Saturday 16 March 2013

JACEL KIRAM III TUNJUK BUKTI SABAH BUKAN MILIK KESULTANAN SULU!

-AKIBAT NAK MENUNJUK PANDAI (AGAKNYA), ANAK PEREMPUAN KEPADA DALANG PENCEROBOHAN PENGGANAS SULU BERSENJATA DI SABAH; JAMALUL KIRAM III IAITU  JACEL KIRAM III YANG BAGAIKAN TAK SEDAR ATAU BUAT-BUAT TAK TAHU AKAN AKTIVITI-AKTIVITI KELUARGA-RAGANYA SENDIRI TERBUKA RAHSIA PENTING YAKNI, SABAH SECARA SAH ADALAH MILIK MALAYSIA! KEKEKE!!!-

Gambar: Empayar Pemuda 
Mungkin kerana kerakusan nak menunjuk pandai atau sememangnya dilahirkan dengan kebijaksanaan yang terhad, Jacel Kiram III yang pasti kini sudah terkenal seantereo dunia kerana "ke-laser-an mulut"nya telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram terhadap Sabah sebenarnya tidak sah.

Pendedahan dokumen perjanjian pajakan tanah Sabah di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British melalui laman sosial Facebook baru-baru ini sebenarnya telah menguatkan lagi fakta bahawa Sabah adalah milik Malaysia secara sah, kata Penganalisis politik Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dalam laporan Utusan Online.

Pendedahan itu dibuat oleh anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram, tegas Zainal adalah perjanjian yang diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris itu turut tertera perkataan 'pajakan kekal' tanah Sabah kepada syarikat tersebut yang membawa erti kesultanan Sulu tidak boleh menuntut kembali Sabah.

Pada zaman dahulu, perjanjian-perjanjian pajakan tanah dibuat oleh British menggunakan ayat-ayat yang merujuk kepada kekal atau selamanya termasuk penggunaan ayat selagi ada bulan dan bintang, katanya sambil menambah sejarah sendiri telah menunjukkan bahawa Sabah dan Malaysia kini bukan lagi di bawah jajahan dan pemerintahan British.

"Pada 1963, penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak telah memilih untuk menyertai Malaysia melalui referendum di bawah Suruhanjaya Cobbold 1963 dan penubuhan Malaysia telah pun berlaku pada 1963 secara rasminya. Tidak ada sesiapa, mahu pun kerajaan lain yang boleh membuat tuntutan," katanya lagi.

Gambar: Empayar Pemuda 
Beliau diminta mengulas tindakan anak perempuan ketua pengganas Sulu Jamalul Kiram III iaitu Jacel Kiram III yang mendedahkan dokumen perjanjian di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British bertarikh 1878 melalui laman Facebook baru-baru ini.

Perjanjian itu bertajuk Perjanjian Pajakan Sabah 1878 dengan isi kandungan utamanya: pemberian pajakan kekal oleh Sultan Sulu meliputi tanah dan wilayah Borneo bertarikh 22 Januari 1878, jelas Zainal lagi.

Jacel boleh mendedahkan seberapa banyak dokumen mengenai Sabah yang dikaitkan dengan kesultanan Sulu, namun tidak satu pun akan memihak kepada mereka, katanya lagi sambil menambah, Sabah sudah rasmi hak negara ini sejak menyertai Malaysia pada 1963.

Sementara itu, Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berpendapat, perjanjian yang termetera di antara Syarikat Borneo Utara British dengan Sultan Sulu mengenai pajakan kekal tanah Sabah sudah lama berlalu dan tidak boleh diguna pakai lagi setelah Sabah menyertai Malaysia pada 1963.

"Mana-mana pihak kini tidak boleh mempertikai penyertaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia, lagipun Kesultanan Sulu sendiri tidak diiktiraf di negara mereka sendiri iaitu Filipina dan sekiranya di bawa ke Mahkamah Antarabangsa sekali pun, perkara ini tidak akan menjadi kes untuk dibicarakan," katanya lagi.

-UnReportedNews™® 

* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List