Monday, 2 July 2012

DAP AKAN KALAH TERUK PADA PRU KE-13? SEMUANYA DEK GENERASI BELIA MASYARAKAT CINA MALAYSIA SOKONG BN!

-AWAS DAP!, SOKONGAN YANG LEBIH MANTAP KEPADA BN JELAS DIGAMBARKAN SECARA LANGSUNG MENERUSI RESPON SERTA PENGLIBATAN LEBIH RAMAI PEMIMPIN MASYARAKAT CINA GENERASI BELIA GOLONGAN PROFESIONAL KEPADA BN YANG NYATA BEGITU KOMITED DAN BERSEMENGAT UNTUK MENGHADAPI ORU KE-13 ... SILAP-SILAP MUNGKIN ADA KEPUTUSAN MENGEJUT? ... KEKEKE!!-

  
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovatif Datuk Haji Fadillah Haji Yusuf amat yakin sokongan dari generasi belia masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja akan bertambah mantap dan kukuh berbanding sebelum ini.

Fadillah, yang juga merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya menyatakan, penilaian tersebut berdasarkan kepada sentimen serta respon yang positif ditunjukkan golongan belia Cina terutamanya program berinteraktif besama Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak baru-baru ini jika dibandingkan dengan keputusan PRU Ke-12 yang lepas.

“Keyakinan terhadap masyarakat belia Cina akan lebih menyokong BN berbanding  PRU Ke-12 pada tahun 2008  juga telah didorongi dengan kejayaan kedua peringkat kerajaanBN, samada Negeri atau Pusat yang melaksanakan segala pembangunan serata dengan lebih terancang dan rapi,” tambah Ketua Pemuda BN Sarawak yang juga merangkap Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

"Sokongan tersebut nyata ditunjukkan dengan secara jelas menerusi sokongan dan penglibatan dari lebih ramai pemimpin masyarakat Cina generasi belia golongan professional dan telah bersemangat serta komited untuk memastikan bahawa BN akan menang kali (PRU) ini,” katanya lagi.

Fadillah, yang juga merupakan Pengerusi PBB Cawangan Pending ditanya pemberita  samaada sokongan generasi muda masyarakat Cina akan kembali ke BN selepas menerima kunjungan hormat daripada ahli-ahli Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Pusat Khidmat Parlimen Kawasan Petra Jaya di Jalan Astana di sini baru-baru ini.

Antara yang hadir semasa kunjungan hormat tersebut adalah Naib Presiden SPDP Captain Zainuddin Tan Sri Hamdan Sirat, Pengerusi SPDP Cawangan Pending Athanasius Audie Chua dan Ketua Wanita SPDP Cawangan Pending Winnie Lim.

Pada pertemuan itu Fadillah, juga telah menyuarakan sokongan yang sepenuhnya terhadap “Program Malam 1Malaysia Sahabat P195 dan P196” anjuran dan initiatif Sayap Wanita SPDP Cawangan Pending pada 29 Ogos bertema “Malam Tayangan Amal Kawan Baik Selamanya” di MBO Cineplex The Spring Shopping Mall.

Winnie menerangkan, selain berobjektif memperkukuhkan perpaduan dikalangan semua anggota parti-parti komponen BN, program ini adalah juga secara langsung menjadi penyemarak semangat BN Sarawak dengan “Majlis Rasmi Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN P195 Bandar Kuching dan P196 Stampin” pada waktu dan tempat yang sama.

“Program ini akan dianjurkan juga bertujuan untuk memberi sokongan kepada parti-parti komponen BN, terutamanya kepada Sarawak United People Party (SUPP) yang merupa parti kepada kepada kedua-dua calon yang akan bertanding di Parlimen Bandar Kuching dan Stampin disamping sebagai aktiviti-aktiviti persediaan untuk menghadapi PRU Ke-13 melalui acara-acara pameran amal perdana.”

Antara tetamu-tetamu terhormat yang dijemput menghadiri majlis berkenaan adalah Presiden SPDP Tan Sri Dato’ Sri William Mawan, Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, bersama kedua ahli SUPP yang telah disenaraipendekkan sebagai calon-calon kedua kawasan Parlimen tersebut iaitu Ketua Pemuda SUPP Tan Kai (Kuching) dan Ahli Parlimen Stampin Datuk Yong Khoon Seng (Stampin) serta semua komponen BN Negeri iaitu PBB, SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SPDP.















-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®