Monday 31 December 2012

LIMA POSTING TERBAIK UnReportedNews™® SEPANJANG 2012

-JUTAAN TERIMAKASIH BUAT PARA PEMBACA, RAKAN & TEMAN KERANA SOKONGAN MEREKA YANG TIADA BERBELAH BAGI & SETIA MELAYARI  UnReportedNews™® YANG HANYA BARU BERUSIA 13 BULAN, BERKAT SOKONGAN PADU RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN Bloggers Anak Sarawak™® JUGA TELAH MENEMPATKAN BLOG-BLOG KAMI BERADA PADA RANKING LIMA BLOG POLITIK TERBAIK SARAWAK SEJAK TIGA BULAN PENUBUHANNYA!! KO ADA?!! KEKEKE!!!-
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. GADIS SABAH & SARAWAK JADI "LAUK" NEGRO!

-BILIK KECIL, BERSEPAH, CADAR TAK KEMAS. BARANGKALI MENGEMAS TILAM TIDAK BEGITU PENTING KERANA TUBUHNYA TERLALU KERAP DIRATAH OLEH LELAKI NIGERIA ITU DI TILAM YANG SAMA ... KEKEKE!-


Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontingen, IPK Selangor dibantu Pasukan Gerakan Am serta kakitangan Jabatan Pelancongan dan Kementerian Pengajian Tinggi membuat pemeriksaan di Mentari Court, Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor malam semalam.

Kekuatan keseluruhan gabungan pihak berkuasa, 245 orang.

Mentari Court dikenalpasti antara kawasan dijadikan penempatan warga Afrika terutama mereka mendakwa berstatus pelajar kolej swasta.
Untuk pengetahun pembaca, saya tidak pernah memasuki kawasan apartment terbabit sebelum ini, sekadar beberapa kali memerhatikan dari luar sahaja.


Melihat saya berjalan memasuki pintu pagar utama, beberapa pengawal keselamatan berbangsa Melayu, mempelawa saya menaiki motosikal untuk ke blok menjadi sasaran pihak berkuasa.
(Untuk cerita seterusnya sila klik sini)
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. ANWAR IBRAHIM, SHAMSIDAR TAHRIN & AIS KRIM...?

-NALLAKARUPAN MENDAKWA VIDEO RAKAMAN ITU ADA ADEGAN DI MANA ANWAR & SHAMSIDAR "MAKAN AIS KRIM" BERSAMA-

Senator Datuk S. Nallakaruppan semalam tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan sekeping pita video VHS kepada peguamnya Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah.yang di dakwanya mengandungi “bahan bukti” berhubung salah laku moral dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyerahan bahan bukti tersebut yang di percayai mengandungi “babak-babak dan adegan hangat” kelas “XXX strictly for 18 & above only” lakonan hero Malaya a.k.a “anugerah tuhan” atau nama glamornya “Bang Anu” bersama isteri salah seorang pemimpin kanan PKR di perkarangan lobi Mahkamah Tinggi.


(Untuk cerita seterusnya sila klik sini)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3.SHAMSIDAR "MAKAN AIS-KRIM", AZMIN PULA BIARKAN "AIS-KRIMNYA DIMAKAN"

-PATUTLAH PUN AZMIN TAK HIRAUKAN SKANDAL SHAMSIDAR & ANWAR YANG DIKATAKAN "MAKAN AIS-KRIM" BERSAMA DI VILLA MILIK DATUK NALLAKARUPPAN KERANA AZMIN SENDIRI RUPANYA MEMPUNYAI SKANDAL & MEMBIARKAN GADIS ITU "MAKAN AIS-KRIMNYA KETIKA DI DALAM SEBUAH TANDAS. SEMUA AKSI & GELAGAT RAKUS MEREKA BERDUA MEREKA SEMPAT DIRAKAM DALAM KLIP VIDEO-



(Untuk cerita seterusnya sila klik sini)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4.“SEWA” BINI DENGAN BOSS KERANA GILAKAN HARTA DAN PANGKAT?

-AZMIN DI MINTA MEMBERI PENJELASAN TENTANG PERKARA INI NAMUN DIA MEMILIH UNTUK BERDIAM DIRI IAITU BERTENTANGAN DENGAN SIFATNYA. SELALUNYA, JIKA ADA PIHAK MEMPERLEKEHKAN ANWAR IBRAHIM, AZMIN LAH “JUARA” BERSILAT MENEPIS SEMUA “FITNAH” ITU TAPI BILA KENA BINI SENDIRI, KOKNYA BERDIAM SIH? BACUL YA? ATAUNYA KAMU MEMANGNYA DAYUS MIN?-

Mana nak simpan muka, satu dunia dah tahu, “sewa” bini kepada boss demi harta dan pangkat..kena lagi boss yang "kaki-pulun" yang tak reti nak kontrol diri atau pakai “sarung keselamatan” dan “tertembak dalam”, ambik kau, kang dah kena periksa DNA nak tentukan anak tu engko yang punye ke boss ko punye!

