Sunday, 31 March 2013

MALAYSIA MENYERLAH DI AIFFA 2013 DENGAN EMPAT ANUGERAH

-MAJLIS ANUGERAH FILEM PRESTIJ BERTARAF ANTARABANGSA INI YANG MELIBATKAN LEBIH 2 BUAH NEGARA DARI SELURUH DUNIA MERUPAKAN ACARA YANG JULUNG-JULUNG KALINYA DIADAKAN DI WILAYAH ASIA TENGGARA INI!-

Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyampaikan anugerah Khas Seumur Hidup kepada pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh pada Anugerah AIFFA 2013 di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di bandaraya Kuching di sini semalam. - FotoBERNAMA
Malaysia berjaya merangkul empat kemenangan pada Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, Sabtu.

Malaysia semakin terserlah apabila Anugerah Khas AIFFA 2013 buat kategori Anugerah Khas Penghormatan di rangkul oleh Pengarah Filem tempatan U-Wei Haji Saari namun kegembiraan Malaysia tidak hanya berakhir setakat itu kerana Pelakon Antarabangsa kelahiran Malaysia Datuk Michelle Yeo diberi penghornatan untk menerima Anugerah Tertinggi AIFA 2013 iaitu Anugerah Pencapaian Seni Sepanjang Hayat.


Empat anugerah tersebut adalah untuk katergori Lakon Layar Terbaik (Bunohan), Filem Komedi Terbaik (Istanbul Aku Datang), Filem Aksi Terbaik (Songlap) dan Aktor Terbaik (Songlap-Shaheizy Sam).

AIFFA 2013 diiktiraf Kementerian Pelancongan Sarawak dan mendapat sokongan penuh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Malaysia (Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Senarai Pemenang:


1.Lakon Layar Terbaik: Filem Bunohan, Dain Iskandar Said (Malaysia)

2.Suntingan Filem Terbaik: Filem Sang Martir, Cesa David Luckmansyah (Indonesia)

3.Fotografi Filem Terbaik: Filem Rayya, Rahmatlpung Syaiful (Indonesia) 

4.Aktor Pembantu Terbaik: Filem Alagwa, Bugoy Carino (Filipina)

5.Aktres Pembantu Terbaik: Filem Sta Nina, Anita Linda (Filipina)


6.Aktor Terbaik: Filem Songlap, Shaheizy Sam (Malaysia)

7.Aktres Terbaik: Filem Sta Nina, Alessandra De Rossi (Filipina)


8.Filem Terbaik - Komedi: Filem Istanbul Aku Datang, Produser Tengku Lesta Tengku Alaudin dan Lina Tan (Malaysia)

9.Filem Terbaik - Drama: Filem Sta Nina, Produser Rodel Naciancero (Filipina)


10.Filem Terbaik - Aksi: Filem Songlap, Produser Lina Tan (Malaysia)

11.Pengarah Terbaik: Filem Atambua 39 Degree Celcius, Riri Riza (Indonesia)

Anugerah Khas Juri:

1.Filem Kayan Beauties (Myanmar)

2.Filem Rectoverso (Indonesia)

3.Filem Ada Apa Dengan Rina (Brunei)

4.Filem Taxi! Taxi! (Singapura)


Anugerah Khas Penghormatan:

1. U-wei Haji Saari (Malaysia)


AIFFA Anugerah Pencapaian Seni Sepanjang Hayat:

1. Datuk Seri Michelle Yeoh

Anugerah Semangat Asean:

1.Cinta Tapi Beda (Indonesia)

-UnReportedNews™®

*Malaysia

ALASAN "SILAP TAIP" LIM GUAN ENG MENCURIGAKAN

-GUAN ENG JUGA MENGANGGAP "KESILAPAN" JUMLAH LEBIHAN SEBANYAK RM2.2 BILION NILAI SEBENAR KOS PROJEK TEROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG DIUMUMNYA PADA 2011 HANYA "SATU ISU REMEH"! MANA BOLEH ITU MACAM APEK! ITU LAKYAT PUNYA LUI (WANG) LO! KALAU BUTUT-BUTUT LU SUDAH "MIS-TYPO", APA PASAT DAP PENANG TIDAK CEPAT-CEPAT KASI BUTUT ITU SALAH? ATAU MUNGKIN LU OLANG HALAP LAKYAT TIDAK TAHU PASAT ITU LUI KAH? LU MAU BIKIN ITU LUI LU SENDIRI PUNYAKAH? LU PIKIR LAKYAT PENANG BODOH MACAM LU KAH? LU PIKIR LU BOLEH TIPU LAKYAT PENANG MACAM LU BUAT PADA TAHUN 2008 DULU KAH? KEKEKE!!!-

Alasan yang diberi Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai lebihan sebanyak RM2.2 bilion pada jumlah kos pembinaan projek terowong dasar laut beserta tiga rangkaian lebuh raya yang dirancang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang diumumnya sendiri pada tahun 2011 disebabkan oleh masalah "silap taip" sungguh tidak bertanggungawab dan ini telah menimbulkan kecurigaan dan syak wasangka dikalangan orangramai akan "niat sebenar" Guan Eng disebalik alasan tersebut.

