Monday, 23 April 2012

SANTUBONG MENDAPAT TIGA KLINIK 1MALAYSIA

-DATO' LIOW MELULUSKAN TIGA KLINIK TERSEBUT BERIKUTAN PERTEMUAN "EMPAT MATA" ANTARA SAYA & DIA. KLINIK 1MALAYSIA DI ILHAMKAN OLEH KERAJAAN BN UNTUK MENYEDIAKAN SEGALA KEMUDAHAN KESIHATAN & BANTUAN KEPADA RAKYAT SERTA AKSES KESIHATAN YANG BERPATUTAN-


Dua dari tiga Klinik 1Malaysia yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan di kawasan Parlimen Santubong iaitu Kampung Tabuan Melayu di Demak Laut dan Kampung Pulo di Pantai Damai dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Jun tahun ini.

Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sambil menambah Klinik 1Malaysia yang ketiga iaitu di Kampung Sebat di Tanjung Datu bagaimanapun, akan mula beroperasi dalam masa terdekat sebaik sahaja tapak lokasi yang sesuai untuk klinik tersebut  telah dikenalpasti.

"Ketiga-tiga Klinik 1Malaysia berkenaan telah dilulus secara serentak oleh Menteri Kesihatan Dato' Sri Liow Tiong Lai berikutan dengan perjumpaan “empat mata” di antara saya dan Dato’ Sri Liow untuk berbincang perkara berkenaan di pejabat saya di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada April 9hb baru-baru ini.”

"Saya menganggap pertemuan saya dengan Dato' Liow amat berhasil kerana lima hari kemudian (April 14hb), beliau mengarahkan Ketua Pengarah (KP) Kementerian Kesihatan Dato' Sri Dr Hasan Abdul Rahman untuk datang ke sini.”

“DG Hasan sebenarnya telah di arahkan untuk memeriksa sendiri kedua tapak yang di sediakan untuk klinik-klinik di Kampung Tabuan Melayu dan Kampung Pulo namun saya tidak sempat menemuinya kerana secara kebetulan, saya membuat “routine walkabout” di Kampung Rambungan pada hari yang sama.”

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana DG Hasan memberi penilaian yang begitu positif pada kedua-dua tapak tersebut dan ianya amat sesuai untuk mendirikan Klinik 1Malaysia yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun ini," tambah ahli politik veteran.

Junaidi menggumuman berita gembira semasa berucap di Program “Lan Minum Petang ngan Datuk Wan Junaidi bersama Masyarakat Kampung Tabuan Lot” yang dihadiri oleh lebih dari 300 penduduk di kampung tersebut petang semalam.

Mengenai kelewatan mendirikan Klinik 1Malaysia di Tanjung Datu, Junaidi, yang juga Timbalan Speaker Parlimen menerangkan mereka masih dalam proses untuk mengenalpasti tapak yang sesuai bagi klinik tersebut namun memberi jaminan ianya akan mula beroperasi serta-merta sebaik sahaja mereka menemui lokasi yang sesuai.

"Klinik 1Malaysia didirikan untuk  menyediakan kemudahan kesihatan dan bantuan kepada rakyat, sekaligus ianya dapat mengurangkan kesesakan pesakit di klinik kerajaan," katanya lagi sambil menjelaskan bahawa penubuhan klinik ini adalah untuk memudahkan masyarakat dengan akses kesihatan yang berpatutan.

PERBINCANGAN SECARA INFORMAL DI TAPAK KLINIK TERSEBUT
Junaidi, yang ditemani isterinya Datin Hajah Feona Sim Abdullah turut menyampaikan peruntukan sebanyak RM150,000 untuk menukar pendawaian elektrik di Dewan Masyarakat kampung tersebut, (RM83,000) juga untuk menukar  pendawaian elektrik di surau kampung itu  selain menghulurkan  bantuan kewangan untuk 32 kanak-kanak daripada ibu-ibu tunggal dari sekitar kampung itu.

Kemudian pada hari yang sama, Junaidi yang disertai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) wakil Abdul Kamal Mohammad dan Kuching Jabatan Kesihatan wakil Dr Ruziana Miss melawat sebuah kedai-lot berdekatan di mana Klinik 1Malaysia akan ditubuhkan. Menurut kepada Ruziana, kini terdapat tiga klinik itu yang beroperasi di kawasan Kuching; Matang, Padawan dan Bintawa.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Terima Kasih Bro kerana menjadi teman blog saya baru berusia hampir 2bln, semoga kerjasama kita memberi mamfaat dan saling membantu menyebar isu masing2. bukan soal siapa paling bermamfaat, yang penting kita seperjuang. Selamat berjuang

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®