Friday 11 October 2013

GAMBAR EMPAT PENJENAYAH MATI DITEMBAK!

-POLIS TAK SEMPAT BERSILAT SEPERTI SARANAN HADI AWANG KERANA PENJENAYAH WARGA ASING BERSENJATA API DIKATAKAN TELAH MENEMBAK POLIS TERLEBIH DAHULU! SYABAS PDRM KERANA TAK IKUT "SOP HADI AWANG"! KEKEKE!!!-

Empat lelaki asing yang dipercayai anggota ‘Geng Ah Fatt’ ditembak mati di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Hiliran Ampang, dekat sini selepas menyamun rumah milik orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis melakukan serbuan di rumah pangsa Jalan Ampang Putra itu pada pukul 12.20 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam.

Ketika menyerbu rumah pangsa itu, beliau berkata penjenayah menembak ke arah polis sebelum 
polis bertindak balas.

“Polis menemui sepucuk pistol (di tempat kejadian) dipercayai jenis Revolver dan parang yang digunakan kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun.

“Pada masa yang sama, polis juga menemui barang kemas dipercayai hasil samun di rumah di Bukit Antarabangsa yang dilakukan pada kira-kira 3 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Susulan serbuan itu, beliau berkata polis menangkap seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai baru selesai membeli barang kemas samun itu di rumah pangsa berkenaan.

Mohmad berkata rumah pangsa itu juga dipercayai didiami seorang daripada penjenayah itu dan keluarganya selain ia dijadikan transit anggota kumpulan berkenaani untuk melakukan jenayah sebelum melarikan diri ke Batam, Indonesia.

Beliau berkata siasatan polis mendapati kumpulan itu aktif melakukan samun rumah VVIP di sekitar Kuala Lumpur dan negeri lain.

“Polis sedang mengumpul laporan yang dibuat pengadu berkaitan kumpulan yang dianggotai enam orang ini.

“Sebelum ini, mereka melakukan kes sama di rumah seorang VVIP di Kuala Lumpur dan menyamun tiga pucuk pistol,” katanya.

Polis kini memburu dua lagi anggota kumpulan itu - BERNAMA

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List