Friday 30 November 2012

IKRAR KELAB PENYOKONG BN SARAWAK

-AHLI KELAB PENYOKONG BARISAN NASIONAL (BNBBC) SARAWAK AKAN MELIPAT GANDAKAN USAHA MEMBANTU AHLI PARLIMEN DI KAWASAN MASING-MASING UNTUK MENDAPAT MANDAT DAN SOKONGAN RAKYAT DALAM PRU KE 13 YANG AKAN DATANG!!! PERGHHH...CAYALAH BN SARAWAK! KEKEKE!!!-
Pengerusi BNBBC Sarawak Abdullah Haji Saidol memberi jaminan kata sepakat yang telah dicapai oleh semua ahli-ahli BNBBC yang mereka akan berkerja keras dan bersungguh-sungguh membantu semua Ahli Parlimen BN "menang besar" dalam PRU nanti demi untuk mengekalkan kerajaan BN yang sedia ada.

Demikianlah "ikrar" yang dilafaz secara spontan oleh Abdullah, yang juga merupakan ADUN SEMOP dalam ucapan kata-kata aluannya pada Majlis makan Malam BNBBC 2012 di sebuah hotel yang terkemuka di Bandaraya Kuching ini malam semalam.

Ketua Menteri Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud yang ditemani isterinya, Puan Ragad Kurdi-Taib sebagai tetamu jemputan terhormat majlis tersebut pada malam itu kelihatan dilihat tersenyum dan menepuk tangan sebagai tanda sokongannya kepada ikrar BNBBC.

BNBBC juga berikrar akan berusaha menguatkan lagi rasa sayang dan setia kepada BN ke tahap yang mantap dan lebih meyakinkan, di samping menumpukan perhatian untuk memupukkan semangat mempertingkatkan dan memperbaiki prestasi BN dari semua sudut.

Terlebih dahulu, Abdullah, yang juga merangkap Ketua Setiausaha kepada Pejabat Ketua Menteri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap ahli-ahli BNBBC yang telah menjalankan tugasan yang baik dalam Persidangan DUN Sarawak ke-17 ini.

Dengan nada hormat, Abdullah turut memohon maaf dari Speaker Dewan DUN Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nasar yang juga hadir sama sekiranya ada kesalahan atau ketelanjuran bahasa yang dilakukan oleh mana-mana ahli BNBBC di sepanjang masa sesi sidang DUN Sarawak yang di langsungkan selama tujuh hari (bekerja) bermula dari 19hb hingga (28th November 2012) lalu.
 
 
Sesi persidangan DUN ini telah mempamirkan peningkatan kualiti perbahasan telah membanggakan dan ianya dijangka akan terus meningkat dengan beberapa pendekatan terbaru, termasuk aspek kematangan dan pengalaman, terutamanya kepada ADUN-ADUN yang baru yang telah memegang jawatan tersebut selama 19 bulan setelah PRN yang lepas.
 
Difahamkan, peningkatan yang begitu drastik adalah kerana initiatif dan sikap pro-aktif ahli-ahli BNBBC yang sentiasa memperkasakan diri, baik dengan pengetahuan am, socio, economi mahupun politik domestic atau luar negara yang terkini dalam persediaan mereka menghadapi sesi sidang DUN kali ini.
 
Rata-rata mereka berkebolehan, baik sewaktu mempertahankan usul-usul yang dibangkit oleh rakan mereka atau membidas segala tohmahan dengan kenyataan yang berfakta dan  relevan dengan segala isu yang dilemparkan.
 
ADUN Pakatan Pembangkang Sarawak yang selama ini berani bersuara lantang dan bagaikan memperolokan barisan ADUN BN kerana rata-rata pembangkang adalah dari golongan (peguam) yang memahami seluk beluk undang-undang telah mengeksploitasikan kemahiran mereka secara maxima  sehingga situasi sidang DUN di "transformasi"kan menjadi kamar mahkamah pula.
 
Namun era Ketua DAP Sarawak Wong Ho Leng (ADUN Bukit Assek-DAP) mahupun Chong Chen Jen (ADUN Kota Sentosa-DAP) yang sebelum ini, suaranya (yang berteriak) sering berkumandangan menganggu-gugat perjalanan persidangan bagaikan  telah di "nuetralisasi"kan ke tahap minima pada sidang DUN kali ini dengan meningkatnya penglibatan ahli-ahli BNBBC terutamanya sewaktu sesi debat.
 
Berbalik kepada majlis tersebut, pemenang bagi beberapa acara sukan anjuran BNBBC baru-baru ini juga menerima hadiah namun ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi telah mempamirkan kemahirannya bersukan apabila menjuarai acara menembak dan sukan boling.
 
-UnReportedNews™®

Thursday 29 November 2012

GAMBAR-GAMBAR DISEPANJANG MALAM BNBBC






PS: Tiga daripada ahli Bloggers Anak Sarawak™® juga telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut, terimakasih BNBBC.

