-PM MENGINGATKAN RAKYAT MALAYSIA SUPAYA BELAJAR DARI
SEJARAH, JANGAN MEMBIARKAN NEGARA HURU-HARA DI MANA RAKYAT AKAN MENDERITA ..
DENGAR TU BANG ANU .. ORANG SURUH BELAJAR DARI SEJARAH BUKAN MENCIPTA SEJARAH
SEBAGAI PEMEGANG REKOD PELIWAT PALING BANYAK KES .. KEKEKE!-
Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas
mengingat rakyat Malaysia supaya mengambil iktibar akan kestablian politik dan
peperangan di Negara Syria supaya ianya tidak akan terjadi di Malaysia.
“Rakyat harus mengambil contoh dengan apa yang terjadi di
dalam Negara itu apabila kkerajaan yang sediaada tidak dapat mengawal kestablian
politik sehinggakan mengakibatkan negara tersebut huru-hara dan perkara inilah yang Malaysia harus
hindari.”
“Kerajaan memutuskan bahawa semua rakyat Malaysia dan
pelajar di Syria dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan pergolakan
yang semakin meruncing di negara itu.”
Kumpulan pertama rakyat Malaysia di Syria yang dibawa
pulang oleh kerajaan berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu,
dijangka tiba di tanah air Selasa ini.
Najib juga membenarkan Kedutaan Malaysia di Syria ditutup
serta merta dan mengarahkan penjawat awam termasuk Duta Besar Malaysia kembali
ke tanah air atas faktor keselamatan.
Jurucakap Wisma Putra pula menyatakan, kumpulan pertama
tersebut terdiri 50 orang termasuk pelajar akan dibawa balik menggunakan
penerbangan khas.
"Maklumat lanjut proses pemindahan rakyat Malaysia
di Syria ini akan diketahui selewat-lewatnya malam ini ataupun pagi esok,"
katanya kepada di temui pemberita semalam.
Katanya, Kedutaan Besar Malaysia Syria yang berpusat di
Damsyik sudahpun menghimpun semua rakyat Malaysia itu di kedutaan bagi menjamin
keselamatan mereka.
Pemindahan rakyat Malaysia dari Syria itu diselaraskan
oleh Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara, bersama Kedutaan Besar
Malaysia di Damsyik di mana seramai 138 rakyat Malaysia terdiri daripada 128
pelajar dan 10 ekspatriatberdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Damsyik.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral
Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, ATM telah bersiap-sedia untuk membantu
membawa pulang rakyat Malaysia dari Syria itu.
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®