Yang menjadi mangsa adalah ahli-ahli PKR yang terpaksa menanggung aib akibat skandal demi skandal para pemimpinnya dan baru-baru ni, sebahagian pemimpin PKR cabang Ampang secara terbuka mendesak Timbalan Presiden, Azmin Ali menjawab segala tuduhan melibatkan beliau.
(Untuk cerita seterusnya sila klik sini)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5.ANWAR "DIBOGELKAN" DALAM SIDANG AKHBAR

-ANWAR & AZMIN CUBA BERDALIH & MENAFIKAN MEREKALAH YANG MEMBERI ISYARAT MEMULAKAN RUSUHAN NAMUN TERDIAM TERKELU APABILA SALAH SEORANG WARTAWAN MENDAKWA DIA TERDENGAR ARAHAN ANWAR KEPADA AZMIN SEBELUM RUSUHAN ITU BERMULA-

Buat pertama kalinya Anwar Ibrahim bagaikan kehilangan akal dan gugup bila seorang peserta Bersih mempersoalkan secara terus semua tindakannya di sepanjang perhimpunan itu yang seolah tidak mengambil berat langsung fakta keselamatan dan kebajikan mereka yang terlibat.

Lebih teruk lagi, kehadiran kelibat Anwar disana “bagaikan isyarat” penyokongnya bertindak lebih ganas jika dibandingkan dengan suasana sebelum“kemunculan” Anwar Ibrahim, yakni biarpun sediikt tegang ianya masih lagi dalam kawalan polis.

Lelaki berbangsa Cina dalam lingkungan umur awal 30-an yang fasih menggunakan Bahasa Inggeris itu nyata tidak berpuashati dan mempersoalkan kehadirannya pada Perhimpunan Bersih malah mendakwa Anwarlah dalang dan pencetus sebenarnya segala keganasan yang nyata bermula bagaikan dirancangkan dengan rapi tidak berapa setelah kemunculan Anwar Ibrahim.

(Untuk cerita seterusnya sila klik sini)


-UnReportedNews™®

2012, TAHUN MALANG BUAT PR!!!

-TAHUN 2012 BAGAIKAN MENYINGKAPKAN SIKAP SEBENAR PARTI PAKATAN RAKYAT YANG SEUMPAMA SEKUMPULAN KANAK-KANAK BERMAIN PAKAT-PAKAT DI PONDOK SAHAJA .. TIDAK ADA SATU PUN KEJAYAAN PR YANG DAPAT DIBANGGAKAN, MALAH LEBIH MEMALUKAN, DI SEPANJANG TAHUN 2012, PR TELAH BANYAK MELAKUKAN BUKAN SETAKAT KESILAPAN, MALAH DOSA PADA TAHAP "MEGA" SEPERTI- SOKONG ISRAEL, MENGHINA BANTAHAN SOLIDARITI ISLAM TERHADAP FILEM INNOCENCE OF ISLAM, MELOBI ISLAM BOLEH MURTAD, SKANDAL RASUAH MELIBATKAN TANAH PULUHAN RIBU EKAR & YANG PALING KLASIK SEKALI IAITU "VIDEO AISKRIM ASSMIN DIMAKAN DALAM TANDAS"! KEKEKE!!!-

Parti-parti pembangkang dalam sebuah pakatan yang rapuh saban tahun boleh dikatakan hanya menyajikan rakyat dengan pelbagai isu yang mencetuskan polemik dan kontroversi, tanpa membawa manfaat yang dapat dihargai oleh rakyat, apalagi yang boleh dinikmati.

Tahun 2012, pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan pelbagai isu kontroversi. Antaranya mereka menyokong semua tindakan menjamin keselamatan negara haram Israel, kebebasan memilih agama yang kononnya harus diperluaskan juga kepada umat Islam dan kenyataan menghina solidariti umat Islam yang bersatu membantah filem ‘Innocence of Muslims’ yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Semua isu itu mencetuskan kemarahan rakyat khususnya orang Islam di negara ini, namun tidak diendahkan pakatan pembangkang yang mahu menarik perhatian dan simpati kuasa luar terhadap perjuangan mereka menggugat kerukunan hidup rakyat Malaysia.

Tiada kesepakatan pendirian dalam pelbagai isu yang ditimbulkan, malah mereka dilihat seperti mahu menjaga ‘kilas kain masing-masing’ sahaja supayatidak terlucut sokongan politik. Satu contoh ialah kenyataan mengenai menjamin keselamatan Israel oleh PKR dibidas keras oleh PAS.

PAS mahu dilihat sebagai parti yang kononnya menjaga kepentingan Islam dan Palestin demi mengekalkan sokongan orang Melayu sedangkan PKR mahu menonjolkan ‘rasional’ pendiriannya selari pendirian kuasa Barat yang cenderung melihat kepentingan Israel biarpun rakyat Palestin sebenar-benarnya mangsa yang dizalimi rejim Tel Aviv.

