Thursday, 17 May 2012

SENAMAN "TONGGENG" DEPAN RUMAH AMBIGA


-AMBIGA JUGA DI BERI AMARAN BAHAWA TINDAKAN AKAN DI AMBIL SEKIRANYA DIA MENGADAKAN BERSIH 4.0 YANG AKAN MENJEJASKAN KEAMANAN NEGARA-


Sekumpulan 20 ahli Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang tidak berpuas hati dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0, mengadakan senaman 'tonggeng' di hadapan rumah Pengerusinya, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara di sini pagi ini.

Kumpulan tersebut yang diketuai Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom tiba di kawasan perumahan itu pada pukul 8.30 pagi sebelum memulakan senaman.

Senaman selama 20 minit itu yang dipimpin oleh seorang daripada bekas komando Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) juga sebagai simbolik menentang agenda Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) yang dibawa Ambiga.

Semasa senaman dilakukan, Ambiga keluar dari rumah membawa minuman isotonik untuk diberikan kepada bekas-bekas tentera terbabit. Bagaimanapun pelawaan itu ditolak dengan alasan sebagai bekas pejuang, senaman tersebut belum cukup membuat mereka terasa haus.

Ketika bertemu Ambiga, Mohd. Ali memberi amaran akan 'bertindak' jika wanita tersebut dan sekutunya berhasrat untuk mengadakan Bersih 4.0.

"Kami akan mengambil tindakan jika kamu mengadakan Bersih 4.0 untuk menjejaskan keamanan negara.

"Kami sebagai bekas tentera bergadai nyawa di dalam hutan untuk memastikan keamanan negara ini tetapi pihak Bersih telah bertindak sebaliknya," katanya semasa bertentang mata dengan Ambiga di sini.

Sumber: Kelab Umno Kuala Selangor 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®