-UnReportedNews™®

Wednesday 28 November 2012

DUA ADUN DAP KENA "BELASAH" TAIB

-KEPETAHAN BERBICARA SERTA PEMAHAMAN PEHIN SRI TAIB MENGENAI SEGALA PROSEDUR & POLISI KERAJAAN MEMBUAT KEDUA ADUN TERSEBUT TERPINGGA-PINGGA .. AMBIK KAW!! KEKEKE!!!-
Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada hari terakhir DUN Sarawak 2012 siang tadi menyifatkan Chong Cheng Jen (ADUN Kota Sentosa-DAP) sebagai seorang yang "jahil" kerana isu yang Chong minta perjelaskan nyata "tidak mencapai standard" yang boleh di bahas.
 
Terdahulu, semasa ucapan penggulungan Ketua Menteri, Chong cuba mencelah Taib yang juga merupakan Menteri Kewangan untuk menjelaskan dengan terperinci nama-nama agensi dan jabatan yang diperuntukkan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion daripada bajet pembangunan seperti yang dinyatakan dalam Bajet Negeri 2013 yang diusul kepada Dewan sebelum ini.
 
Chong mendakwa bahawa jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh tidak lengkap dan memuaskan.
 
Taib, yang sebelum itu telah  memberi peluang untuk Chong mencelahnya untuk bertanya sebaliknya menasihati Chong untuk "belajar" dan memahami bagaimana prosedur kerajaan berfungsi sebelum bertanya dan bukannya hanya tahu "menembak dalam gelap".
 
"Anda (Chong) perlu faham bahawa ini adalah hanya anggaran bajet, kita masih belum menentukan agensi manakah yang akan diperuntukkan dengan wang (RM1.8 bilion) dan hanya pada fasa perancangan projek kita akan menentukan yang agensi atau jabatan yang akan diberikan peruntukan itu."
 
"Ini adalah prosedur kerajaan yang kita telah diamalkan selama ini sebelum anda menjadi seorang ADUN lagi," tegas Ketua Menteri dengan nada yang sinis serta tidak memberi Chong sebarang ruang lagi untuk mencelah dan meneruskan ucapan penggulungannya.

Sejurus kemudian, Wong King Wei (Padungan-DAP) yang juga cuba mencelah juga tidak lepas dari di "balun" dan di beri "pengajaran" oleh Taib.
 
Wong, yang juga telah diberi peluang oleh Ketua Menteri pada mulanya bertanya mengapa kerajaan tidak memilih pelancongan sebagai industri utama dan bukannya sumber tenaga.
 
"Itulah kamu, tidak pandai memahami cara membangunkan sesebuah negeri," kata Taib, dengan wajah yang bersahaja (tanpa memandang ke arah Wong) sebelum menasihati Wong (yang kelihatan terpingga-pingga) untuk memperlajari Pelan Pembangunan Negeri dan dengan selamba dia menyambung ucapannya.
 
Sebaik sahaja dewan di tangguh, Chong dan Wong bergegas ke bilik media untuk membuat sidang akhbar dalam Bahasa Cina (aku dipahamkan ianya berkenaan dengan insiden mereka di"balun" Ketua Menteri) namun malangnya hanya tiga orang wartawan "tegar" mereka yang sanggup mendengar "rintihan" mereka kerana yang selebihnya termasuk aku keluar dari bilik tersebut!!
 
Syabas Pehin Sri, kerana "memberi pengajaran" kepada dua orang ADUN DAP yang masih "legik" (Bahasa Melayu Sarawak bermaksud "mentah") yang nyata pada sesi DUN kali ini tidak dapat menyuarakan isu-isu atau masalah rakyat yang konkrit dan secara langsung ini membuktikan Barisan Nasional Sarawak telah melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat!

-UnReportedNews™®

INTEGRITI & KETELUSAN LIM GUAN ENG DIPERSOALKAN DALAM DUN SARAWAK

-WONG SOON KOH BAGAIKAN "MEMBOGELKAN" DAP DENGAN MEMBANGKIT DAKWAAN SKANDAL "TOKONG" LIM GUAN ENG DENGAN PEMBANTUNYA YANG CANTIK; SIAU HUNG & CARA LIM GUAN ENG MENANGANI ISU TERSEBUT DENGAN "UGUTAN" .. KEKEKE!!!-
AGAK-AGAK MANAKAH BETTY, YANG MANAKAH SIAU HUNG YANG CANTIK TU YER? YANG KIRI ATAU YANG KANAN? KEKEKE!!!
Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan memberi amaran keras untuk memboikotkan suratkhabar berbahasa Cina; Guan Ming Daily setelah muka akhbar tersebut memaparkan dakwaan skandal berkenaan begitu bertentangan dengan polisi CAT (Competency, Acountability dan Transparency) yang kononnya diamalkan kerajaan DAP Pulau Pinang.
 
Setelah artikel mengenai Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew dan Siau Hung di paparkan di muka hadapan suratkhabar tersebut, Siau Hung dikatakan telah "dipindahkan" dengan serta-merta, malah isu tersebut juga telah di bangkitkan dalam DUN Melaka di Betty adalah salah seorang ADUN DAP.
 
