Tuesday 30 July 2013

ANWAR MASIH TAK PAHAM-PAHAM LAGI

-DAH KALAH DAH LAH, BUAT LER CARA KALAH, KALAU PETISYEN DITOLAK, DAH LAH, TAK PAYAH LAH NAK DESAK-DESAK KETUA HAKIM NEGARA CAMPUR TANGAN PULAK! SEBIJIK MACAM PERANGAI BUDAK KECIK! HENDAK DIER SAJA YANG NAK DITURUTI! KEKEKE!!!-

Lucu sangat ker muka aku ni?
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria campur tangan dalam isu petisyen pilihan raya ekoran keputusan mahkamah menolaknya tanpa alasan yang munasabah.

Anwar turut mempertikaikan tindakan hakim menolak petisyen pilihan raya dengan alasan teknikal serta meletakkan tuntutan ganti rugi yang tinggi bagi setiap petisyen yang dikemukakan.

"Kadar penolakan petisyen atas alasan teknikal dan tindakan mahkamah mengenakan kos yang tinggi adalah tidak munasabah.

"Kami menggesa Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria campur tangan untuk menjawab perkara ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin.

Anwar berkata, adalah tidak masuk akal bagi hakim mengenakan kos yang tinggi terhadap petisyen pilihan raya yang dikemukakan kerana ia melibatkan kepentingan awam. 

"Hakim Hadhariah Syed Ismail yang mengendalikan kes pestisyen Balik Pulau menyatakan bahawa kos RM30,000 yang dikenakan kepada petisyen Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Bahang menentang pempetisyen PKR tidak cukup tinggi dan terus mengenakan kos RM120,000."

"Saya menyeru kepada Ketua Hakim Negara campur tangan dan pastikan ketelusan mahkamah dalam hal ini," katanya. 

Beliau turut menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen pembangkang atas alasan yang tidak munasabah. 

"Tolak kerana teknikal kecil itu tidak munasabah, di (DUN) Machang dan (DUN) Selising, (Kelantan) ditolak kerana tidak dikemukakan oleh orang yang terlibat. 

"(Mahkamah) gunakan alasan yang paling tidak munasabah. Kata fakta tidak mencukupi, gunakanlah fakta yang ada. Beri ruang untuk kes itu diteruskan," katanya.

Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini telah menolak 10 petisyen pilihan raya yang difailkan Pakatan Rakyat kerana permohonan itu gagal memenuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List