Thursday, 15 March 2012

DAP DI PULAU PINANG AKAN PUNAH DALAM PRU 13 INI?

-EKORAN PERANGAI LIM GUAN ENG DENGAN SELAMBA MEMUNGKIRI JANJI KEPADA KAUM INDIA DENGAN MERAMPAS TANAH KAMPUNG MEREKA & DENGAN ANGKUH MENGHALAU & MEROBOH KEDAI-KEDAI & KAMPUNG MILIK ORANG MELAYU-

Keangkuhan Lim Guan Eng akhirnya goyah juga apabila beliau semalam mengakui yang beliau merasa bimbang yang Pakatan Rakyat akan kehilangan kuasa di Pulau Pinang. Kenyataan beliau di dalam akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau semalam jelas menunjukkan ketidakyakinan beliau dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Kebimbangan beliau berpunca dari kesungguhan BN bekerja dalam memulihkan sokongan rakyat negeri itu, yang menyaksikan lawatan yang kerap dari pemimpin-pemimpin tertinggi BN ke kawasan-kawasan panas di sekitar negeri itu. Selain itu, beliau juga merasa bimbang mengenai insiden-insiden keganasan yang berlaku kerana isu-isu tertentu.

Menurut beliau lagi, adalah sukar bagi PR untuk menandingi BN dari segi jentera, wang dan media atau 3M (machinery, money and media) di mana BN mempunyai kelebihan sebagai kerajaan pusat. Sasaran kini, katanya adalah untuk memenangi 100 dari 222 kerusi sudah dikira mencukupi bagi PR kerana ia pasti menimbulkan huru-hara di dalam UMNO. Apabila BN kehilangan 2/3 majoriti, Dato’ Seri Najib pasti akan dicabar dan pencabarnya akan membantu melemahkan BN secara tidak langsung.

Itu adalah kenyataan dari mulut Guan Eng sendiri. Yang pasti, kebimbangan Lim Guan Eng bukan terhad kepada beberapa faktor yang disebutnya di atas sahaja. Tetapi, faktor yang paling kritikal ialah dirinya sendiri.

Sebelum berkuasa di Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau DAP secara keseluruhan sememangnya sinonim dengan imej rasis dan chauvinis. Hakikat bahawa DAP adalah pencetus 13 Mei tidak mungkin dapat dipadamkan daripada sejarah walau bagaimana licik pun mereka berusaha mengubah sejarah.

Apabila Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, rakyat telah diberi amaran berkenaan sikap rasis dan chauvinis DAP. Ternyata apa yang ditakuti menjadi nyata apabila Lim Guan Eng dengan selamba memungkiri janji kepada kaum India dengan merampas tanah kampung mereka dan dengan angkuh menghalau dan merobohkan kedai-kedai dan kampung milik kaum Melayu.

Para pemerhati politik dan mereka-mereka yang berfikir dapat melihat dengan jelas bagaimana Lim Guan Eng menghalau kaum-kaum lain secara sistematik dan licik menggunakan kuasa dan undang-undang ke atas mereka yang lemah. Tanah-tanah kampung yang dirampas, didirikan rumah-rumah dan pusat komersial berkos tinggi bagi memastikan kaum Melayu dan India yang majoritinya terlalu jauh ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaum Cina tidak akan mampu memilikinya hatta terpaksa keluar dari Pulau Pinang.

Selain itu, sikap diktator Guan Eng juga semakin terserlah sehingga tidak lagi disenangi bukan sahaja oleh kaum bukan Cina, tetapi kaum Cina sendiri. Antaranya, Lim Boo Chang, bekas ahli MPPP telah bertindak keluar parti atas alasan khusus iaitu ‘sikap diktator dan autokratik’ Lim Guan Eng yang menggunakan taktik mengugut dan menekan dalam pemberian projek sPICE. Sikap itu juga sekali gus menunjukkan yang Guan Eng tidak telus atau korup dalam pemberian projek-projek kerajaan negeri.

Guan Eng juga tidak mampu menyembunyikan kebenciannya yang meluap-luap terhadap Melayu dan sikap inilah yang sering menimbulkan ketegangan antara beliau dengan pegawai-pegawai kerajaan berbangsa Melayu. Bagi melakukan ‘damage control’ apabila sikapnya berjaya dihidu media, beliau terpaksa berbohong dan berbohong mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Malangnya, Melayu tidak sebodoh yang Guan Eng sangka. Satu demi satu pembohongannya didedahkan seluas-luasnya sehingga beliau kini digelar sebagai Ketua Menteri lidah bercabang.

Sikap kepimpinan tertinggi DAP juga tidak mampu membantu Guan Eng dalam meraih sokongan rakyat. Walaupun sibuk melaungkan keterbukaan, menuntut kebebasan bersuara dan kebebasan media tetapi kepimpinan DAP sendiri tidak bersikap terbuka. DAP terkenal dengan budaya memberi tekanan kepada sesiapa sahaja yang menegur kepimpinan mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyeru boikot terhadap media yang mengkritik mereka. Bayangkan, bagaimana Guan Eng boleh mengharapkan sokongan rakyat jika beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin?

Itu belum lagi dikira amalan kronisme dan nepotisme dalam DAP di mana hanya mereka-mereka yang punya pertalian atau yang rapat dengan kepimpinan atasan sahaja yang akan diberikan jawatan. Sikap komunis yang sentiasa prejudis dan tidak mempercayai orang luar begitu menebal menjadikan DAP sebagai parti yang ‘dingin’ dan tidak mesra rakyat.

Semua ini adalah faktor-faktor yang menyebabkan Lim Guan Eng hilang keyakinan untuk menang dalam PRU akan datang. Mungkin Guan Eng enggan mengakui semuanya tetapi kita yakin yang jauh di sudut hatinya dia tahu setakat mana kebolehannya untuk mentadbir negeri. Seorang yang angkuh selalunya akan banyak berbuat silap kerana enggan menerima teguran dan nasihat.

Walaubagaimanapun, ‘jatuh’ atau tidak Pulau Pinang kali ini bukan bermakna PR akan selamat. 100 kerusi sasaran PR boleh dikatakan satu cita-cita yang terlalu tinggi dengan keadaan Selangor yang dipenuhi sampah dan berlubang di sana-sini akibat korupsi kerajaan negeri. Apa lagi dengan keadaan pentadbiran Kedah yang terumbang-ambing dan Kelantan yang seolah-olah ‘koma’ selama-lamanya.

Oleh itu, kebimbangan Guan Eng sebenarnya amatlah bertepatan sekali dengan perkembangan politik hari ini. Rakyat tidak lagi marah dengan BN sepertimana tahun 2008 dahulu. Rakyat kini marah dengan PR pula, kerana belum pun sampai sepenggal, sudah dilanda berbagai-bagai skandal.

Beruang Biru 


-sumber dari rbfonline (please click here


-Biar ini jadi peringatan terutamanya penduduk negeri Sarawak yang masih beranggapan DAP akan membela nasib semua bangsa :)


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®