Demikianlah diantara hujah Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Dato Sri Wong Soon Koh dalam ucapan pembahasan pengulungannya semalam.
 
Wong menambah, Sin Chew Daily (sister-paper Guan Ming Daily) dalam reaksinya terhadap tindakan Lim Guan Eng dengan mengeluar kenyataan; "Kami tahu tugas kami, ianya bukan bersifat peribadi. Kami jua pernah mengkritik Dato Seri Dr Chua Soi Lek (Presiden MCA) jika dia berbuat salah. Apabila bila dia berbuat yang betul, kami memujinya. (terjemahan)."
 
Malah mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Su Koon (Gerakan) menyifatkan Lim Guan Eng hanya "bermlut manis" dan sepatutnya tidak bercakap besar mengenai amalan CAT delam kerajaan DAP Pulau Pinang.
 
PS: Kong pun bo yong .. pendekata, cakap tak serupa bikinlah!! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

GANGSTER "TAIKO BESAR" DAP SEMENANJUNG SERANG SARAWAK?

-LIM KIT SIANG & LIM GUAN ENG ANAK BERANAK BERTINDAK AGGRESIF "MENYERANG" WONG SOON KOH BERTUBI-TUBI DI LUAR BATASAN ETIKA CARA BERKEMPEN YANG LAZIMNYA DIAMALKAN OLEH RAKYAT SARAWAK .. FUYOO .. LU GANGSTERKAH? KEKEKE!!!-


Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Dato Sri Wong Soon Koh dalam ucapan pembahasan pengulungannya semalam mengimbaskan kembali kedatangan Lim dua beranak ketika kempen Pilihanraya kecil Parlimen Sibu yang dulu bagaikan kedatangan dua "Taiko Besar".
 
"Apabila saya "menegur" mereka akan cara mereka berkempen, mereka bagaikan seolah hilang sabar dan bertindak aggresif "menyerang" saya secara peribadi dengan teruknya dalam ceramah-cermah mereka yang seterusnya."
 
Wong Soon Koh menyifatkan kehadiran kedua "Taiko Besar" itu telah membuka satu edisi cara berkempen kepada pembangkang di Sarawak yang di amalkan sehingga kini dengan menyerang seseorang individu secara peribadi.
 
Walaupun ucapan Wong dalam pengulungan perbahasan Bajet Negeri Sarawak 2013 pada sesi tengahari semalam cuba di ganggu gugat oleh beberapa orang ADUN DAP, dia dengan penuh pengalaman membidas dan meneruskan ucapannya.
 
Yang paling teruk kena "lanyak" adalah "musuh tradisi" Wong Soon Koh iaitu ahli Parlimen Sibu yang juga ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng.
 
Pada pengamatan beberapa rakan pemerrhati politik bersependapat belum pernah lagi Wong Ho Leng yang juga Ketua DAP Sarawak "diperbudakkan" sebegitu dengan cara yang memalukan.
 
Wong Ho Leng yang banyak bertindak membuat kacau semasa penggulungan perbahasan Wong Soon Koh sedang berlangsung dengan meninggikan suara (berteriak) sungguhpun mikropon pembesar suara di depan mejanya di hidupkan.
 
Berlainan dengan Wong Soon Koh yang menjawab dengan suara yang tenang dan nada yang sopan tapi berfakta membuat Wong Ho Leng terkebil-kebil malu sendiri.
 
Nyata "taring" DAP Sarawak sudah "tumpul" dek kerana isu rakan-rakan mereka di Semenanjung secara langsung telah menghakis kredibiliti DAP pada keseluruhannya!!!

-UnReportedNews™®

Tuesday 27 November 2012

JANJI DITEPATI-KEBAJIKAN BEKAS PEKERJA SANMINA DIBELA

-SIKAP INITIATIF & PROAKTIF JABATAN KEBAJIKAN SARAWAK PERLU DI CONTOHI KERANA MENGAMBILKIRA KEBAJIKAN KELUARGA BEKAS PEKERJA YANG DI PECAT..PEMBANGKANG ADA? KEKEKE!!!-

Nasib bekas pekerja Sanmina-CSI Corporation (M) Sendirian Berhad yang diberhentikan secara mengejut terbela apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) hari ini mengambil inisiatif memberi bantuan segera.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, bantuan segera diberikan kepada bekas pekerja ini berikutan keadaan mereka yang putus punca pendapatan sebelum memperoleh pekerjaan baru.