Seandainya benar-benar sepertimana yang didakwa oleh Guan Eng yang ianya hanya satu "kesilapannya", masakan tidak ada seorang ahli DAP Penang sedar akan kesilapan tersebut dan memakluminya supaya ianya dapat diperbetulkan? Adakah mereka berharap tiada pihak yang akan mengesan akan kesilapan tersebut? Sekiranya projek tersebut dibangunkan, kemanakah RM2.2 bilion itu akan pergi?

Alasan "silap taip" yang diberi Guan Eng kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Pulau Pinang beberapa hari yang lepas betul-betul telah mempertayangkan "kebodohan"nya sendiri serta benar-benar menunjukkan sememangnya dia tiada berkelayakan menjadi seorang Ketua Menteri.

Guan Eng yang nyata kelihatan kurang senang dengan isu dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri H'ng Khoon Leng bagaikan cuba mempertahankan "kesilapan"nya dengan menegaskan pihaknya telah memperbetulkan maklumat berkenaan.

Tidaklah wajar bagi Guan Eng juga kerana mengganggap tindakan Khoon Leng yang telah membangkitkan isu kesilapan kos tersebut sebagai tidak profesional kerana Guan Eng sendiri sebagai Ketua Menteri dan kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinannya juga tidak bersikap professional dengan membuat "kesilapan" yang sepatutnya tidak berlaku atau jika (kesilapan) itu benar-benar tidak sengaja, mengapa tiada tindakan "damage-control" diambil sebaliknya hanya membuat kenyataan setelah isu ini dibangkit oleh Khoon Leng.

Sehari sebelum itu, Khoon Leng mempersoalkan peningkatan kos pakej projek mega tersebut kerana berdasarkan maklumat daripada portal kerajaan negeri, jumlah asal yang dinyatakan ialah sebanyak RM4.08 bilion seperti yang diumumkan sendiri oleh Guan Eng pada September 2011.

Kerajaan DAP Pulau Pinang ketika itu mengumumkan kos kesemua projek berkenaan merangkumi RM1.95 bilion bagi pembinaan terowong dasar laut, RM630 juta bagi pembinaan lebuh raya menghubungkan Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney, RM920 juta pembinaan jalan raya menghubungkan Farlim ke Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dan RM580 juta bagi pembinaan jalan raya dari Tanjung Bungah ke Batu Feringghi.

Projek berkenaan sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi termasuklah tender diberikan kepada sebuah syarikat yang dikatakan hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM2 selain dibantah pelbagai pihak kerana dikhuatiri bakal memberi pelbagai kesan negatif kepada penduduk dan alam sekitar dan "kesilapan" jumlah kos projek tersebut terkini sebanyak RM6.3 bilion yang meningkat sebanyak RM2.2 bilion yang telah dikesan dan didedahkan Khoon Leng telah "membogelkan" Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.

Dalam nada kurang senang dan bongkak, Guan Eng yang bagaikan tak sedar diri itu juga menggesa BN supaya tidak membuang masa kerana beranggapan isu berkenaan kerana ianya perkara yang remeh.

PS: RM2.2 bilion itu banyak o..itu rakyat punya lui maa .. bukan lu punya bapak punya lui maa .. lu sudah buat silap, lu lagi mau spin ka? .. lu pandai-pandai tanggunglah!, Kalau betul-betul itu RM2.2 bilion punya hal remeh, apa hal lu buat sidang media pasal benda tu? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

ANTARA SEBAB-SEBAB MENGAPA NAJIB MENANGGUH PEMBUBARAN PARLIMEN

-YANG PASTINYA, SPEKULASI SERTA KHABAR ANGIN YANG DISEBARKAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MENYATAKAN YANG KONONNYA NAJIB "TAKUT & TIDAK YAKIN" UNTUK MEMBUBARKAN PARLIMEN BUKANLAH SALAH SATU DARIPADA SEBABNYA! KEKEKE!!!-

Spekulasi dan khabar angin yang disebar oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang mendakwa punca kelewatan pembubaran Parliament untuk membuka ruang buat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) didorong oleh perasaan "takut dan tidak yakin" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amatlah langsung tidak benar dan berasas sama sekali kerana ada beberapa perkara penting yang harus diselesaikan dahulu sebelum memgumumkan tarikh pembubaran Parliament.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan mereka yang menyebarkan spekulasi ini sebenarnya menggambarkan kejahilan mereka untuk memahami keseluruhan proses dan prosedur dalam sistem kerajaan Malaysia berfungsi kerana Najib mempunyai beberapa sebab menangguh pengumuman tarikh pembubaran Parlimen dan seperkara yang amat pasti, dakwaan penangguhan berbuat demikan didorongi oleh perasan "takut dan tidak yakin" bukanlah salah satu dari sebabnya.

"Antara beberapa sebab mengapa kelewatan Parliament dibubarkan dan tarikh PRU ke 13 didorongi oleh sikap kepimpinan Najib yang amat bertanggungawab dan perihatin kepada rakyat membuatkan beliau harus mengkaji secara mendalam akan laporan keseluruhan Indeks Prestasi Utama Negara (KPI) serta penilaian negara secara menyeluruh termasuk semua projek-projek pembangunan yang telah siap ataupun sebaliknya pada setiap semua 222 kawasan pilihan raya Parlimen di Malaysia."

