-TAKKAN NAK SURUH BUAT SUMPAH
LAKNAT KOT? (BOS PR-SI ANWAR PUN KECUT NAK BERSUMPAH!) BUAT JE LE UJIAN
POLIGRAF TU .. ADA BERAN? BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH .. ATAUPUN
MEMANG BETUL YOU ADA GITU-GITU DENGAN SI DIA .. OPSS, MAAF PUAN BETTY! KEKEKE!-
Cadangan pemimpin MIC,Datuk
Ramanan Ramakrishnan supaya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjalani ujian
pembohongan (poligraf) sewajarnya disambut baik memandangkan itu antara caranya
untuk mengetahui kebenaran kes moral yang sedang hangat diperkatakan
sekarang.orang ramai khususnya penyokong DAP dari kalangan kaum wanita agak
tersentuh hati mereka dengan dakwaan skandal Lim Guan Eng dengan seorang wanita
muda yang bernama Ng Phaik Kheng.
Sukar untuk mereka menerima
hakikat kelakuan curang seorang suami pada isterinya apatah lagi bila wanita
yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng adalah pekerjanya sendiri.
Justeru itu, cadangan penggunaan mesin poligraf untuk mengesan siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong dalam kemelut isu moral ini amat molek disegerakan.
Justeru itu, cadangan penggunaan mesin poligraf untuk mengesan siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong dalam kemelut isu moral ini amat molek disegerakan.
Sebagai pemimpin muda DAP
yang meningkat naik dalam dunia politik hasil pertolongan 'tongkat ajaib' yang
dimiliki ayahnya yang juga Penasihat DAP, sepatutnya Lim Guan Eng memiliki
keberanian untuk menyahut cabaran tersebut.
LAMA? |
BARU? |
Jika selama ini aura amalan
nepotisme dan dinasti Lim yang kerap menjadi pelindung kepada kerjaya
politiknya, mengapa tidak untuk pertama kalinya beliau menggunakan inisiatif
dan fikiran sendiri untuk secara sukarela menjalani ujian poligraf itu.
Bagi memastikan ujian
poligraf ini mencapai matlamat dan mampu menutup mulut pengkritiknya,
disarankan kepada Lim Guan Eng untuk membawa bersama isteri beliau, Betty Chew
yang juga merupakan wakil rakyat DAP bagi DUN Kota Laksamana, Melaka.Turut
disarankan menyertai ujian itu nanti ialah Ng Phaik Kheng, wanita 'malang' yang
dikaitkan dengan Lim Guan Eng.
Adalah lebih baik sekiranya
ujian itu nanti dilaksanakan secara terbuka dan disaksikan oleh orang awam bagi
membuktikan ketelusan dan memuaskan hati semua pihak.
Soal dari mana mahu dipinjam
mesin tersebut tidak menjadi kerumitan kerana agensi-agensi penyiasatan
tertentu pasti sahaja ada yang memilikinya.
VETERAN? KEKEKE! |
Rasanya Lim Kit Siang
sendiri pun tiada halangan untuk membenarkan anak jantan kesayangan
bersama-sama menantu garangnya itu menjalani ujian mengesan penipuan
tersebut.Lim Kit Siang selaku pelopor politik dinasti dan pengamal nepotisme
paling lama dalam sejarah tanahair tentunya tidak sanggup melihat anak lelaki
dan menantu perempuannya dikenali sebagai pembohong,penipu dan pengecut.
Cukuplah gelaran tersebut
hanya lekat di dahi Anwar Ibrahim hingga kini hanya dek kerana takutnya dia
dengan ujian mesin poligraf.Dah namanya penipu dan pembohong tentulah takut
dengan mesin mengesan pembohongan.
Sumber: Badut Rakyat
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®