“Bantuan persekolahan RM500 diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah dan RM300 diberikan kepada bekas pekerja ini hanya pada kali ini sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi perjumpaan bekas pekerja Sanmina-CSI dengan pIhaknya di Wisma Kebajikan dan turut menyampaikan bantuan segera kepada mereka.
Fatimah menambah, anak bekas pekerja itu akan didaftar dibawah skim Bantuan Kanak-kanak (BKK) dan sekiranya layak, mereka akan menerima RM100 hingga RM450 setiap bulan namun akan dinilai selepas setahun kemudian.
“Kita juga memberikan bantuan keperluan asas untuk setiap keluarga dan kaunter pendaftaran e-kasih dibuka untuk menyimpan data mereka,” ujarnya.
Selain itu, agensi lain turut terlibat sama dalam usaha membela nasib bekas pekerja Sanmina-CSI seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang mengadakan program ‘job-matching’ sebagai usaha membantu pekerja berkenaan di Padawan baru-baru ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak bekas pekerja ini, James Jalai merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak JKMNS atas bantuan berkenaan.

Semalam, seramai 643 bekas pekerja Sanmina hadir pada sesi bantuan segera semalam dan sekira ada pertanyaan mengenai program ini, mereka boleh menghubungi no talipon : 082-448534 Jabatan Kebajikan Sarawak (masa pejabat).
Hadir sama, Setiausaha JKMNS, Rodziah Morshidi, Pengarah JKMNS, Noriah Haji Amat, Pegawai Daerah Kuching, Mahri Sarpawi dan Pegawai JTK, Barnabas Ahjan.

-UnReportedNews™®

‘TOKONG’ LIM GUAN ENG JADI TOPIK HANGAT DI DUN SARAWAK

-SUNGGUH “TERKENAL” SEKALI SI “TOKONG” ITU SEHINGGA DIA DIBANGKITKAN DALAM PERBAHASAN PENGULUNGAN BAJET 2013 SARAWAK .. WONG SOON KOH BAGAIKAN “MEMBOGELKAN” DAP DENGAN BIDASANNYA YANG SINIS & PEDAS SEHINGGA SEORANG DUA DARIPADA ADUN-ADUN DAP KELUAR DARI DEWAN UNTUK “MENGAMBIL NAFAS”!!! KEKEKE!!!

Sikap Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu “Tokong” Lim Guan Eng adalah contoh mudah mencerminkan “kesombongan dan kediktatoran” pimpinan tertinggi DAP, demikian tegas Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Dato Sri Wong Soon Koh dalam ucapan pembahasan pengulungannya semalam.
 
“Itu bukan saya yang cakap ah .. Timbalannya sendiri (Mansor Othman-PKR) yang cakap okay,” tambahnya lagi apabila beberapa anggota DAP kelihatan cuba mencelah untuk membantah apa yang dia (Wong) bahaskan.
 
“Tolong duduk diam-diam dan dengar .. mungkin anda boleh belajar dari apa yang saya akan cakapkan,” kata Wong tanpa memberi sebarang ruang sambil melambai-lambaikan tangannya membuat arahan supaya ADUN-ADUN DAP itu untuk duduk.
 
Ahli Parlimen Sibu yang juga ADUN Bukit Assek, Wong Ho Leng yang pada mulanya cuba mempertikaikan isu ‘Tokong’ juga tidak lepas dari di “balun” Wong Soon Koh sehinggakan dia (Wong Ho Leng) tersengih-sengih macam kerang busuk  memandang ke kiri dan ke kanan bagaikan “meminta bantuan” dari rakan-rakannya.
 
Agak anih kerana kali ini, tiada sesiapa yang membantunya selain dari ADUN Kota Sentosa yang juga Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen yang sekali sekala cuba mencelah namun agak begitu ketara sekali Chong tidak berusaha bersungguh-sungguh seperti biasa mempertahankan Wong Ho Leng yang jua Ketua DAP Sarawak.
 
Setelah diberi amaran sebanyak tiga kali oleh speaker, Chong tidak lagi berani mencelah dan melangkah keluar dari kamar Dewan untuk “berehat” di ikuti seorang lagi ADUN DAP.
 
Syabas Wong Soon Koh-SUPP kerana ketajaman lidah membangkitkan isu “tokong” yang seakan benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada Wong Ho Leng kerana melibatkan ‘bos’nya di peringkat pusat dan juga merupakan Setiausaha DAP Pusat yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
 
Isu ‘tokong’ atau ketua yang sombong dan angkuh seperti Lim Guan Eng yang telah diketahui umum melaui rakaman keceluparan mulut Mansor Othman dalam Mesyuarat PKR Pulau Pinang yang membincangkan persiapan menghadapi PRU-13 telah membuatkan kedudukan Mansor Othman sebagai ADUN di Pulau Pinang terjejas.
 
Ini adalah sebahagian sedutan Mesyuarat PKR Pulau Pinang yang dipengerusikan Pengerusi PKR Pulau Pinang sehingga mencetuskan kekecohan dalaman PKR dan DAP.
 
“Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and arrogant. Tapi tidak apalah, whatever it is, we get ourselves stronger, young people you orang kena prepare, every seat kita nak bertanding, kena ada orang.”
 
-UnReportedNews™®

PELANCARAN KUTIPAN DERMA UNTUK PALESTINE DI DUN

Ketua Menteri Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud menunjukkan sokongannya kepada rakyat Palestin dengan menderma sejumlah wang kepada kempen mengumpul derma "Sayang Gaza Sayang Palestine" semalam.