Junaidi juga menerangkan ianya bagaikan sudah menjadi satu tradisi buat BN dimana Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk mengetahui secara peribadi sekiranya masih ada projek-projek utama negeri masing-masing yang belum dilaksanakan serta ekspektasi rakyat dan penilaian mengenai calon-calon BN sebelum membuat pengumuman tarikh pembubaran Parliament dan PRU ke 13 pilihan raya."

"Segalanya harus dilakukan dengan terperinci dan hati-hati dan tugas sebagai pemimpin tertingi di negara ini bukanlah satu tugas yang mudah dan Najib tahu yang jika beliau membuat barang sedikit kesilapan pun terutamanya dalam membuat keputusan yang melibatkan masa depan negara, ianya pasti bukan saja akan memberi kesan kepada rakyat, malah impaknya akan memberi kesan di seluruh negara ini."

Oleh itu, rakyat tidak seharusnya mudah dipengaruhi oleh spekulasi dan khabar angin yang telah disebarkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang begitu jelas ingin memberi gambaran kepada umum bahawa yang kononnya Najib kini merasa takut dan agak keberatan untuk mengumumkan tarikh PRU ke 13 kerana beliau tidak yakin untuk menang berdasar dengan prestasi kerajaan BN pada penggal lepas, ujar Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong selepas menyempurnakan satu majlis di Kuching, Sarawak semalam.

"Satu perkara yang harus diambilkira adalah Najib hanya mengambil alih sebagai Perdana Menteri dan juga Pengerusi BN pada 4hb April 2009 selepas peletakan jawatan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pada 2 April 2009 iaitu tepat setahun selepas PRU ke12 (2008) dan walaupun menjalani tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri dalam masa yang singkat (empat tahun), Najib masih mampu memimpin Malaysia dengan begitu baik sekali."

"Perkara pertama yang dilaksanakan Najib sebaik mengambil alih sebagai Perdana Menteri adalah mencipta satu platfom asas menyatukan semua golongan rakyat menerusi konsep 1Malaysia sebelum sebelum memperkenalkan pelbagai program bantuan kerajaan seperti BR1M, PR1MA, bantuan RM100 pelajar sekolah dan lain-lain lagi, yang bertujuan membantu golongan rakyat yang kurang mampu dan berpendapatan rendah."

"Semua program-program ini  bertujuan untuk jangkauan sasaran lebih orang jika dibandingkan dengan progam subsidi kerajaan di mana walaupun juga kaya dan kaya" mengambil kesempatan "subsidi kerajaan," tegas Junaidi yang turut ditemani isterinya Datin Hajah Feona Sim Abdullah pada majls berkenaan.

"Pada masa ini, saya amat percaya bahawa kebanyakan orang telah mula "membuka mata mereka" kerana menyedari semua transformasi positif dan program pembangunan oleh Najib, meliputi semua peringkat orang, memberi keutamaan kepada kumpulan sasar; yang berpendapatan rendah dan orang miskin dan semua kejayaan ini telah dicapai dalam tempoh yang terhad dan oleh itu, Najib seharusnya diberi mandat penuh pada PRU ke 13 kerana dia telah menunjukkan nilai-nilai kepimpinan serta dedikasi yang tinggi sebagai Perdana Menteri agar dia terus mengemudi negara ini hadapan secara semaksima yang ada."

-UnReportedNews™®

Saturday, 30 March 2013

PERWIRA BUMI KENYALANG SELAMAT KEMBALI DARI TUGASAN LAHAD DATU

-PASUKAN YANG TERDIRI DARI ANGGOTA-ANGGOTA BERPENGALAMAN DALAM BIDANG RISIKAN & PERTEMPURAN BERSENJATAPI DENGAN PENJENAYAH JUGA TERBABIT DENGAN BEBERAPA INSIDEN BERBALAS TEMBAKAN DENGAN PENGGANAS SULU SEWAKTU BERTUGAS DI LAHAD DATU!-

Salah satu daripada pasukan polis dari Sarawak yang telah terawal sekali digegaskan ke Lahad Datu, Sabah sejak bermulanya insiden pencerobohan tersebut pada bulan lepas telah selamat kembali ke kampung halaman sendiri sebentar tadi.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) lebih kurang jam 6 petang tadi disambut dalam satu suasana yang gembira dan penuh kesyukuran oleh ahli-ahli keluaraga dan beberapa orang pegawai PDRM.

Difahamkan kumpulan yang terdiri seramai lapan orang anggota tersebut yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Turus D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Sarawak DSP Sarifuddin Mustafa telah dipilih secara khusus untuk memperkasakan kekuatan PDRM yang sedia ada di sana semenjak tercetusnya insiden berkenaan.

Sepanjang bertugas di Lahad Datu, pasukan yang terdiri dari anggota-anggota yang rata-rata mempunyai pengalaman dalam bidang risikan mahupun pertempuran senjataapi dengan penjenayah turut juga terbabit dalam beberapa insiden berbalas tembakan dengan kumpulan pengganas Sulu.

Disamping dipertanggungjawabkan untuk mengawal keadaan dibarisan hadapan dan tugasan-tugasan rutin yang lain dalam kawasan Zone Merah (Zone Bahaya), pasukan keselamatan dari Sarawak telah beberapa kali turut diarah menjadi pasukan mengiring untuk menjaga keselamatan kumpulan forensik dalam operasi mengeluarkan mayat-mayat pengganas Sulu.

