Wednesday, 13 June 2012

BERSIH-USAHA HURU-HARAKAN NEGARA TERANCANG?



-FAHAMI STRATEGI "NON-VIOLENT RESISTANCE" BERSIH 3.0 YANG GAGAL KERANA ANWAR IBRAHIM-


Pendedahan di muka depan sebuah akhbar “Malaysia Harini” yang bertajuk ‘Utan Kayu Markas Lahir Gerila Anwar?’ mendedahkan bagaimana mahasiswa dilatih untuk menyerap masuk ke dalam sektor-sektor awam sebagai perisik untuk memperoleh maklumat.   Dalam pada itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menerapkan pemikiran dan fahaman liberal dan plural di kalangan masyarakat.  Matlamat utama latihan mereka di markas tersebut adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang menolak pemikiran dan fahaman mereka.

Jika kita menganalisis gerakan seperti #Occupy Dataran dan BERSIH 3.0, ia bukanlah dianjurkan secara “Semua Dijemput Hadir Beramai-Ramai”, seperti mana lumrah jemputan kepada majlis-majlis politik atau rapat umum. Jika ada sekalipun, ianya sekadar nasi tambah.

Sebaliknya, terdapat usaha terancang apabila mereka yang hadir terdiri dari golongan-golongan kecil seperti LBGT, mahasiswa, anti-Melayu dan Islam yang digabungkan untuk mencapai jumlah sekitar 25 ribu orang.  Sekali imbas, sudah kelihatan akan kordinasi yang dibuat untuk menjayakan cita-cita politik jalanan untuk mencetuskan huru hara itu.

Pendemo rata-rata tahu apa yang perlu dibuat, terutamanya apabila berhadapan dengan pihak Polis.  Ada yang mendakwa “perhimpunan aman”, namun rakyat sudah faham hasil dari BERSIH 3.0 yang kotor itu. Apa yang mungkin kita tidak ketahui ialah bagaimana usaha berterusan dilakukan oleh Anwar dalam menyebarkan fahaman pluralisma dan liberal sebelum unsur-unsur politik keganasan jalanan disemai kepada pemimpin-pemimpin kumpulan kecil itu.  Mungkin sahaja, ada sesi-sesi tertutup bagi melatih rekrut baru agar memahami cara untuk beroperasi.

Paling ketara ialah provokasi yang dilakukan kepada pihak Polis yang bertujuan untuk memaksa Polis bertindak balas.  Tentunya, kamera dan video sudah tersedia bagi merakamkan “aksi ganas” polis.

Ada juga cubaan seperti berbaring di hadapan sekatan polis, malah BERSIH 2.0 ada pula yang berpura-pura mati! Ini adalah sebahagian dari strategi mereka.

Tanpa disedari, segala perancangan ini sebenarnya satu strategi yang dipanggil “Non-Violent Resistance”, iaitu strategi yang pernah digunakan oleh Mahatma Gandhi dan juga Martin Luther King.  Mencapai maksud, tanpa berlaku ganas.

Mungkin kita tidak sedar, bagaimana perjuangan Palestin tidak pernah berkubur waima anak-anak muda mereka hanya berbekalkan batu yang dilontarkan kepada kereta kebal Israel!

Jawapannya ialah penggunaan visual samada dari telefon bimbit atau kamera video bagi merakamkan aksi ganas terhadap rakyat marhaen yang tidak bersenjatan digunakan untuk terus membakar semangat perjuangan mereka.  Tayangan demi tayangan telah membuatkan pejuang Palestin terus berdiri mengibarkan panji, waima dibedil, diseksa, dizalimi sekalipun, api perjuangan Palestin tidak pernah berkubur.

Taktik yang sama juga digunakan oleh BERSIH 3.0, iaitu kombinasi keganasan polis yang mereka harapkan, dengan rakaman yang diperolehi bagi membakar sentimen rakyat.  Ini juga yang dilakukan oleh “rakyat” di negara timur Tengah, yang sehingga kini tidak pernah aman, gara-gara “kebangkitan rakyat”.

BERSIH 3.0 mengharapkan akan ada kebangkitan rakyat dari jalanan, persis “Arab Spring”.

Melihat akan kegagalan Non-Violent Resistance ini, Anwar tidak lagi boleh bersabar, dan mengarahkan agar merempuh polis, yang sama sekali bertentangan dengan strategi asas BERSIH 3.0.  Akhirnya, ia menjadi “Violent Attack” yang mana meletakkan BERSIH 3.0 sebagai penzalim, pencetus huru hara atas satu sebab iaitu…
KERAKUSAN ANWAR UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI AT ALL COST!

Sumber: Selangor Daily Dot Com
-UnReportedNews™®











No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®