Sebelum itu, Ketua Menteri telah menerima kunjungan hormat oleh sekumpulan sukarelawan kempen"Selamatkan Gaza Selamatkan Palestine" di pejabatnya pada tingkat lima di bangunan DUN di Petra Jaya berhampiran bandaraya pada sesi petang DUN semalam.
Kumpulan sukarelawan terdiri daripada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi dan beberapa kanak-kanak mewakili secara simbolik yang kanak-kanak dan remaja di Sarawak mahukan kedaulatan dan keamana dalam sesebuah Negara.

Menurut Ketua Penganjur kmpen "Selamatkan Gaza Save Palestin" Dato’ Idris Buang Ketua, objektif kunjungan hormat adalah untuk mendapatkan persetujuan daripada Ketua Menteri pada pelancaran kutipan derma kempen "Selamatkan Gaza Selamatkan Palestine".
"Kami (penganjur kempen "Selamatkan Gaza Save Selamatkan Palestine”) kerjasama dengan Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Sayap Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Aman Palestin, Lembaga Amanah Masjid Negeri Sarawak, PPWS, individu dan lain-lain.

Bercakap kepada UnReportedNews™® semalam, beliau berkata bahawa telah diberi persetujuan oleh Ketua Menteri dan DUN Speaker Datuk Amar Haji Mohammad Asfia Awang Nasar untuk meletakkan beberapa kotak kutipan derma di bangunan DUN.
Idris, bekas Senator Negeri berkata bahawa kotak kutipan derma akan diletakkan di lobi DUN sehingga akhir sesi DUN tahun ini.

"Kami juga dalam proses memohon permit yang di perlukan untuk meletakkan kotak derma di seluruh Sarawak lebih-lebih lagi di masjid, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi, tempat-tempat awam untuk mendapatkan lebih ramai untuk terlibat dalam kempen."
Menjelaskan bahawa kempen akan dijalankan sehingga awal tahun depan untuk mengumpul seberapa banyak yang mungkin akan dihantar kepada Palestines, katanya sambil menambah bahawa di samping mengumpul derma, mereka juga menyebarkan kesedaran melalui facebook kami dan beberapa blog rakan-rakan mereka termasuk team Bloggers Anak Sarawak ™®.
 
-UnReportedNews™®

Monday 26 November 2012

LAWATAN KAUM PENAN MENEMUI KETUA MENTERI DI DUN

-JELAS TERBAYANG KEPUASAN DI RAUT WAJAH REMAJA-REMAJA PENAN KERANA DIBERI PELUANG UNTUK BERTEMU DENGAN TAIB WALAUPUN TERPAKSA PERGI KE DUN BUAT KALI KEDUA LEWAT PETANG SEMALAM-
 
Sekumpulan remaja Penan dari Baram berpeluang untuk bertemu dengan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di DUN semalam.

Taib, selepas mempengerusikan mesyuarat dengan beberapa ketua-ketua jabatan kerajaan pejabatnya di tngkat lima turun ke lobi DUN untuk bertemu dan bersalam dengan setiap ahli kumpulan tersebut kira-kira jam 6:30 petang.

Menurut Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdullah Haji Saidol yang merupakan penyelaras kunjungan hormat tersebut, objektif lawatan itu adalah untuk memberi pengalaman secara langsung kepada masyarakat Penan mengenai prosiding DUN.

"Adalah diharapkan bahawa peserta kumpulan boleh menyampaikan pengalaman mereka kepada rakyat mereka di kampung masing-masing apabila kembali semula," kata Abdullah, yang juga merupakan ADUN Semop menerusi satu temubual ekslusif bersama  UnReportedNews™® sejurus lawatan tersebut.

Sementara itu, ADUN Telang Usan yang juga pembantu penyelaras kunjungan hormat, Dennis Ngau memberitahu UnReportedNews™® bahawa kumpulan tersebut terdirin daripada seramai 40 remaja dari masyarakat Penan dari lima buah kampung di kawasan Baram.

"Kebanyakan mereka menjejakkan kaki ke ibu kota (Kuching) Sarawak buat kali yang pertama dan bagi pihak kaum Penan, saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah bersetuju untuk memenuhi kumpulan ini iaitu bertemu secara terus dengan mereka."
Ketua Menteri turut meluangkan masa kira-kira sepuluh minit berbual dengan semua ahli kumpulan yang juga kemudiannya menyerahkan buahtangan kepadanya.
 
-UnReportedNews™®



 

ANWAR SEBENARNYA KETUA BONEKA PR SEMATA-MATA?

-KAPAL SING PUN ADA GAYA MACAM KETUA PR..SEKALI DIER SERGAH NIK AJIS TERDUDUK DIAM..TAK GITU? KEKEKE!!!-
Persoalan yang sehingga kini masih tiada jawapan iaitu siapa ketua Pakatan Pembangkang? Anwar Ibrahimkah? Lim Guan Engkah? Abdul Hadi Awangkah? Atau Azmin Alikah? Lim Kit Siangkah? Karpal Singhkah? Nik Azizkah? Sehingga kini setelah berpakat sebagai Pakatan Pembangkang, mereka tiada ketua. Arahan mana yang mereka dengar?
 