Secara kebetulan, tepat sebulan yang lepas (28hb Feburari 2013) mereka telah digegaskan ke Sabah dan hari (30hb Mac 2013) mereka telah kembali dengan selamatnya. Walauapapun, Syukur Alhamdullillah serta sekalung tahniah diucapkan buat pasukan tersebut kerana telah melaksanakan tanggungjawab mereka mempertahankan kedaulatan negara kita.

Sesungguhnya anggota-anggota pasukan keselamatan inilah diantara mereka yang mengharumkan dan mencatat nama Sarawak dalam sejarah insiden pencerobohan Lahad Datu yang setakat ini telah merekodkan seramai 68 militan yang berjaya dibunuh, 121 individu ditahan [Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)] dan 443 orang (pelbagai kesalahan lain).

Salah seorang dari anggota pasukan keselamatan tersebut adalah rakan lama aku dan juga sumber utama aku untuk mendapatkan info-info terkini berkenaan dengan insiden Lahad Datu.

Apabila aku bertanyakan kepadanya apakah perkara yang pertama sekali yang dia akan buat sebaik sahaja balik di Kuching, dia menyatakan dia akan terus memeluk anak-anaknya untuk melepas kerinduan kerana pada malam dia dan pasukannya berlepas di Lahad Datu sebulan yang lalu, anak-anaknya sudah tidur.

Walaupun demikian, rakan aku mengakui dia merasa amat berat untuk meninggalkan Lahad Datu yang telah menjadi rumahnya selama sebulan yang telah mencoretkan pelbagai kenangan dan pengalaman yang mungkin tak dapat dilupakan sepanjang hayatnya terutamanya mengenangkan rakan-rakan seperjuangan yang telah terkorban menentang pengganas Sulu.

Mendoakankan agar segalanya di Lahad Datu akan berakhir dengan selamat dan masa yang terdekat, rakan aku juga meluahkan perasaan yang dia merasakan dirinya "belum puas" berkhidmat di Lahad Datu. Syabas sahabatku kerana mempunyai semangat yang sayangkan negara yang begitu kental!

Sejak bermulanya insiden juga, seramai 10 anggota keselamatan terdiri daripada dua tentera turut terkorban dan lapan anggota polis, termasuk Mendiang Ketua cawangan khas Semporna Asisten Superitendan Michael Padel dalam satu kejadian serang hendap oleh sekumpulan pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna lebih kurang jam 7 malam pada 2hb Mac 2013 lepas.

-UnReportedNews™®

AKIBAT KEBODOHAN, SIKAP TAMAK & TAK SEDARKAN DIRI, KIRAM III DIPERGUNAKAN DALAM INSIDEN LAHAD DATU

-SELAIN JAMALUL KIRAM III, DI REKODKAN TERDAPAT 75 LAGI INDIVIDU YANG LAIN MENGAKU DIRI MEREKA ADALAH WARIS SULTAN SULU NAMUN YANG NYATA, KIRAM III BUKANLAH DARI DARAH KETURUNAN SULTAN SULU SEPERTI YANG DIDAKWANYA KERANA BELIAU TERHASIL DARI PERKAHWINAN IBUNYA DENGAN SEORANG LELAKI BERNAMA AMIR HAMZAH SEBELUM IBUNYA MENJADI ISTERI KETIGA KEPADA RAJA MUDA MAWALI WASIT II! KEKEKE!!!-

Fuh kiri, fuh kanan, berkat doa Kiram III
Ketika ini, terdapat 75 individu sedang menuntut takhta Kesultanan Sulu termasuk waris palsu, Jamalul Kiram III yang menjadi ketua kepada gerombolan penceroboh Lahad Datu dan Sultan Rodinood ibni Sultan Julaspi Kiram II.

Walaupun bukti menunjukkan Jamalul Kiram III bukanlah berketurunan Raja Muda Mawalil Wasit II seperti didakwanya, tetapi dia tetap bertegas bahawa dia merupakan waris sah keturunan Sulu.

Hakikatnya, bapa Jamalul Kiram, Punjunggan Kiram bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu memandangkan Punjunggan Kiram bukan anak kandung Raja Muda Mawalil Wasit II. Sebaliknya Punjungga Kiram merupakan anak kepada Amir Hamzah, bekas suami Mora Napsa Laga.

Semasa beliau sedang mengandungkan Punjunggan Kiram, Mora Napsa telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya (ketika itu), Amir Hamzah kerana ingin mengahwini Raja Muda Mawalil Wasit II sebagai isteri ketiga.

Kelahiran Punjungga Kiram terpaksa dibinkan dengan nama Mawalil Wasit II atas tipu-helah Mora Napsa agar anaknya itu tidak dicemuh kalangan keluarga Mawalil yang berdarah bangsawan Sulu.

Mereka ini terkorban kerana sikap tak sedarkan diri, bodoh & tamak Kiram III 
Namun, Mawalil Wasit II juga mempunyai dua isteri sebelum Mora Napsa. Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Datu Attik, Mawalil Wasit mempunyai anak bernama Esmail E. Kiram.