Turut mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat juga ialah kenyataan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoal tindakan umat Islammembantah penyiaran filem anti-Islam ‘Innocence Of Muslims’.

Kenyataan Ngeh dalam laman Twitternya antara lain berbunyi: ‘Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Aremuslims wasting too much time and energy on this?’.

(Khairy (Ketua Pemuda UMNO) mahu orang Islam membantah Sam Bacile (pembikin filem berkenaan). Untuk Islam atau untuk faedah politiknya?. Tidakkah orangIslam membuang terlalu banyak masa dan tenaga dalam hal ini?).

Kenyataan Ngeh itu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak termasuk PAS sehingga ada di kalangan badan bukan kerajaan (NGO) mendesak supaya beliaudipecat daripada DAP.

Dan isu kontroversi pembangkang tidak habis di situ sahaja apabila anak ketua pembangkang, Nurul Izzah Anwar pula dilapor membangkitkan bahawa orangMelayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

Laporan portal berita propembangkang pada November lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentudan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanyapada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya, Selangor.

Namun, kenyataan itu cuba dibela oleh bapanya yang menyifatkan kenyataan mengenai kebebasan beragama telah dipolitikkan dan dalam masa yang sama kenyataan itu telah mendapat teguran daripada pelbagai pihak termasuk Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melahirkan rasa terkejut dan kesaldengan kenyataan Naib Presiden PKR itu.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pula meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu yang disifatkannya sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Nurul Izzah juga diminta bertaubat oleh Anggota Majlis Syura PAS yang juga bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa serta Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkannya sebagai dosa besar.

Selain mencetuskan kontroversi, pembangkang juga sering menyajikan rakyat dengan sikap tidak konsisten dan percanggahan pendirian antara satu sama lainbermula daripada isu hudud yang terus didendangkan PAS, dan setiap kali itulah mendapat bantahan dan kecaman daripada sekutunya, DAP.

Pada Mei, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Bagaimanapun, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh pula dalam serangan balasnya menggesa Abdul Hadi berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak pakatan pembangkang.

Karpal berkata Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa dan menyifatkannya sebagai retorik semata-mata.

Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bertegas bahawa parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota pakatan pembangkang iaitu DAP.

Banyak pihak melihat percanggahan itu tidak lebih daripada hanya bertujuan menjaga kepentingan masing-masing. DAP tentunya tidak mahu kehilangan sokonganpengundi Cina dengan berdiam diri, lantaran itu terpaksa bersuara keras.

PAS pula tidak mahu kehilangan sokongan umat Islam. Anehnya, isu hukum hudud timbul setiap kali menjelang pilihan raya dan di negeri-negeri PAS berkuasa sejak lebih 22 tahun lepas tetapi ia tidak pernah pun dilaksanakan secara efektif.

Pergolakan dalaman pakatan pembangkang tidak terhenti di situ sahaja apabila isu perebutan jawatan Perdana Menteri ditimbulkan anggota akar umbi ketiga-tiga parti.

DAP sejak awal tahun lagi tetap dan konsisten mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang turut disambut baik oleh anggota PKR manakala akar umbi PAS pula mencadangkan Abdul Hadi diberikan jawatan Perdana Menteri.

Selain itu, tahun 2012 juga menyaksikan episod pemecatan Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada PAS sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco kerajaan negeri Selangor dan tindakan keluar parti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Naib Pengerusi DAP.

Hasan dipecat kerana mengkritik konsep negara berkebajikan yang dipilih oleh kepimpinan PAS yang didakwa telah lari daripada konsep perjuangan asal iaitu mewujudkan negara Islam.
Beliau juga telah mempersoal tindakan PAS Selangor mengarahkan anggota-anggota PAS menyertai perhimpunan untuk membebaskan Anwar pada Januaridaripada tuduhan liwat yang dihadapinya tetapi tidak membenarkan anggota-anggota PAS untuk menyertai perhimpunan anti-murtad tahun lepas.

Hasan kemudiannya menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Jalur Tiga (Jati) yang mendakwa memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja.

Tunku Aziz pada Mei mengumumkan keluar parti dan melepaskan jawatannya sebagai Naib Pengerusi DAP.

Ini adalah berikutan tindakan DAP yang tidak melanjutkan tempoh keanggotaan beliau sebagai Ahli Dewan Negara yang berakhir 30 Mei akibat kenyataannya yang membantah perhimpunan yang kononnya bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil yang dirancang di Dataran Merdeka pada 28 April lepas kerana khuatir acara itu boleh bertukar ganas.

Selain itu, pembangkang sekali lagi dicemari dengan isu moral apabila dua pemimpinnya iaitu Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrulamin Bahronterpalit dengan tuduhan khalwat bersama seorang wanita di Kuantan, Pahang manakala Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dikaitkan dalam skandal seksyang tersiar dalam akhbar dan laman blog yang disahkan adiknya Ummi Hafilda bahawa 99.9 peratus tampilan pelaku individu tersebut adalah Azmin.