Isu pemilihan calon Perdana Menteri menjadi buktinya apabila Pakatan Pembangkang bergolak disebabkan masing-masing mahu meletakkan nama pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri biarpun sebelum ini menyaksikan Anwar Ibrahim berada dalam keadaan selesa untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.
 
Rentetan isu juga menyaksikan masing-masing berdiam diri sekiranya ada di kalangan mereka terkantoi dalam menimbulkan permasalahan Pakatan Pembangkang. Isu Nurul Izzah dalam mengeluarkan kenyataan mahu memurtadkan orang Melayu membuatkan PAS diam membisu.
 
Agaknya mulut pemimpin PAS sudah dikunci oleh Anwar Ibrahim. Terbaru, isu doa PAS mahu menghancurkan pemimpin UMNO dan Islam BN. PKR dilihat membisu dan mengelak untuk membuat sebarang kenyataan. Kononnya tidak mahu menimbulkan kontroversi.
 
Tetapi, tidak bagi DAP yang secara terang menegur PAS melaksanakan hudud di Kelantan dengan melibatkan sama mereka yang bukan Islam. Ini membuatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh memberikan amaran kepada Nik Aziz supaya tidak menimbulkan isu-isu yang boleh membuatkan rakyat menolak Pakatan Pembangkang dan menyokong BN.
 
Demikian juga isu dalaman negeri di Kelantan yang kini menjadi racun dalaman PAS. DAP mahu PAS menyelesaikan kemelut dalaman pentadbiran yang melanda Kelantan berikutan banyak janji PAS yang tidak dilaksanakan dan masalah pentadbiran seperti hudud dan bersih.
 
Isu dalaman negeri Pulau Pinang pun apa kurangnya apabila banyak kepincangan dalaman pentadbiran yang berlaku khususnya melibatkan kepentingan kaum Melayu dan India. Selangor pun apa kurangnya, apabila saban malam berlaku demontrasi daripada rakyat Selangor dengan terbaru mogok daripada Ibu Tunggal Selangor.
 
Benar dakwaan pemimpin BN apabila Pakatan Pembangkang ini diibaratkan tidur sebantal tapi mimpi lain-lain.
 
Sumber: Wira Kenyalang.
 
-UnReportedNews™®

Sunday 25 November 2012

TINDAKAN ANWAR MINTA CAMPURTANGAN AUSTRALIA AMAT MEMALUKAN!!!

-INI DIA (ANWAR) PERGI SANA..CUCUK SANA..CUCUK SINI!!! SAMPAI GITU SEKALI YA? KEKEKE!!!-
Datuk Seri Najib Razak mengingatkan semua pihak khasnya pembangkang agar tidak cuba melibatkan campur tangan asing dan membawa budaya negatif dari luar yang boleh merosakkan potensi dan masa depan Malaysia sebagai sebuah negara.
 
Menyelar tindakan yang disifat memalukan negara itu, Perdana Menteri berkata potensi Malaysia tidak wajar dirosakkan dengan kemasukan anasir luar kerana negara ini penuh dengan pengharapan dan mempunyai masa depan yang lebih baik daripada apa yang dimiliki hari ini.
 
"Kita sudah ada yang baik di sini...'why fix when it is not broken' (kenapa nak betulkan jika tidak ada yang salah)," katanya ketika berucap pada Himpunan Barisan 1Malaysia : Untuk Masa Depan Rakyat sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam (Sabtu).
 
Najib berkata Malaysia kini menjadi contoh kepada banyak negara malah ada yang mencemburui kejayaan dan pencapaian negara namun ada pihak di dalam negara yang sengaja mencari kesalahan kerajaan untuk dijaja ke negara luar.
 
"Jangan cakap dalam negeri, orang Bangsamoro pun hendak berdamai pandang ke Malaysia, (selama) 40 tahun, lebih 100,000 orang sudah mati, tapi kata putusnya pada Malaysia.
 
"Di sini ada orang cari salah pada kita, (sedangkan) yang lain lagi teruk. Di Amerika Syarikat pilihan raya presiden pun banyak masalah, pengundi tidak ada nama di tempat mengundi, keputusan lambat, tetapi tidak ada pihak yang kata ada penipuan besar, pemilihan (Presiden Barack) Obama bagi penggal kedua tidak sah, tidak ada...," katanya.
 
Sambil menempelak pembangkang yang sering mempersoalkan dan mempertikai kerajaan, Najib berkata mereka bagaimanapun mendiamkan diri apabila barisan pembangkang berjaya merampas lima negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
 
"Jadi jangan minta negara luar campur tangan, jangan bagi malu kepada negara kita. Kita sudah buat yang terbaik untuk Malaysia tapi dia pergi Australia untuk minta campur tangan, nasib baik Australia tidak ikut," katanya, merujuk tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan meminta bantuan Australia untuk memastikan pilihan raya umum bebas dan adil di Malaysia.
 
