Thursday, 19 April 2012

BANG ANU TAMBAH KELENTONG ISU PTPTN

-ORANG KAYA PERLU BAYAR-BUKTI BANG ANU TIDAK KONSISTEN & MEMANIPULASIKAN ISU UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI-


Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) hari ini melihat kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa golongan kaya perlu membayar semula pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) walaupun pakatan pembangkang komited untuk memansuhkan bayaran itu, sebagai satu kenyataan yang tidak konsisten.

Setiausaha Agungnya, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, Anwar sekali lagi tidak konsisten dalam apa yang dikatakan dan ini mengesahkan bahawa dia sebenarkan memanipulasikan sesuatu isu untuk kepentingan politiknya.

“Kalau tidak merujuk kepada kes anak Tony Fernandez, penyokong kerajaan sudah pasti nadanya berbeza. Justeru itu Gagasan menggesa masyarakat agar tidak mudah tergoda dengan janji-janji manis Anwar yg diyakini akan berjanji banyak perkara lagi menjelang PRU ke-13.

Dalam masa yang sama, Gagasan mengharapkan agar mahasiswa yang sedang berdemonstrasi di Dataran Merdeka sekarang agar jangan mengeruhkan keadaan, sebaliknya menumpukan kepada pelajaran,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tambahnya, kerajaan juga telah bersedia untuk mengkaji semula pinjaman ini, malah dalam Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional baru-baru ini dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO tekah mencadangkan beberapa penambah-baikan PTPTN demi untuk kebaikan semua pihak.

“Sehubungan dengan itu, Gagasan berharap agar kumpulan mahasiswa ini untuk bersabar dan jangan jadikan diri mereka sebagai alat yang diperkudakan untuk kepentingan kepada sesetengah pihak demi menjayakan  agenda peribadi politik mereka,” tambahnya.

Sumber: Sahabat-Gunung


-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Sebenarnya PTPTN tidak harus dijadikan bahan politik. PTPTN harus diteruskan, cuma aspek pembayaran balik harus dikaji. Cadangan, peminjam bayar pinjaman pokok tanpa bunga atau interest dengan sedikit kos perkhidmatan iaitu antara RM50-RM500 sekali sahaja.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®