Walaupun Raja Muda Mawalil Wasit II pada permulaannya menyerahkan gelaran Raja Muda kepada Punjunggan Kiram, anak Mora Napsa, tetapi status itu terpaksa dibatalkan apabila Raja Muda Mawalil Wasit II yang baru menaiki takhta mengetahui bahawa Punjunggan Kiram bukan dari darah keturunannya.

Baginda kemudiannya menyerahkan gelaran Raja Muda itu kepada Esmail E. Kiram, anaknya bersama Datu Attik. Namun hayat Raja Muda Mawalil Wasit II tidak lama menyebabkan baginda gagal dimahkotakan sebagai Sultan Sulu. Maka disebabkan itu hanya gelaran Raja Muda kekal pada namanya dan bukanlah gelaran Sultan. (sumber

-UnReportedNews™®

USAHA MENJEJAKI SAKI-BAKI LANUN SULU DITERUSKAN

-SEPULUH LANUN SULU CEROBOH LAHAD DATU, SATU KENA TEMBAK, TINGGAL LAGI SEMBILAN! (kena baca ikut tune lagu sepuluh budak hitam!) KURANG DARI 10 ORANG, BEGITULAH ANGGARAN JUMLAH TERKINI SAKI-BAKI SEKUMPULAN LANUN-LANUN UPAHAN KIRAM III YANG PADA ASALNYA MENCECAH LEBIH 200 ORANG SEWAKTU MENCEROBOH LAHAD DATU BULAN LEPAS SEMENJAK DIGEMPUR & DIJEJAKI PASUKAN KESELAMATAN KITA! ADUH, NAK MAIN BOLA PUN TAK CUKUP ORANG! KEKEKE!!!-

Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang dan angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Februari lepas iaitu kira-kira 200 orang.

Bercakap dalam satu sidang media di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, Lahad Datu semalam, Hamza menambah, "Saya tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya...kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang dari 10 orang." 

"Gerakan ofensif yang disusuli operasi menggeledah dan membersih sehingga kini berjaya membersihkan tiga dari lima kampung yang menjadi lokasi persembunyian dan pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas."

"Selepas Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian dibersihkan, pasukan keselamatan kini memberi tumpuan kepada kawasan Tanjung Bilis dan Lok Buani," katanya sambil menjelaskan penduduk Kampung Tanjung Labian akan dibenar pulang selepas ketua-ketua keluarga dan ketua kampung dibawa melawat ke kediaman mereka bersama-sama pasukan penilaian esok.

"Bagi penduduk Kampung Tanjung Batu, seramai 20 hingga 25 penghuni yang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk akan dibenar pulang ke rumah masing-masing esok, manakala pemilik yang rumahnya musnah dibenar untuk terus tinggal di pusat pemindahan sementara."

"Sebagai langkah keselamatan, anggota keselamatan akan terus ditempatkan di kampung berkenaan untuk berkawal dan mendominasi kawasan itu dan selain itu kami juga akan melaksanakan khidmat kepolisan lain untuk memulihkan keyakinan penduduk apabila berada di kampung itu," katanya. 

Sepanjang insiden pencerobohan pada 12 Februari lepas, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain manakala, 10 anggota keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan dua tentera turut terkorban.

Dalam satu perkembangan berkaitan, polis telah memberi jaminan keselamatan kepada penduduk di empat daripada lima kawasan yang terjejas akibat pertempuran antara penceroboh militan dan pasukan keselamatan di Lahad Datu, Sabah.

Jaminan tersebut yang diberi oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid ke atas keempat-empat kampung iaitu Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu, Kampung Labian dan kawasan Tanjung Bilis.

"Rancangan seterusnya ialah untuk membawa masuk semula penduduk kampung ke kediaman masing-masing dan hidup seperti sedia kala," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kepada lapan keluarga anggota polis yang terkorban dalam krisis pencerobohan itu di Pusat Latihan Polis, di Kuala Lumpur semalam.

Sumbangan berbentuk bantuan RM10,000 untuk setiap balu, 19 netbook dan RM200 untuk anak-anak wira yang terkorban itu disampaikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan juga Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Dalam ucapan aluannya, Ismail menyatakan sumbangan itu menunjukkan keprihatinan kementerian itu terhadap pengorbanan anggota pasukan keselamatan dalam menjamin kedaulatan dan keselamatan negara dan merupakan satu sokongan moral yang sangat tinggi bukan sahaja kepada waris mereka yang terkorban tetapi menjadi suntikan semangat kepada para pejuang yang kini mencurahkan khidmat bakti, berjuang bagi kedaulatan negara.

-UnReportedNews™®

USAHA SARAWAK MEMULIHARA ALAM SEMULAJADI DITAHAP "LUARBIASA"

-PELAKON ANTARABANGSA DATUK MICHELLE YEOH & BEBERAPA LAGI PELAKON-PELAKON DARI SELURUH PELUSUK DUNIA TERMASUK DARI HOLLYWOOD & BOLLYWOOD KINI BERADA DI SARAWAK SEMPENA FESTIVAL AIFFA 2013-

Michelle melihat seekor anak penyu-fotoBERNAMA
Pelakon filem antarabangsa Datuk Seri Michelle Yeoh pada Jumaat melawat Pulau Talang Besar, sebuah pulau di taman laut negara pertama Sarawak, Talang-Satang, untuk mempromosi usaha memulihara populasi penyu di negeri ini.

