Saturday, 24 March 2012

PEJUANG YANG GUGUR ATAU BANGKITNYA SEORANG PENGKHIANAT?

-MALANGNYA BUAT TAN SRI KERANA "MENGAKHIRI" KARIER POLITIK TAN SRI DENGAN PENGKHIANATAN TERHADAP BANGSA MELAYU & JUGA RAKYAT MALAYSIA-


Terlebih dahulu, saya mohon maaf kerana apa yang saya tuliskan di sini berkemungkinan agak sedikit kasar. Saya sedar saya ni muda dan kurang pengalaman berpolitikus jika berbanding dengan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir namun saya tidak dapat membendung apa yang tersirat di dalam hati saya ini dan dari pengamitan saya yang naïf ini, kata-kata Tan Sri itu tidak ubah seperti budak kecil yang begitu keciwa sekali dan ingin melepas geram serta membalas dendam.

Keciwa kerana Tan Sri tak di lantik dalam barisan kabinet? Adakah jawatan menteri itu terlalu penting sehinggakan Tan Sri mahu bersekongkol dengan golongan manusia yang di labelkan oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai Dajal yang bertopengkan manusia?

Tan Sri adalah seorang “hipokrit” (saya enggan menggunakan perkataan munafik di sini walaupun ianya adalah “direct translation”) kerana mengecam sesebuah institusi yang Tan Sri sendiri pernah anggotai sebagai salah seorang anggota majlis tertinggi parti.

Apakah selama Tan Sri memegang jawatan menteri dalam kerajaan semua yang Tan Sri lakukan tanpa keikhlasan? Mengapa sewaktu memegang jawatan tersebut Tan Sri luahkan semua ini? Adakah kerana Tan Sri melihat terdapat satu peluang untuk memegang jawatan menteri di dalam organisasi pembangkang maka Tan Sri berbuat demikian? 

-“Sekiranya ada perhimpunan Bersih 3.0, saya akan kerahkan semua Ahli Amanah menyertainya dan saya akan berada di barisan hadapan. Saya bukan berniat hendak mengugut kerajaan, tetapi saya tidak mahu pemerintah menipu rakyat.” -Begitulah kata-kataTanSri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bekas menteri yang pernah memegang pelbagai portfolio.-


Tan Sri menegaskan “Saya bukan berniat hendak mengugut kerajaan, tetapi saya tidak mahu pemerintah menipu rakyat.”, jika begitu, bukan saja Tan Sri menipu rakyat Malaysia selama ini namun Tan Sri sebenarnya menipu diri sendiri ataupun sebenarnya Tan Sri adalah seorang yang begitu lemah dan tiada pegangan atau hidup tidak berperinsip?

Jika begitu, perjuangan Tan Sri selama ini sebenarnya penuh dengan kepuraan, lakonan dan sandiwara dan sekiranya peyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat (PR) benar-benar mendalami dan menghayati “perjuangan” Tan Sri, pasti mereka tidak akan memberi sokongan kepada Tan Sri yang  telah mengkhianati sebuah parti yang pernah Tan Sri anggotai selama beberapa dekad. Dapatkah Tan Sri setia kepada parti yang baru Tan Sri sertai nanti?

Saya sebenarnya menghormati dan mengkagumi Tan Sri satu ketika dahulu (dan saya pernah nyatakan kepada Tan Sri ketika kita bertemu di DUN Sarawak pada dua-tiga tahun lepas) namun perasaan tersebut sudah terhakis sebaik saja saya melihat Tan Sri bersama-sama beberapa ahli PR di Sarawak dalam suatu majlis di Kuching ini dalam bulan Januari tahun ini lebih-lebih lagi desas-desus Tan Sri ingin keluar dari UMNO sudah kedengaran.

Pesanan saya hanya satu, malang sungguh buat Tan Sri kerana “mengakhiri” karier politik Tan Sri dengan pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan juga kepada rakyat Malaysia.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®