Australia bagaimanapun menolak rayuan itu serta menegaskan bahawa negara itu tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.
 
"Dia tahu kita ada hubungan baik, dia tahu pemimpin kita, dia kenal. Ini dia (Anwar) pergi sana cucuk sana, cucuk sini.
 
"Kita jangan jadi macam itu, kita ada peluang dan masa depan yang cukup baik jadi fikirkanlah untuk masa depan anak-anak kita," katanya.
 
Menyedari sokongan rakyat tidak lagi tertumpu hanya kepada parti-parti siasah, Najib berkata realiti baharu politik yang didukung perkembangan teknologi maklumat menuntut kerajaan untuk mengukuhkan hubungan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat umum.
 
"Sebab itu kita mengiktiraf NGO kerana Barisan Nasional (BN) faham masa depan negara bergantung kepada permuafakatan bersama NGO dan masyarakat madani yang seharusnya dibawa bersama sebagai rakan kongsi untuk mencapai matlamat mentransformasikan negara," katanya.
 
Menegaskan BN bukanlah parti yang kaku, Najib berkata kerajaan bersedia melakukan perubahan untuk membawa kejayaan lebih besar kepada negara.
 
"Kita telah membuktikan tidak semestinya kita tukar kerajaan untuk maju tetapi kita boleh membawa perubahan yang besar dengan kerajaan yang sama," katanya.
 
Sumber: BERNAMA

-UnReportedNews™®

HADI VS ANWAR, KARPAL YANG PULAK MENANG?

-HAA..CANTEEKLAH TU..MELAYU LAWAN MELAYU..ISLAM LAWAN ISLAM..YANG LAIN PULAK TERSENGIH MENANG!! KEKEKE!!!-
Ramai yang tersenyum sendirian bila membaca kenyataan sinis dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyarankan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh dimasukkan dalam senarai sebagai calon Perdana Menteri.

Menurut Tun Dr. Mahathir, Karpal sebagai orang yang sudah lama berjuang dalam politik tentunya turut mengharapkan jawatan itu sama saja seperti diangan-angankan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Sindiran pedas ini tentunya mengundang rasa tidak senang ramai pemimpin PR yang sekarang ini sedang kelam kabut bersilat lidah untuk meredakan isu jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini ibarat duri dalam daging kepada kerjasama parti pembangkang dalam gabungan PR.

Isu jawatan PM mula menjadi polemik umum selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu sepakat untuk mengangkat Presiden mereka sebagai PM, dengan alasan ketokohan dan kredibilitinya jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim.

Apa sahaja alasannya, cadangan tersebut jelas bercanggah dengan kesepakatan bersama pemimpin tertinggi PR yang sebelum ini telah menetapkan Anwar sebagai calon PM seandainya pembangkang berjaya menguasai PRU 13.

Namun demikian, ramai juga ahli dan penyokong PAS yang teruja bila saranan itu ditimbulkan, sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa rendah diri mereka yang selama ini terkenal dengan jolokan balaci dan keldai tunggangan DAP dan PKR.

Bagaimanapun tak semua pemimpin PAS berani mengiakan cadangan melantik Hadi sebagai PM, terutama bagi mereka yang sudah sebati sebagai geng Anwarinas rata-ratanya lebih selesa melihat Anwar terus kekal sebagai satu-satunya calon PM bagi PR.

DAP pula melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tanpa berselindung tegas menolak sebarang usaha untuk menobatkan Presiden PAS sebagai PM, sebaliknya menyeru pemimpin dan penyokong PAS supaya memegang persetujuan bersama untuk merealisasikan impian Anwar untuk merasai keempukan kerusi PM.

Polemik ini tambah menarik lagi apabila kenyataan Guan Eng itu disokong pula oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan turut dipersetujui Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mahu pencalonan Anwar sebagai PM kekal milik Anwar.

Namun begitu, disebalik polemik dan kekalutan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk mempertahankan calon pilihan masing-masing, ia sebenarnya memperlihatkan betapa kemaruknya parti pembangkang mahu mengejar kuasa.

Rakyat di serata pelusuk negara tidak buta untuk melihat hakikat ini, belum pun diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat tapi pemimpin pembangkang sudah berebut-rebut jawatan, nampak gayanya kalau betul mendapat kuasa kelak mahunya bercakaran siang dan malam.

Silap percaturannya, tatakala PAS dan PKR sibuk bertegang leher berebut sakan untuk menentukan antara Hadi dan Anwar mana satu yang patut menjadi PM, alih-alih Karpal Singh ataupun Lim Kit Siang pula yang tersenyum sumbing sambil hati berbunga riang.
 
Sumber: Malay Delima

-UnReportedNews™®

Saturday 24 November 2012

ANWAR AKAN "KEEMPUNAN KALI KEDUA" NAK JADI PM?