Menurut laoran BERNAMA, kagum dengan usaha Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) itu, Yeoh berkata: "Usaha SFC ini sungguh luar biasa dan saya yakin, semua orang, termasuk media, akan terus memberi ikrar sokongan mereka untuk menjadikan program ini lebih berjaya.

"Usaha ini sangat penting. Seperti yang anda katakan, penyu Sarawak adalah penyu kita juga dan jika kita tidak melindunginya, ia (penyu) akan lenyap," katanya kepada pemberita selepas lawatan itu.

Kedatangan pelakon kelahiran Malaysia ini jelas sekali meningkatkan semangat petugas di taman laut berkenaan, lebih-lebih lagi apabila beliau menawarkan diri untuk menjadi jurucakap bagi mempromosi inisiatif pemuliharaan penyu yang dilaksanakan SFC.

Ketika lawatan itu, Yeoh melepaskan 17 anak penyu yang baru menetas ke dalam laut dan mengambil sebagai anak angkat 10 tempat penetasan penyu, yang mengandungi 800 telur, satu program anak angkat anjuran SFC.

Lebih menarik lagi, Yeoh menamakan setiap tempat penetasan itu dengan mengambil sempena nama anggota keluarganya seperti Sy Kai, Michelle Thompson, Caroline dan Christian Hu Hu.

Yeoh melakukan lawatan ke Kuching sempena Festival Anugerah Filem Antarabangsa dan ASEAN 2013 (AIFFA) selama tiga hari, yang berakhir esok.

Taman Negara Talang-Satang, yang meliputi kawasan kira-kira 19,400 hektar (19.4 km persegi), menerima 95 peratus daripada keseluruhan pendaratan penyu di Sarawak, terutama penyu hijau (Chelonia Mydas). 

-UnReportedNews™®

Wednesday, 27 March 2013

SEMANGAT JUANG SAKI-BAKI PENGGANAS SULU KIAN LUNTUR!

-TIGA PENGGANAS SULU YANG DIKESAN OLEH PASUKAN KESELAMATAN KITA SEBELUM BERBALAS TEMBAKAN MUNGKIN SEDANG BERKELIARAN MENCARI MAKANAN! BUKAN SAJA TERKINCIT MELARIKAN DIRI, MALAH YANG SALAH SATU DARI SENJATA MEREKA TERCICIR, NASIB BAIK "BURUNG PUNAI" MEREKA MELEKAT KAT BADAN, SEANDAINYALAH ADA YANG JENIS BOLEH DI "DETACHABLE" ATAU YANG BOLEH "DICABUT-CABUT", MEMANG TERCICIR JUGAK "ANU" MEREKA SEMUA KAT SITU! KEKEKE!!!-

Satu insiden berbalas tembakan di antara sekumpulan pengganas Sulu dan pasukan keselamatan negara kita berlaku berdekatan Sungai Bilis, Gugusan Labian lebih kurang jam 7.30 pagi hari ini.

Difahamkan ketika kejadian berkenaan, pasukan keselamatan negara sedang membuat rutin pemeriksaan Ops Daulat yang telah memasuki hari ke 23 semenjak ianya dilancarkan untuk membentras dan menjejaki saki-baki ahli kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak bulan lepas.

Menurut sumber, pasukan keselamatan kita yang terdiri dari gabungan anggota-anggota PDRM dan ATM terserempak dengan sekurang-kurangnya tiga orang pengganas yang bersenjata sebelum melepaskan tembakan ke arah mereka.

Pada mulanya, kedua-dua pihak berbalas tembakan antara satu sama lain namun kumpulan pengganas Sulu tersebut, bagaikan menyedari peluang mereka untuk begitu tipis sekiranya terus bertahan disitu kemudiannya mengambil keputusan untuk berundur sebelum melarikan diri.

Walaubagaimanapun, pihak keselamatan kita tidak berjaya membunuh atau menangkap pengganas dalam pertempuran pagi tadi, sepucuk pistol jenis revolver .38 berserta enam butir peluru dan sebilah parang dipercayai milik salah seorang dari pengganas berdekatan tempat kejadian yang disyaki telah tercicir sewaktu mereka melarikan.

Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah security offences (special measures) act 2012, (sosma) adalah seramai 119 tangkapan. tangkapan kes-kes lain seramai 316 orang dan setakat ini jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah sebanyak 40 orang dan dua mayat kanak-kanak.

Jumlah pengganas yang ditembak mati pula adalah seramai 65 orang serta jumlah mayat yang telah dikebumikan adalah seramai 29 orang dan operasi pembersihan/penggeledahan di kawasan Kampung Tanjung batu masih diteruskan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang mengesahkan kejadian itu juga menyatakan pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

"Semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian dan keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas."

Hamza menegaskan setakat ini, itu yang mereka putuskan, mereka akan berbincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian.

Dalam sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, siang tadi, Hamza menyaakan penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

"Buat kawasan Kampung Tanjung Batu pula, ianya kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihak kami akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing."