Di Kelantan, isu air masih menjadi tuntutan rakyatnya, peluang pekerjaan kepada golongan belia menganggur, lebuh raya rakyat dan terbaru isu kontroversikedai gunting rambut bagi orang Cina menghantui parti pembangkang itu, apatahlagi puluhan janji demi janji lain pun tidak ditunaikan walaupun dituntut olehrakyat jelata.

Isu kedai gunting rambut itu timbul apabila seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, Ong Lee Ting mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihakberkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.

Tindakan kerajaan negeri itu juga turut dikecam Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dilaporkan berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara itu ke mahkamah.

Kerajaan PAS Kelantan kemudiannya menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.

Di Selangor, kerajaan negeri berdepan pelbagai isu seperti hutang Talam Corporation Berhad, Projek Loji Rawatan Air Langat 2, sampah tidak dikutip dantindakan saman daripada 3,011 ibu tunggal yang menuntut tunggakan kira-kira RM16.26 juta atas kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Selain itu, Selangor yang ditadbir PKR turut berdepan dengan isu kegagalan kerajaan negeri menjemput Sultan Selangor menghadiri program sambutan HariKemerdekaan ke-55 peringkat negeri Ogos lepas yang kemudiannya dikecam pelbagai pihak.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga turut berdepan kenyataan serangan peribadi daripada Azmin bahawa beliau mungkin tidak lagi memegang jawatan itu jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada pembangkang bertelagah, berpolemik dan mencetus kontroversi, Barisan Nasional terus-menerus menjalankan kerja, mentadbir negara dengan baik, memakmurkan rakyat dan menepati segala janji. BN yakin rakyat yang waras akan membuat pilihan berdasarkan rekod perkhidmatan yang cemerlang dan perancangan hala tuju negara untuk generasi masa depan dan bukannya pembangkang yang alih-alih mendakwa manifesto pilihan raya mereka bukanlah janji yang mesti ditunaikan.

Sumber: Bernama

-UnReportedNews™®

Sunday 30 December 2012

"RANCANGAN JAHAT" NIK AZIZ TERHADAP PAKATAN KANTOI?!!

-TINDAKAN NIK AZIZ MEMBERI TANAH REZAB ORANG MELAYU KEPADA "ORANG LUAR"/BUKAN ANAK JATI KELANTAN TANPA KELULUSAN EXCO JELAS MELANGGARI UNDANG-UNDANG TANAH NEGERI ITU .. ATAUPUN IANYA SEMEMANGNYA DISENGAJAKAN TAHU TANAH TERSEBUT DAPAT DIRAMPAS KEMBALI MELALUI UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA! BUROK SIKU LAH KALO MACAM TU POK NIK! KEKEKE!!!-

Hah!!! Ni apa hal pulak puak - puak Pakatan nak tuduh Si Nik Aziz tu ada muslihat dan agenda Politik? Berani betul diorang buat dakwaan macam tu.
 
Sengaja cari maut ke diorang ni? Takkan la diorang tak tau yang Si Nik Aziz tu maksum orangnya. Mana boleh dia ada muslihat yang tersembunyi.
 
Apa, diorang ni tak nak masuk sorga ke dengan buat dakwaan sedemikian? Berani sungguh diorang tikam belakang Mursyidul Am PAS tu ye.
 
Jangan pening. Pakatan ni bukan la Pakatan Pembangkang Haramjadah tu. Diorang pun memang tak peduli sangat dengan Si Nik Aziz tu sebenarnya.
 
Apa yang penting bagi diorang ialah untuk mencari Kebenaran. Itu pasal la diorang berani nak mempertikaikan tindakan Si Nik Aziz tu secara terang - terangan macam ni.
 
Kalau nak harapkan puak - puak Pakatan Pembangkang Haramjadah tu, jangan mimpi la!!! Kalau setakat cakap belakang - belakang je buat apa. Mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
[Tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negeri dan anak-anak Kelantan.
 
Presiden Persatuan Anak Kelantan Darul Naim (Pakatan Darul Naim), Datuk Noordin Razak berkata, dakwaan itu juga amat memalukan dan mengaibkan anak-anak Kelantan.
 
Beliau berkata, dakwaan itu sekiranya benar menunjukkan kerajaan Pas terdesak untuk mendapatkan sokongan sekutunya DAP bagi memperkuatkan pakatan mereka dalam usaha merampas kuasa pemerintahan negara pada pilihan raya akan datang.
 
"Saya percaya jika tidak ada pakatan pembangkang, perkara ini tidak berlaku, mesti ada muslihat dan agenda politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
 
Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan di Kelantan itu.
 
Baru-baru ini, blog pisau.net mendedahkan dakwaan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut telah ditawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008.
 
Namun, Nik Aziz menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP itu dan mendakwa berita tersebut adalah fitnah.
 
