Sunday, 24 June 2012

MAT SABU JADI BAHAN JENAKA DI SARAWAK!

-KOK YA PUN TERKENA BUASIR TAKKAN SIAP SAMPAI TAHAP ARAHKAN BINI ORANG HANTAR UBAT BUASIR MASUK KE DALAM BILIK HOTEL JAM 3 PAGI..APA UBAT BUASIR TU MACAM UBAT PANAU SALAP KER? MAIN SAPU-SAPU? SAPU KAT MANA? KAT ANU? KEKEKE!!-

Bekas exco PAS Pahang Taharuddin Yaakob menyifatkan alasan yang di beri oleh Timbalan Presiden PAS Mat Sabu sewaktu di tangkap basah sekumpulan pencegah maksiat dan polis bersama seorang wanita di dalam sebuah bilik hotel dalam keadaan mencurigakan amatlah tidak munasabah sekali.

“Takkan pasal nak hantar ubat buasir..anda semua tahu tak apa ubat buasir tu? Ubat tu untuk orang ada masaalah buang air besar…takkan pasal ubat buang air besar, perempuan tu kena masuk dalam bilik hotel nombor 121 Mat Sabu? Siap bukak tudung lagi tu,” kata Taharuddin yang pernah bersama PAS selama 18 tahun sebelum bertindak meninggalnya parti songsang itu secara sinis.

Kata-kata Taharuddin tersebut membuatkan mereka yang menghadiri Bengkel Jentera Pilihanraya DUN Pantai Damai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang telah diadakan di salah satu hotel terkemuka di Kuching petang semalam tergelak besar!

Taharuddin adalah salah seorang daripada penceramah dalam program satu hari tersebut yang telah dirasmikan oleh Timbalan Speaker Parlimen yang juga Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“MasyaAllah..ada juga orang macam ni ya..dah kena tangkap pun dapat mengelentongkan melepaskan diri tapi yalah..inilah politik PAS..apa-apa boleh jadi,” katanya lagi.

Artikel di bawah ini di petik dari medan-info-kita.blogspot.com

Pada tanggal 31 Januari 1995, sekitar jam 2.40 pagi, Mat Sabu “check in” di Hotel Perdana Kota Bharu, bilik bernombor 121. Selepas itu, pada jam 9.00 pagi, datang seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor bersama seorang lagi anggota polis meminta receptionist hotel menyerahkan senarai nama nama hotel guest yang telah “check in”.

Tindak tanduk pegawai polis tersebut dikira biasa seandainya mereka sudah mendapat sebarang maklumat [insider information] untuk bertindak terhadap seseorang! Tidak lama selepas itu, muncul seorang wanita dalam lingkungan usia 30an dipercayai Norma, bertudung dengan memakai seluar berwarna hitam dan blouse masuk ke bilik 121 tempat Mat Sabu menginap….

Menurut penjelasan Mat Sabu selepas dicekup, pada waktu berlakunya kejadian, beliau telah tertinggal ubat di rumah salah seorang sahabatnya. Maka inilah alasan yang digunakan untuk justifikasikan kenapa Norma perlu datang ke bilik 121 untuk menghantarkan ubatnya yang “tertinggal”. Tetapi persoalannya…, kenapakah Norma perlu pergi ke bilik 121 seorang diri..? Tidakkah lebih wajar sekiranya Norma tinggalkan sahaja ubat itu di kaunter Receptionist atau pun Norma menggunakan In House Hotel Telephone minta Mat Sabu turun untuk mengambil ubatnya itu..? Ketika serbuan dibuat oleh pihak polis, media, dan 7 orang pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan [JAHEIK], pintu bilik 121 diketuk tetapi hanya berjaya dibuka selepas 20 minit…!

Apabila pintu dibuka, Mat Sabu hanya memakai tuala mandi berwarna hijau, Norma tidak memakai tudung dan keadaan katil di dalam bilik itu agak berselerak….Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz menyatakan bahawa ini semua adalah perangkap yang dikenakan kepada Mat Sabu oleh seseorang yang sangat berpengaruh kerana sewaktu serbuan dibuat sudah ada krew TV3 dan Nik Aziz mempersoalkan bagaimana boleh krew TV3 itu turut sama dalam notis yang singkat..?

Mengikut rekod, apabila kes ini bawa ke Mahkamah Syariah Kota Bharu, ianya telah digugurkan atas sebab sebab teknikal…, kenyataan bercanggah oleh beberapa saksi JAHEIK mengenai nombor bilik hotel! Dalam benak kepada Mat Sabu ketika itu beliau rasakan orang yang bertanggungjawab untuk aksi beliau ditangkap berkhalwat adalah Anwar Ibrahim….

Itulah sebabnya pada tahun 1997, Mat Sabu adalah diantara pemimpin Pas yang paling awal pergi ke pejabat Ummi Hafilda setelah tersebarnya kisah “Surat Ummi kepada Tun Mahathir” melaporkan mengenai salah laku seks Anwar Ibrahim.Malah sewaktu Mat Sabu bersama pemimpin Pas yang lain bertemu di pejabat Ummi di Danau Kota, Azizan juga turut sama hadir. Menurut cerita Ummi, pada waktu itu, Azizan telah melafazkan Sumpah Laknat….

Mat Sabu yakin dan percaya tingkah laku sebenar Anwar dan beliau telah menggunakan pertemuan di pejabat Ummi sebagai modal untuknya berceramah, malah ketika itulah Mat Sabu adalah satu satunya pemimpin Pas yang menggelar Anwar sebagai ‘Al Sheikh Al Anwar Al Juburi…!! ” Keyakinan Mat Sabu terhadap salah laku seks Anwar turut dinyatakan olehnya sewaktu ditemuramah oleh Ahmad Lutfi Othman pada 14 Jun 1998 di pejabat Majalah TAMADDUN. [Lutfi adalah bekas Editor Majalah TAMADDUN, beliau sekarang adalah Editor-In-Chief HARAKAH].

Nah…, lihatlah sendiri! Betapa indahnya dunia dan sandiwara politik, bersungguh sungguh Mat Sabu ketika itu kunuuunnya mahu mencari kebenaran mengenai kelakuan sebenar Anwar… Malah boleh kita tafsirkan bahawa kesungguhan itu natijah daripada “dendam kesumat” Mat Sabu terhadap Anwar! Sudah pasti Mat Sabu tidak akan memaafkan Anwar kerana kehadiran krew TV3 sewaktu serbuan di Hotel Perdana Kota Bharu memang wajar untuk dikaitkan dengan penguasaan “kerja tangan ghaib” Anwar.

Pada zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sudah boleh dilihat penguasaan Anwar terhadap media tanahair khususnya TV3! Mat Sabu pernah menyuarakan kebimbangan terhadap penonjolan Anwar yang beliau sifatkan lebih merbahaya dari Tun Mahathir mengikut telahan perspektif seorang musuh politik…!

Malah, Mat Sabu pernah menyatakan beliau tidak yakin bahawa Anwar Ibrahim boleh menjadi Perdana Menteri yang baik..! Menurut Mat Sabu, beliau percaya Anwar adalah manusia jenis yang sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan peribadinya…Mat Sabu juga turut meramalkan, seandainya Anwar menjadi Perdana Menteri, mimbar Masjid Negara akan digunakan untuknya membaca khutbah agar seluruh negara akan mengatakan “Anwar adalah PM yang pertama membaca khutbah Jumaat….”


-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®