Menjelaskan proses penggeledahan dan pembersihan akan diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis, Hamza yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya.

-UnReportedNews™®

KISAH BENAR: KEBUASAN PENGGANAS SULU MEMBUNUH ANGGOTA POLIS!

-MANGSA PERCAYA PENGGANAS BERNIAT HENDAK MEMENGGALKAN KEPALANYA APABILA MENYEDARI BELIAU TELAH TERCEDERA TERKENA TEMBAKAN! MANGSA HANYA MAMPU MEMAMPAN TETAKAN-TETAKAN PARANG BALONG (PARANG SULU) PENYERANGNYA DENGAN TANGAN KOSONG SEBELUM MELARIKAN DIRI!-
                         
Mohd Hasnal Jamil adalah saksi hidup tentang kekejaman pengganas Kiram yang berlaku di Kampung Sri Jaya, atau dikenali juga kampung Simunal Semporna Sabah pada malam Sabtu 2 Mac baru-baru ini.

Simunal adalah nama pulau di Tawi-Tawi, Selatan Filipina, tempat asal rata-rata orang Sulu yang berhijrah ke Sabah atau dalam kata lain, padang permainan mereka.

Enam anggota polis berbagai pangkat terkorban dalam serang hendap tersebut dan Inspektor Hasnal sendiri cedera dengan tiga tembakan; satu diperut, dua di tangan, bersama-sama enam tetakan, tiga di kepala dan tiga ditangan kanannya.

Hari ini, genap 25 hari selepas kejadian tersebut, kali pertama Inspektor Hasnal bertemu media, dalam satu majlis bertempat di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaa (KPDNKK) Putrajaya.
                         
Majlis pada asalnya hanya sekadar penyerahan sumbangan kepada balu, ahli keluarga serta anggota yang cedera sahaja.

Wartawan yang menunggu telah dimaklumkan tidak ada temubual tapi selepas dipujuk-pujuk, dengan mendapat kelulusan pegawai atasannya, Inspektor Hasnal bersedia untuk menceritakan pengalamannya kepada wakil media.

Dengan tangan yang masih berbalut, jari kanan yang tidak berfungsi, anggota polis cawangan khas Bukit Aman berusia 31 tahun ini, bercerita satu persatu pengalamannya terkepung antara jam 7.30 malam 2 Mac sehingga diselamatkan jam 5.30 petang 3 Mac lalu.

Menurutnya, kisah serang hendap yang menggemparkan negara itu bermula selepas mereka memperolehi maklumat mengenai kehadiran kumpulan bersenjata di Kampung Simunal itu.

Dalam keadaan perang, dan orang ramai panik, ada berbagai pihak menyalurkan maklumat, dan polis, mahu tidak mahu adalah tanggungjawab polis menyiasat setiap maklumat yang disalurkan.

Mereka berkerja tanpa mengira masa untuk tujuan tersebut, jika maklumat disampaikan pagi, pagilah mereka pergi menyiasat, jika malam, malamlah.

Ini situasi perang, dan khabar angin bertebaran tanpa henti di media-media sosial.

Malam itu, kira-kira 50 orang anggota polis berbagai unit termasuk satu platun Pasukan Gerakan Am (PGA) mula memasuki perkampungan atas air tersebut untuk memeriksa kesahihan maklumat yang disalurkan sebelumnya.

Inspektor Hasnal antara yang berada dalam kumpulan paling hadapan, mereka bergerak melalui jambatan sempit, dari satu jambatan ke satu jambatan sehingga ke jambatan nombor lima, di sebuah rumah, tiba-tiba tembakan dilepaskan tanpa henti.

"Tembakan dilepaskan dari dalam rumah, saya terkena peluru di perut, dan tangan. Sebelum ditetak di kepala tiga kali, saya lawan balik, dan ditetak di tangan pula," katanya.

Pengganas yang berusia 20-an itu dipercayai mahu memenggal kepalanya selepas melihat beliau sudah kena tembakan.

Mujurlah beliau mampu bertindak balas dan melawan termasuk menghalang tetakan barong (sejenis senjata asal Sulu) dengan tangan kanannya, sebelum berundur ke sebuah rumah lain tidak jauh dari tempat kejadian.

Dengan tangan kanannya terkulai dan hampir putus, dalam keadaan berbalas tembakan tersebut, kata Inspektor Hasnal beliau berundur mencari perlindungan.

"Kami berlindung dalam rumah yang sempit, sembilan orang. Dua yang menjaga saya dan jenazah rakan kami, manakala selebihnya berada dalam keadaan 'siap tempur' berkubu di sekeliling rumah,"ujar beliau.

Jelasnya, lima belas minit pertama, keadaannya seperti tembak menembak dalam filem, tidak henti-henti, hanya percikan cahaya dari senjata musuh yang kelihatan dan peluru melayang di mana-mana.

"Semua tunduk, jika berdiri mesti kena peluru, sebab rumah itu dindingnya papan yang nipis dan tembus peluru," kata beliau.

Terlentang dalam keadaan telinganya sudah dimasuki darah dari tetakan di kepala tadi, perut yang ditembusi peluru dan tangan kanan yang terkulai, tangan kiri yang ditembak, ditambah dengan bunyi tembakan tidak henti-henti, kata Inspektor Hasnal, beliau pekak sekejab, malam itu.