Mengulas lanjut, Noordin berkata, berdasarkan undang-undang tanah, keseluruhan negeri Kelantan merupakan rizab orang Melayu dan orang luar yang bukan anak Kelantan tidak boleh membeli tanah di negeri ini kecuali ada kelulusan daripada Exco.
 
"Sekiranya tanah itu untuk komersial, ia sepatutnya dibuat secara tender terbuka, bukan dipilih terutama pihak yang ada hubungan dengan parti yang memerintah negeri," katanya.]
Sumber: Semut Hitam

-UnReportedNews™®

Saturday 29 December 2012

SEPULUH INDIVIDU YANG PALING DIGERUNI ANWAR!!!

-BAGAIKAN FAKTA DONGENG SAJA YA .. "ANUGERAH TUHAN" YANG BERUPAYA MEMANIPULASIKAN SEBAHAGIAN RAKYAT NEGARA INI & MASYARAKAT DUNIA UNTUK MENYOKONGNYA MENJADI "GEMENTAR" AKAN MENDENGAR NAMA 10 ORANG INDIVIDU-INDIVIDU DI BAWAH NI .. ADA BUAT SALAH KER? KEKEKE!!!-
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.
 
Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.

Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.
Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.

10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.
 

Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.

Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.

Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.

Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.
 
Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.

Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.

Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.
 
Sumber: Panglima Perang Cyber

-UnReportedNews™®

SUDAH SURATAN PAS JADI "KULI-KULI SAHAJA"?!

-PAS MEMANG BANGANG, TIADA KEPINTARAN, KULI-KULI SAHAJA, HAMBA ABDI DAP, MEMANG SAH PAS BANGANG, WALAU BERKELAYAKAN, TAK JADI KETUA PR! (chorus) BUKANNYA TIADA NIAT JADI PERDANA MENTERI, DI SABOTAJ PKR BERSAMA DAP, HAJAT TAK KESAMPAIAN MEMANG PAS DITAKDIRKAN JADI BEGITU, BUKANNYA PAS TAK LAYAK TAPI TAKDE TELOQ, NAK BERTEKAK DENGAN DAP, BUKAN JER BERTERUSAN JADI HAMBA ABDI, MARUAH AGAMA TERGADAI!!! (hendaklah menyanyi ikut tune lagu Anak Kampung-Jimmy Palikat)KEKEKE!!!-

PAS sepatutnya menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya sekadar pengikut, kata Senator Mohamad Ezam dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.
 
Ezam yang juga bekas Ketua AMK PKR berkata selagi PAS berada dalam PR, DAP tetap menjadi batu penghalang kepada parti itu.
 
"Dalam Pakatan, ketua sepatutnya ialah PAS..Timbalan ketua sepatutnya PAS..tetapi PAS tidak mampu dan tidak akan mampu selagi mereka bersama-sama dengan DAP sebab DAP memang tidak mahu melihat Islam dan Melayu itu dilihat sebagai ketua memimpin..Mereka mahu memadamkan sejarah Melayu dan Islam..
 
"Mereka mahu padamkan kepimpinan yang jelas, yang menjadi tonggak dan kekuatan pada negara ini, pada Islam dan Melayu," katanya.
 
Tambah beliau lagi, selagi PAS terus berada di dalam Pakatan Rakyat, parti Islam tersebut akan hilang kerelevanannya, dan tidak lagi berjuang berlandaskan matlamat asalnya.
 
"Bagi saya DAP ini tak patut ada, patut diharamkan dari awal sebab mereka ni anti tesis, anti kepada penubuhan negara..(mereka tekankan) konsep Malaysian Malaysia, sama rata.
 
"Mana ada sama rata dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam prinsip keadilan dalam Islam pun bukan sama rata..prinsip keadilan dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dan itu yang kita letakkan orang Melayu tempatnya di mana, orang bukan Melayu tempatnya di mana," hujahnya.

Sumber: AIDC

-UnReportedNews™®

Friday 28 December 2012

ISU KALIMAH ALLAH, JANGAN LIBATKAN SARAWAK, ABIM!!!

-JANGAN CUBA MAIN ISU AGAMA DI SARAWAK ABIM KERANA KAMI DI SARAWAK TELAH SEKIAN LAMA HIDUP DALAM MASYARAKAT MAJMUK SEBENAR, HARMONI,AMAN & YANG PALING PENTING SEKALI, SIKAP PERSEFAHAMAN & TOLENRANSI DALAM HAL-EHWAL PELBAGAI AGAMA DAN KAUM .. GET LOST WITH THIS IRRELEVANT ISSUE PLEASE! KEKEKE!!!-

Tindakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendesak kerajaan mengkaji penggunaan kalimah ‘Allah’ di Sabah dan Sarawak ibarat mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak.
 
Keributan yang berlaku di semenanjung tidak sepatutnya dibawa ke Sarawak atau Sabah, walaupun ABIM berkeinginan untuk menonjolkan diri di pentas masyarakat umum.
 
