Saturday 16 February 2013

TERKINI: "RANCANGAN LAIN" PDRM JIKA RUNDINGAN KUMPULAN BERSENJATA DI LAHAD DATU BUNTU

-PESURUHJAYA POLIS SABAH DATUK HAMZA TAIB MERASA OPTIMIS BAHAWA KEADAAN ITU DAPAT DISELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN DENGAN KUMPULAN IYU AKAN KEMBALI PULANG KE NEGARA SENDIRI-

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) polis telah menyediakan rancangan lain berhubung insiden pencerobohan dalam rundingan dengan kumpulan bersenjata warga Filipina di daerah Lahad Datu.

MStar Online hari ini melaporkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Jumaat berkata, rundingan sedang berjalan dengan para anggota kumpulan itu, yang telah mengisytiharkan diri mereka sebagai pengikut keturunan Sultan Sulu.

“Kami mempunyai rancangan lain,” katanya pada Jumaat ketika ditanya apakah yang akan berlaku sekiranya rundingan dengan kumpulan yang terdiri daripada 100 individu itu menemui jalan buntu.

Hamza berkata, beliau optimis bahawa keadaan itu dapat diselesaikan secepat mungkin dengan kumpulan itu akan kembali pulang.
Hamza

Beliau berkata, polis datang untuk mengetahui kehadiran kumpulan itu, yang membuat tuntutan termasuk mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu pada 12 Februari.

Kumpulan itu juga menuntut bahawa bangsa Sultan Sulu di Sabah tidak akan diusir dari negeri itu.

Hamza berkata, seramai 32 individu tiba di Kampung Tanduao pada hari berkenaan dan polis segera mengepung kawasan itu.

Beliau berkata, kumpulan tersebut memilih kampung berkenaan, yang terletak di bahagian timur yang paling hampir dengan kepulauan Filipina iaitu Bungay dan Sibutu.

Kawasan itu sejauh 22 kilometer dari perairan antarabangsa, beliau berkata, kepulauan Filipina adalah jarak kira-kira sejam dengan menaiki bot.

Beliau menyatakan bahawa keadaan di kampung itu aman, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Malaysia turut berhubung dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert del Rosario.

Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka.

Sementara itu, Bernama melaporkan Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu.

"Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama pada Jumaat.

Pada 13 Februari lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah.

Andal berkata, aktiviti kumpulan ini tidak dipersetujui kerajaan Filipina.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List