"Saya cuba berdiri tapi rasa nak pitam, ketika itu saya fikir akan mati sahaja, di dalam hati saya berdoa tidak putus-putus," ujarnya.                            

Selepas lima belas minit dengan tembakan yang galak, bunyi tembakan musuh hanya sekali-sekala, namun mereka yang berkawal tetap berkawal, kerana bimbang musuh kembali menyerang memandangkan jarak antara rumah yang menjadi kubu musuh dan tempat pasukan keselamatan berlindung (rumah tempat anggota polis berkubu-kanan) hanya sekitar 15 meter.

Anggota yang lain sudah menghubungi bilik gerakan dan memaklumkan keadaan mereka yang bertahan di rumah papan tersebut.

"Dua orang anggota menjaga saya, berikan air yang diambil dari tong biru, entah air hujan atau air apa, dalam keadaan begitu kami dah tak periksa, saya minum sikit pada malam tersebut, ada lagi satu botol air dibekalkan untuk saya," katanya.

Dalam keadaan menanggung kesakitan, Inspektor Hasnal mengarahkan anggotanya agar mematikan telefon bimbit masing-masing.

"Kami tidak mahu bunyi perbualan menyebabkan musuh dapat mengesan lokasi kami," katanya yang telah bertugas lebih 10 tahun dengan PDRM.

Beliau tidur-tidur ayam selepas jam 12 malam, sejam sekali terjaga.

Suspek pengganas dalam serangan di Kampung Simunal 3 Mac lalu
"Ketika itu, saya dapat kekuatan, saya percaya hari ini belum datang ajal aku, saya bertahan dan kuatkan hati," katanya yang tidur dengan luka yang terbuka tanpa dibalut.

Pagi hari Ahad 3 Mac, selepas 12 jam bertahan di rumah tersebut, beliau menelefon isterinya, sekejab sahaja, dan memberitahu bahawa dirinya masih bekerja dan berjanji akan telefon semula petang nanti.

Tujuan ayah kepada seorang anak lelaki berusia dua tahun tujuh bulan itu berbuat demikian adalah supaya isterinya tidak bimbang, beliau langsung tidak memberitahu keadaan dirinya yang cedera parah.

Di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil Kedah, kampung dan rumah keluarga Inspektor Hasnal, malam tersebut bacaan yassin sudah dibuat.

"Ada orang beritahu saya sudah terkorban, di kampung dan di pejabat orang dah baca yassin, pagi itu apabila mereka beritahu isteri saya, beliau tidak percaya, kerana katanya, baru tadi beliau bercakap dengan saya," katanya mengimbas kembali apa yang berlaku.                            

Apabila keadaan di Kampung Sri Jaya sudah mula cerah, Inspektor Hasnal tahu beliau akan diselamatkan, namun bantuan yang ditunggu-tunggu belum juga muncul. (rumah pengganas-gambar kanan)

"Darah sudah kering dan jadi keras di baju dan seluar saja, lalat mula banyak menghurung luka, dan semut merayap di tompok-tompok darah, keadaan dalam rumah mula panas, zinknya rendah, saya rasa dahaga betul dan minum apa saja air yang ada," ujarnya.

Di luar, pihak polis sudah bersedia dengan unit elit VAT69 untuk masuk ke perkampungan atas air tersebut dengan penuh taktikal.

Ini kerana bahaya yang menunggu berikutan saki-baki pengganas masih ada dan tidak tahu di manakah mereka bersembunyi.

Menurut Inspektor Hasnal, sebelum pasukan VAT69 masuk, beliau menyuruh anggotanya membasuh darah di muka beliau.

"Selepas 21 jam terperangkap, muka saya penuh darah kering," katanya tersenyum.

Dalam kejadian tersebut pegawai polis ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman. ASP Michael Padel, 36, dari IPD Semporna. Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari PGA Tawau. L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari PGA Tawau. Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Kontinjen Sabah. dan Kpl Salam Tugiran, 42, dari IPD Tawau terkorban.

Inspektor Hasnal yang cedera parah diusung keluar dan terus dibawa ke Hospital Lahad Datu, sebelum diterbangkan ke Hospital Tawau dan akhirnya ke Hospital Selayang di mana ada pakar khusus untuk menyambung semula tangannya yang ditetak pengganas.

Dua minggu beliau terlantar di hospital, dan kini beransur sembuh.

Sungguhpun berdepan dengan kejadian ngeri tersebut, Inspektor Hasnal tidak fobia.

Hasnal di Hospital Tawau selepas diselamatkan 
"Ia tidak melunturkan semangat saya untuk berjuang. Saya juga tidak menghadapi fobia akibat kejadian pada malam itu," ujarnya.

Kepada yang pelekeh pasukan keselamatan, kata Inspektor Hasnal, mereka boleh pergi sendiri, kalau berani untuk bertempur dengan musuh.

"Ia bukan main-main... masa tidur sangat sedikit, ada maklumat terus siasat, rasa takut terpaksa dibuang,"katanya.

Untuk anggota polis dan tentera yang masih di Sabah pula, pesan Inspektor Hasnal supaya teruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir... demi negara.-26/3/2013 OLEH HELME HANAFI  (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List