Bagi rakyat Sarawak, isu kalimah ‘Allah’ bukanlah isu yang patut disentuh oleh sesiapa pun, bahkan di negeri ini tidak pernah ada sebarang pertikaian berkaitan sensitiviti agama mahupun sentimen kaum.
 
Siapakah ABIM untuk ‘menceroboh’ keharmonian pelbagai kaum dan agama di Sarawak, Apakah ABIM cukup hebat untuk menghalang tindak balas yang mungkin berlaku?
 
Kenyataan ABIM untuk menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ di Sarawak menunjukkan mereka sangat dangkal dan tidak peka tentang sejarah serta budaya hidup masyarakat Sarawak.
 
ABIM tidak perlu terlalu ghairah untuk jadi pejuang islam hingga mengorbankan nilai keharmonian yang sudah dinikmati sekian lama. Bahkan atas alasan apa pun, ABIM tidak berhak menyentuh urusan agama atau budaya hidup masyarakat Sarawak.
 
Perlu diingatkan, penubuhan negara Malaysia mengandungi perjanjian strategik yang melibatkan Sabah dan Sarawak. Dimana dua negeri ini mempunyai hak autonomi eksklusif berkaitan agama, pentadbiran dan beberapa perkara lain.
 
ABIM perlu hentikan segera sebarang gesaan terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ di Sabah dan Sarawak. ABIM juga perlu cermin diri untuk melihat dimana sebenarnya keributan yang sedang berlaku, bukan di Sarawak atau Sabah.
 
Isu yang ditimbulkan ABIM bukanlah perkara remeh, malah mampu menimbulkan ketegangan di negeri majoriti Kristian seperti Sarawak.
 
Jika ABIM merasakan mereka berhak untuk terus meremehkan sentimen rakyat Sarawak, kerajaan negeri wajar bertindak tegas dengan menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang mana-mana pemimpin ABIM memasuki negeri ini.

Sumber: Melanau Blogger

-UnReportedNews™®

Thursday 27 December 2012

BN TERBAIK BUAT SARAWAK!!!

-KERAJAAN BN AKAN TERUS MENGHULURKAN BANTUAN TANPA MENGHARAP MEREKA YANG DI BANTU MEMBALAS DALAM PILIHARAYA UMUM NANTI .. BIARLAH RAKYAT MENIMBALKANNYA KEIKHLASAN BN!! TERBAEEEK!! KEKEKE!!!-

Barisan Nasional (BN) akan terus membantu rakyat tanpa mengira sama ada mereka (rakyat) akan menyokong kerajaan BN sama ada dalam Pilihanraya Umum kelak.

Menteri Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Dato 'Seri Wong Soon Koh berkata bahawa kerajaan BN akan membawa kepada membantu rakyat dalam apa-apa cara yang mereka boleh depite sama ada mereka akan menyokong BN atau sebaliknya membiarkan rakyat menjadi hakim itu.

"Kerajaan BN adalah kerajaan prihatin, kita melakukan yang terbaik untuk membantu pelbagai organisasi dalam masyarakat kita, sama ada untuk pendidikan, kebajikan, rekreasi, badan-badan sukan dan juga agama."

"Kita (BN) melakukan yang terbaik dan banyak pemimpin-pemimpin kita membuat pengorbanan, tenaga mereka dan juga wang ringgit walaupun mereka untuk menganjurkan aktiviti untuk masyarakat melalui aktiviti-aktiviti seperti ini, kita berharap ahli-ahli komuniti boleh dibawa lebih dekat bersama-sama dan sebagainya. "

Wong berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan RM450, 000 berbentuk MRP kepada 54 badan-badan dan persatuan persatuan dari kawasan Kuching di satu majlis ringkas yang diadakan di pejabat di Baitul Makmur, Petra Jaya berhampiran bandaraya di sini pagi tadi.

Menjelaskan bahawa kerajaan hanya boleh membantu dalam cara yang kecil, Wong berkata bahawa seperti yang dilihat hari ini, bagi pihak kerajaan negeri, beliau telah menyerahkan geran ini kepada badan-badan pelbagai, terutamanya mereka yang telah dijanjikannya pada masa lalu.

"Mengenai sama ada atau tidak, mereka akan menyokong kerajaan BN baik, ianya adalah isu lain semua bersama-sama, kita biarkan rakyat yang menimbalkannya, terutamanya penerima-penerima geran ini kerana ianya tidak bermakna kita memberi sesuatu maka kita mengharapkan sesuatu sebagai balasan, tidak, kita telah melakukan yang terbaik."

Beliau menegaskan bahawa perkara yang penting sekali ialah kita perlukan kerajaan yang stabil yang boleh memastikan kestabilan politik dan hanya BN boleh menyediakan persekitaran yang kondusif dan sosial untuk semua disamping begitu banyak toleransi agama, kebebasan budaya dan rakyat hidup harmoni bersama-sama selama ini.

