Friday, 17 February 2012

BANG ANU MEROYAN SANGAT & KEMARUK NAK JADI PM KER?

-TAHUN 1998 DAH “KEEMPUNAN” JADI PM, SEKARANG UMUR DAH LANJUT, JADI PM “SEKEJAP” PUN MEMADAI, DEMI MENCAPAI CITA-CITA NAK JADI PM, KINI SANGGUP JUAL MARUAH KAT ISRAEL DEMI UNTUK SOKONGAN KUASA ASING!
KALAU di kaji betul-betul, memang patut pun Datuk Seri Anwar Ibrahim “bermati-matian” memburukkan kerajaan Barisan Nasional sebab dia “keempunan” nak jadi PM bila “tersungkur” di saat-saat akhir perlantikannya sebagai PM pada tahun 1998 dek gara-gara kes liwat episod pertamanya.

Fitnah demi fitnah di cipta dan di lemparkan oleh Bang Anu and Co. untuk menyemarakkan rasa kebencian rakyat kepada kerajaan BN baik di zaman kedua mantan PM Tun Mahadir serta Tun Abdullah dan kini PM Datuk Seri Najib tanpa mengambil kira kesan dan impact negatif, khususnya perpaduan rakyat, kestabilan politik dan ekonomi Malaysia dari tindakannya yang nyata sekali hanya untuk mencapai matlamatnya dan cita-cita untuk menjadi PM.

Kepetahan berpidato Bang Anu membolehkan beliau dengan mudah mengaburi mata golongan mereka yang tidak peka dengan keadaan sebenarnya dan golongan ini juga mudah dipengaruhi Bang Anu, lebih-lebih lagi berkaitan dengan semua setiap tindakan atau program kerajaan yang realitinya memberi kebaikan kepada rakyat namun diputarbelitkan menjdi sebaliknya.

Sebut saja-bantuan RM100 kepada penuntut sekolah, bantuan RM200 baucer buku penuntut insitusi tinggi, bantuan RM500 rakyat 1Malaysia dan banyak lagi program bantuan kerajaan, semuanya digambarkan Bang Anu kepada rakyat sebagai “tidak baik” namun pada hakikatnya, rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan kini, yakni kerajaan BN memang mendahulukan rakyatnya dengan segala bantuan yang telah di hulurkan.

Kerakusan Bang Anu untuk menjadi PM semakin terserlah baru-baru ini dengan pendiriannya menyokong negara Israel secara terbuka demi untuk mendapat sokongan yang lebih padu lagi, lebih-lagi dah dekat-dekat nak PRU13 ni, maklum lah Israel selama ini telah membayangkan Bang Anu sebagai “the future Malaysia PM” (Prdana Menteri Malaysia seterusnya).

Rakyat Malaysia harus sedar akan “nawaitu”sebenar Bang Anu ini yang sekadar ingin memegang jawatan PM walaupun dengan apa cara sahaja supaya jangan “keempunan” lagi sekali.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®