kuasa yang luas.
Berlainan pula apa yang berlaku di dalam PKR, sebuah
parti yang mendabik dada kononnya membawa 'politik baru' dan 'harapan baru bagi
Malaysia' yang berlandaskan nilai-nilai perjuangan 'reformasi jalanan'.
Ini kerana kuasa dalam PKR terletak di tangan Anwar
sebagai Ketua Umum, seat jawatan yang dilantik dan tidak boleh ditandingi.
Wan Azizah sebagai presiden hanya atas nama sahaja dan
berperanan lebih kepada tunggul dan boneka yang tidak ada kuasa atau mampu
membuat sebarang keputusan.
Pengorbanannya selama 14 tahun menerajui PKR seolah-olah
tidak dihargai langsung malah peranannya juga dipandang sepi.
Beliau mengorbankan kerusi parlimen Permatang Pauh demi
suami tetapi Anwar Ibrahim juga tidak memberi sokongan apabila si isteri
meluahkan keinginan untuk bertanding semula.
Apatah lagi seteru politik Wan Azizah, Azmin Ali
siang-siang lagi sudah mengenakan pelbagai syarat kepada presidennya sendiri
jika ingin menjejak kaki di Selangor sebagai calon.
Malah ada ura-ura dan niat jahat Azmin untuk meletakkan
Wan Azizah bertanding di DUN Sementa, sebuah kubu kuat Umno-BN.
Mungkin tujuan Azmin mahu menamatkan karier politik bos
politiknya kerana tahu Wan Azizah akan diganyang dan dimalukan di Sementa.
AMK Pulau Pinang pula bersikap hangat-hangat tahi ayam
menunjukkan simpati dengan nasib presiden dengan juga menawarkan kerusi.
Ini semuanya adalah permainan silap mata oleh Azmin dan
kroni-kroninya.
Isu niat Wan Azizah mahu bertanding sebenarnya membongkar
konflik amat serius dalam PKR antara dua puak yang bertelagah berebut kuasa.
Di satu pihak ialah puak presiden yang didokong oleh
anaknya Nurul Izzah serta mendapat sokongan kuat Menteri Besar Selangor Khalid
Ibrahim, Setpol MB Faekah Husin, dan lain-lain pemimpin yang tidak sehaluan
dengan Azmin seperti Dr Syed Husin, Tian Chua dan Sivarasa.
Puak Azmin pula menjadi golongan majoriti yang memegang
kuasa dan jawatan di dalam PKR tetapi mendapat tentangan hebat di Selangor
disebabkan halangan oleh Khalid dan Faekah.
Selangor satu-satunya negeri yang dikuasai oleh PKR serta
diterajui oleh Azmin sebagai pengerusi negeri namun segala kontrak lumayan dan
projek berjuta-juta ringgit dinikmati oleh kumpulan MB dan kroni-kroninya.
Faekah, seorang kroni rapat Wan Azizah dikatakan mendapat
bermacam-macam habuan seperti projek-projek infrastruktur, tanah, pasir, stesen
minyak, lesen-lesen, termasuk juga memonopoli penyediaan khidmat guaman kepada
anak-anak syarikat di bawah MBI.
Azmin yang mengharapkan jawatan sebagai bos PKR di
Selangor membolehkan beliau mengaut kekayaan terpaksa berputih mata dan
menggigit jari melihat semuanya dibolot oleh kumpulan yang menyokong Wan
Azizah.
Inilah punca Azmin melayan presidennya macam sampah
apabila beliau mahu bertanding di Selangor.
Wan Azizah di mata Azmin hanyalah penghalang kepada
cita-citanya untuk menguasai PKR dan oleh kerana itu harus dikorbankan walaupun
yang hendak dimangsakan itu adalah isteri idolanya sendiri.
-UnReportedNews™®
PS: Peringatan ikhlas buat Kak Wan, kalo isteri sendiri dia sanggup "gadaikan" apatah lagi isteri orang..fikir-fikirkan Kak Wan.
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®