"(Kestabilan politik sekarang) ini tidak datang secara automatik dan saya berharap rakyat tidak akan mengambil ia untuk diberikan, ia datang dan ia adalah di sana kerana usaha dimasukkan ke dalam oleh kerajaan BN."

"Kepada soalan sama ada atau tidak mereka akan menyokong kerajaan BN, kita meninggalkan penghakiman baik orang sendiri, kita berada di sini menganjur untuk membantu dan kita tidak mengharapkan undi mereka dengan bantuan kami, tidak, kita meninggalkan kepada mereka," tegas Wong.

-UnReportedNews™®

SIFAT KOMUNIS DAP?!!

-SI APEK GUAN ENG BAGAIKAN "TERPERANGKAP" BILA PM & KERAJAAN PUSAT BN MENJANJIKAN 20K RUMAH MAMPU MILIK PR1MA TERMASUK UNTUK RAKYAT PULAU PINANG BAHKAN MENYELAR IANYA SEMEMANGNYA "TANGGUNJAWAB" KERAJAAN PUSAT! LOH! MACAMANA PULA DENGAN TANGGUNGJAWAB KERAJAAN NEGERI? KEKEKE!!!-

Lim Guan Eng anak kesayangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang rupanya tidak senang duduk apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membantu merealisasikan impian penduduk Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah mampu milik.
 
Ternyata janji PM untuk menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) memberi kesan yang agak mendalam sehinggakan memaksa Ketua menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu bingkas bangun dan melatah mempertikaikannya.
 
Menurut Guan Eng, tiada sebab untuk pengundi Pulau Pinang teruja dengan janji tersebut memandangkan soal pembinaan dan penyediaan rumah sememangnya sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat yang diterajui BN.
 
Tapi pemimpin DAP itu lupa, isu perumahan bukannya terpikul di bahu Kerajaan Pusat semata-mata sebaliknya tanggungjawab sebenar menyelesaikan kemudahan perumahan untuk rakyat sepatutnya menjadi prioriti utama Kerajaan Negeri pimpinannnya lebih-lebih lagi bila memperkatakan keperluan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
 
Dengan adanya PR1MA, golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergaji sekitar RM2,500 hingga RM7,500 sebulan atau kombinasi gaji bersama suami dan isteri dalam lingkungan tersebut akan berpeluang memiliki rumah sendiri yang berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 yang lebih selesa.
 
Malah lebih menarik lagi jika harga pasaran sesebuah rumah itu nilainya mencecah RM500,000 namun melalui PR1MA harga yang ditawarkan jauh lebih rendah, hanya sekitar RM300,000 atau lebih sedikit.
 
Ini baru betul dan kena caranya membantu meringankan beban rakyat dan bukannya mengikut kaedah sekarang yang diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya mendahulukan kehendak pemaju perumahan yang hanya memfokuskan selera orang-orang kaya sahaja.
 
Hatta perumahan kos rendah untuk rakyat marhaen pun langsung tidak mendapat perhatian Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir oleh Ketua Menteri yang berkiblatkan Singapura itu.
 
Mujur jugalah Kerajaan Pusat prihatin dengan permasalahan rakyat, dengan demikian ada jugalah sekurang-kurangnya 70 Projek Perumahan rakyat (PPR).
 
Tapi biasalah, sudah adat DAP selaku parti pembangkang di peringkat Pusat untuk mempertikaikan apa sahaja idea dan projek pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN.
 
Sementelah lagi bila mana Kerajaan Pusat tampil memenuhi impian golongan pendapatan rendah dan sederhana, jadi tentulah Guan Eng sukar untuk menutup kerisauaannya takut kehilangan undi golongan tersebut kelak.
 
Nak diharapkan kerajaan DAP Pulau Pinang membantu pelbagai golongan rakyat ini semua, jenuhlah menunggunya. Tunggu kucing tumbuh tanduk pun takkan kelihatan walau satupun projek perumahan mampu milik untuk golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Sumber: Darul Ehsan Today

-UnReportedNews™®

AMBIGA & PROGRAM "JOM PANTAU"? NAK PANTAU APA?

-DASAR PEROSAK BANGSA & NEGARA .. BANG ANU DAH GAGAL MERAYU CAMPURTANGAN AUSTRALIA KINI MENGUNAKAN BERSIH & AMBIGA SEBAGAI "BACK-UP" PLANNYA .. TUTUP MALU ER BANG ANU? KEKEKE!!!-
Anwar Ibrahim yang menggunakan platform Bersih melalui Ambiga Sreenavasan nampaknya semakin tertekan apabila rayuannya kepada kerajaan Australia untuk masuk campur dalam proses pilihan raya negara ini ditolak mentah-mentah.
 
Anwar kemudian terpaksa menggunakan pengaruhnya susulan kegagalan Ambiga yang sebelum itu berkempen di negara itu untuk tujuan yang sama tetapi menerima jawapan negatif dari Kementerian Luar Australia.
 
