-MILOSUAM, BLOGGER PEMBANGKANG DIKATAKAN BLOGGER YANG PERTAMA MEMUATNAIK VIDEO AMUKAN TERSEBUT .. LEBIH-LEBIH LAGI ADA PANGGILAN TALIPON MENGENAI ORANG KENA TEMBAK .. MMM .. AMAT MENCURIGAKAN .. KEKEKE!-
WAJAH BLOGGER MILOSUAM |
Setelah negara digemparkan
dengan amukan samurai di Jabatan Perdana Menteri, kini blog-blog mula
mempersoalkan tentang kaitan blogger pembangkang, terutamanya Milosuam dengan
arwah Khalil.
Milosuam dikatakan blogger
yang pertama memuatnaik video amukan tersebut dan kehadirannya di waktu dan
tempat kejadian dengan siap sedia membawa kamera video amatlah mencurigakan.
Lebih-lebih lagi apabila kedengaran percakapan telefon yang disyaki sebagai jurukamera
sendiri, yang seolah-olah melaporkan kepada seseorang apabila arwah telah
ditembak.
Melayari blog Milosuam
selepas kejadian menambahkan lagi kecurigaan kita apabila beliau seolah-olah
mencuba sedaya upaya untuk mengalihkan persepsi kononnya arwah Khalil adalah
penyokong kerajaan berdasarkan hanya satu ayat di blog arwah yang memuji Tun
Dr. Mahathir sebagai seorang berjiwa besar.
Sedangkan jika diteliti
keseluruhan post arwah di blog beliau, mahupun kedua-dua akaun facebook beliau,
tiada siapa yang dapat menafikan bahawa arwah lebih cenderung kepada
pembangkang. Lihat saja senarai perkara yang diminati seperti yang dinyatakan
di facebook beliau:
"MRSM Pengkalan Chepa,
Dr. Mahathir bin Mohamad, Lim Guan Eng, MiLo SuaM, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan
Guru Dato' Dr. Haron Din, Jomsedut.Org, Sultan Johor, Pertubuhan Kerabat Raja
Jembal ( Wilayah Tengah), Harian Metro Online (HMO Blog), HarakahDaily Blog,
Dr. MAZA for PM, Bersih 3.0 [Official ], Kami Benci Saiful Bukhari!, A. Samad
Said, Aku sependapat dengan orang kat atas ni 100%, KELAB SAYANGI DYMM SULTAN
SELANGOR, Sukatilah, Anak Johor Sayang Sultan, Aku-Macjay Blogspot, General
Mahdi and the Last Generation Army, Blog Redzuan-Ridzand 7 more.."
Malah, blog Milosuam sendiri
turut tersenarai. Justeru, mana mungkin Milosuam boleh mengelak mengatakan
bahawa arwah adalah peminatnya.
Blog paperwaris kemudiannya
mengaitkan Milosuam dengan seorang yang bernama Hambali Idris yang juga
merupakan orang yang 'disayangi' oleh arwah. Ini adalah antara komen arwah
kepada Hambali difacebooknya:
"Patutlah aku sayang
kamu Hambali Idris..... sebab kamu ni berani mengatakan kebenaran walaupun
kebenaran itu sendiri pastinya membunuh kamu."
Jika benar Milosuam adalah
Hambali maka ini bermakna blogger pembangkang ini agak kerap berhubung dengan
arwah melalui facebook sebelum kematian beliau. Tidak mustahil mereka juga ada
berjumpa kerana dalam salah satu komen arwah, beliau ada mengajak Hambali
berjumpa dan berborak.
Dan tidak mustahil juga
Milosuam mengetahui tentang rancangan 'serangan-bunuh-diri' oleh arwah.
Dengan kepantasan Milosuam
memuatnaik video tersebut dan kemudian mengaitkan arwah dengan Tun Dr.
Mahathir, kita merasakan bahawa tidak mustahil juga bahawa arwah telah
dipergunakan oleh blogger pembangkang ini untuk mencipta isu bagi mendapatkan
sedikit keuntungan politik bagi pihak pembangkang.
Selain itu, jika kita
melayari blog arwah, kita akan mendapati bahawa dalam beberapa tulisan beliau,
boleh dikatakan beliau seolah-olah kecewa kerana segala kepercayaannya telah
dikhianati oleh seseorang. Dan beliau kemudiannya mengutuk fatwa bai'ah PAS.
Maka, kita tertanya-tanya,
mungkinkah beliau antara ahli-ahli taksub PAS yang terlalu kecewa dengan sikap
cacamarba, fatwa sesat dan pendirian tunggang-terbalik PAS hari ini?
Apapun punca kecelaruan
pemikiran arwah dan apapun motif arwah menyerang JPM kini sudah tidak begitu
penting lagi kerana arwah sudah tiada. Yang penting kini ialah mencari kaitan
arwah atau pemikiran arwah dengan mana-mana pihak yang mungkin mempunyai
kepentingan dengan insiden amuk ini.
Dan yang penting juga, ialah
untuk kita mengetahui apakah kaitan Milosuam dengan arwah dan apakah peranan
Milosuam dalam kejadian ini. Apakah beliau merupakan sahabat, dalang, atau
pemerhati yang sengaja tidak menghalang arwah menempah maut serta membahayakan
kakitangan JPM, sedangkan beliau mengetahui akan rancangan arwah sejak awal
lagi.
Artkel berkaitan (Klik sini)
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®