Saturday, 31 March 2012

DAP MAKIN LAMA MAKIN "BESAR KEPALA" & MULA MENINDAS PAS?

-SIKAP BONGKAK & TAMAK HALOBA DAP NYATA HANYA INGIN MENJAGA KEPENTINGAN MEREKA SENDIRI TANPA MENGAMBIL KIRA PERASAAN ORANG LAIN SEAKAN JUGA TIDAK LAGI MENGHORMATI RAKAN PR MEREKA TERUTAMANYA PAS-

MULA-MULA PAS, TAK MUSTAHIL PKR AKAN DI TINDAS DAP SETERUSNYA 
TITIK pertemuan di antara DAP, PKR dan PAS untuk menubuhkan Pakatan Rakyat (PR secara tidak berdaftar) hanya didorongi oleh  satu persamaan di antara mereka iaitu Barisan Nasional (BN) adalah musuh mereka bersama bukannya kerana niat ingin membela rakyat aptah lagi membangunkan negara ini.

Perbalahan dalaman yang kini di alami PR juga melibatkan isu perebutan kerusi DUN dan juga Parlimen di antara DAP dan PAS dan isu ini hanyalah salah satu daripada pelbagai lagi isu-isu yang berbangkit sejak kebelakangan bagikan "tanda-tanda" yang nyata yang lagi ketara membayangkan berakhir PR setelah PRU yang ke-13 yang akan datang bila-bila masa nanti.

Menurut Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik yang juga ADUN Kota Darul Aman, sekiranya PAS enggan memberi lebih banyak banyak kerusi Parlimen kepada DAP pada PRU yang ke-13 ini, situasi “pertandingan tiga penjuru” mungkin tidak dapat di elakkan lagi.

Kenyataan DAP yang seakan memberi "ugutan atau ancam" tersebut turut mencetuskan kemarahan yang nyata di kalangan penyokong PAS sehinggakan mereka mempersoalkan kedudukan DAP di dalam PR yang seakan-akan kini sudah mula cuba mencongak untuk mendominasi pakatan itu.

Nampaknya segelintir besar penyokong-penyokong PAS kini sudah mula menyedari akan sikap bongkak dan tamak haloba DAP yang nyata hanya ingin menjaga kepentingan mereka tanpa mengambil kira perasaan orang lain seakan-akan tidak lagi menghormati rakan komponen PR mereka terutamanya PAS.

Walaupun BN mengalami atau menghadapi senario yang hampir sama seperti PR namun langkah mencari penyelesaian atas satu-satu isu agak berbeza sekali iaitu melalui bertolenrasi dan perbincangan bersama yang seumpama bagaikan satu tradisi amalan BN yang juga merupakan sinambungan Parti Perikatan yang ditubuhkan suatu masa dahulu atas dasar satu niat murni-ingin membantu rakyat dan mencapai kemerdekaan negara.

Soalannya, layakkah gabungan PR ini (seandainya mereka-dalam mimpilah) memimpin negara ini biarpun  pada hakikatnya mereka tidak mampu menyelesaikan isu-isu dalaman yang remeh malah dengan begitu mudah mengeluarkan ancaman sesama mereka sendiri? Semua pihak tahu setiap parti-parti komponen PR tersebut masing-masing mempunyai idealogi atau rancangan mereka sendiri namun didorongi sifat mereka yang “keras kepala” enggan bertolak-ansur kerana mahukan setiap keinginan mereka dipenuhi, tidak mustahil negara ini akan berkecai (sekiranya PR memerintah) dek kerakusan kuasa mereka.

Keadaan status "Pakatan" mereka tidak pernah didaftarkan sehingga kini juga sudah cukup menimbulkan keraguan di kalangan rakyat kepada keikhlasan perjuangan PR di tambahkan lagi dengan cara mereka mengendali pelbagai isu-isu yang berbangkit termasuk isu pembahagian kerusi Parlimen. Segala tindakan dan reaksi mereka ketika menghadapi isu-isu tersebut menunjukkan ketidak-sefahaman yang begitu ketara dan seakan-akan secara langsung mengambarkan kekalahan yang bakal di hadapi PR pada PRU ke-13 ini.

Di terjemahkan dari nukilan dari BERUANG BIRU @ Kuala Lumpur Chronicle (Click di sini)

PS: Silap-silap ni semua rancangan DAP & PKR yang nak "membunuh" PAS, mana lah tahu, kepala Bang Anu tu bukannya cun sangat, dengan Israel dia boleh bersekongkol apa je le tahap "memperbudak=budakkan" Nik Aziz & PAS tu..kacang le bagi dier.. Raja Spin tersoho di alaf ini.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®