Malu Anwar bukan kepalang apabila menerima respons yang negatif dari Menteri Luar Bob Carr.
 
Kata Carr kerajaan Australia bukan berfungsi sebagai badan pemantau Suruhan Jaya Pilihan Raya dan sudah tentunya bukan tugasnya untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia.
 
Apabila pihak asing tidak lagi berminat untuk mendokong agenda peribadi Anwar menerusi Bersih, kini Ambiga beriya-iya pula mahu melancarkan program 'Jom Pantau' baru-baru ini.
 
Program itu kononnya akan menggerakkan rakyat bagi memantau proses pilihan raya pada PRU13 nanti untuk memastikan ia berjalan tanpa sebarang unsur penyelewengan dan penipuan.
 
Pembangkang amat senang mencari kesalahan dan keburukan orang lain tapi apabila terkena batang hidung terus membisu dan buat pekak telinga.
 
Contohnya pemilihan PKR dua tahun lalu penuh dengan gejala rasuah, nepotisme dan kronisme namun semua aduan dan bantahan disenyapkan oleh Anwar kerana mahu memenangkan kumpulan yang menyokong Azmin Ali.
 
Semua calon yang tidak sebulu dengan Azmin ang bertanding jawatan Timbalan Presiden dicantas dan dipastikan tidak mendapat undi atau digugurkan nama mereka pada saat akhir.
 
Calon-calon anti-Azmin menghadapi laluan amat sukar kerana kawalan ketat kroni rapat Anwar itu akan memastikan Jawatankuasa Pemantau Pemilihan akan mencari setiap kesalahan bagi menafikan mereka daripada bertanding.
 
Akhirnya apabila keputusan diumumkan, lebih 90 peratus barisan pemimpin Majlis Pimpinan Pusat adalah kroni-kroni Azmin termasuk juga majoriti ketua-ketua cabang PKR diseluruh negara.
 
Jika Anwar ingin bersihkan proses pilihan raya negara ini telus dan adil, pastikan beliau cuci dahulu semua kekotoran yang menyelaputi proses pemilihan partinya terlebih dahulu.
 
Namun pilihan raya yang bersih, adil dan telus bukannya objektif sebenar Anwar atau Ambiga.
 
Jika diperhatikan perjalanan tiga perhimpunan Bersih yang telah diadakan sejak tahun 2007, trendnya bukan untuk menuntut pelaksanaan lapan tuntutan yang dikemukakan kepada SPR tetapi sebagai satu cara mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan rusuhan jalanan.
 
Lebih-lebih seruan Ambiga sebagai Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajak rakyat berpartisipasi dalam program 'Jom Pantau' kononnya sebagai pemerhati dalam PRU13 adalah taktik untuk memecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu.
 
Ini kerana perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 menyaksikan majoriti peserta yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada orang Melayu terutamanya golongan muda dan belia.
 
Amat sedikit sekali peserta ketiga-tiga demonstrasi anjuranBersih disertai oleh kaum Cina apatah lagi kaum India, lantas menimbulkan syak wasangka apakah sebenarnya tujuan bersih.
 
Politik Melayu telah berpecah tiga kepada UMNO, Pas dan PKR dan usaha yang dilakukan oleh Ambiga adalah untuk memburukkan lagi retak pada perpaduan Melayu.
 
Jika ramai belia, remaja dan muda-mudi Melayu dapat dipengaruhi menyertai program-program Bersih maka ini akan melemahkan sokongan kepada UMNO dan apabila parti tulang belakang Barisan Nasional itu hilang kekuatan, senanglah pembangkang menyerang kerajaan bertubi-tubi.
 
Inilah hasil daripada agenda dana asing diakui diterima oleh Ambiga sendiri.
 
Maka Bersih bukanlah usaha murni kononnya untuk menegakkan keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya tetapi merupakan landasan untuk menjatuhkan kerajaan melalui kekecohan yang timbul daripada perhimpunan yang diadakan.
 
Bersih berselindung di sebalik gerakan massa untuk melemahkan bangsa Melayu dengan melaga-lagakan mereka.
 
Apa yang Ambiga mahu lihat daripada perhimpunan Bersih ialah orang Melayu berkelahi sesama sendiri dan kuasa politik mereka diperkotak-katikkan.
 
Dengan itu senanglah pihak asing yang selama ini membiayai Anwar serta PKR dan gerakan berlandaskan pengaruh rakyat seperti Bersih, Suaram, anti-Lynas dan sebagainya, melaksanakan program kawalan asing ke atas negara ini.
 
Janganlah terlalu asyik dilayan slogan-slogan yang pro-rakyat sehingga lupa maksud yang tersirat.
 
Hakikatnya Ambiga tidak berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih atau adil dan orang Melayu yang menyokong Bersih hanyalah kuda tunggangan yang tidak sedar mereka sedang dieksploitasi dengan mudah.
 
Sumber: MIK

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List