-MIMPI NGERI ANWAR IBRAHIM 14 TAHUN DAHULU BILA "TERSUNGKUR" KETIKA SELANGKAH LAGI HENDAK MENJADI PM BERULANG KEMBALI APABILA TUN M MENYIFATKAN SEKIRANYA DI TAKDIRKAN PR MENANG DALAM PRU KE-13, HADI AWANG LEBIH LAYAK DARINYA MENJADI PM!!! KEKEKE!!!-
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kelebihan berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beliau dianggap oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin layak diangkat sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentadbiran negara pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
 
Dua sarjana yang juga pemerhati politik tanah air berpendapat, sebagai negarawan yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam arena politik negara, Dr Mahathir sudah tentu mempunyai cukup keupayaan untuk menilai kelayakan dua tokoh pembangkang itu, apa lagi beliau sendiri pernah berdamping rapat dan mempunyai hubungan kerja yang sangat dekat dengan Anwar.
 
"Tun (Mahathir) sudah tentu mampu melihat kelebihan pada Abdul Hadi berbanding Anwar dan dia juga tahu siapa yang lebih baik untuk rakyat dan negara," kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.
 
Berbanding Anwar, katanya, Abdul Hadi tiada krisis atau masalah peribadi.
 
"Isu peribadi mampu menjejaskan kredibiliti seseorang pemimpin jika dia sering dikaitkan dengan imej negatif," katanya.
 
Sehubungan itu, katanya, keyakinan Dr Mahathir bahawa Abdul Hadi lebih layak jadi Perdana Menteri berbanding Anwar adalah satu pandangan perlu dikongsi orang ramai kerana pemimpin Pas itu tidak mempunyai sejarah seperti Anwar.
 
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, perkara yang paling utama dilihat Dr Mahathir dalam membuat penilaian itu sudah tentu aspek moral yang membezakan kedua-duanya.
 
"Tun Mahathir melihat kelebihan yang ada pada Abdul Hadi berbanding Anwar yang pernah didakwa atas tuduhan moral sebelum ini. Selain itu, Abdul Hadi juga memimpin parti besar pembangkang, iaitu Pas yang merupakan sebuah parti yang berstruktur dan tersusun.
 
"Mungkin inilah salah satu faktor yang menyebabkan Abdul Hadi dipilih oleh Tun Mahathir," katanya.
 
Sivamurugam berkata, seseorang Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab besar memastikan wujudnya kestabilan berterusan dalam negara.
 
"Ciri-ciri penting seorang Perdana Menteri ialah mampu memelihara kestabilan, keselamatan dan urus tadbir serta permuafakatan dengan mempertahankan perpaduan masyarakat rencam," katanya.

Sumber: Minda Hijrah

-UnReportedNews™®

NIK AZIZ "KECIWA GILA" NAMA TAK DISENARAIKAN SEBAGAI CALON PM?

-PADANLAH TU POK NIK..DEMO JAGA KELANTE PUN BANYAK MASALAH..KALO JAGA NEGARA ENTAH GHAPO JADI NANTI..KEKEKE!!-
Nik Aziz meminta PAS berhati-hati dengan cadangan pihak luar tentang siapakah bakal perdana menteri (PM) ketujuh jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang, kerana bimbang parti tersebut akan terjerat.

"Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah orang PR, dia orang Umno, bagaimanapun cadangan musuh kita boleh dengar tetapi tidak semudah-mudahnya boleh percaya.

"Kadang-kadang cadangan yang diberikan akan menjerat kita, kita juga yang akan teraniaya nanti," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Musryidul Am PAS itu berkata demikian mengulas pandangan Tun Mahathir yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih sesuai menjadi PM berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan tersebut Dr Mahathir memberitahu, Abdul Hadi lebih layak daripada Anwar disebabkan ahli parlimen Marang itu tidak ada sebarang bebanan sejarah.

Menurut menteri besar Kelantan itu, beliau menghormati pandangan tersebut bagaimanapun, penyelesaian terhadap perebutan jawatan PM itu boleh diselesaikan di peringkat PR sendiri.

"Isu ini akan diputuskan oleh PR, kita menerimanya sebagai pandangan. Kita dengar kalau yang baik diterima yang mahu menjerat kita buang," katanya.

Semasa Muktamar PAS ke 58 baru-baru ini, wakil Dewan Ulama PAS, Hairun Nizam Mat Hussain berkata beliau yakin sebahagian besar ahli parti itu mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

Malah, Dewan Ulama PAS dalam ucapan penggulungan oleh Datuk Dr Mahfodz Mohamed menegaskan PAS perlu memiliki kekuatan majoriti dalam PR untuk melantik Abdul Hadi menjadi PM.
 
Sumber: MPP Online

-UnReportedNews™®

JALAN BERTAR DI PULAU BRUIT AMAT DIPERLUKAN

Pembinaan jalan raya bertar untuk menghubungkan semua kampung di sebelah utara Pulau Bruit dari Tekajong ke Penuai amat diperlukan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol.
 
Oleh itu, beliau memohon agar Jabatan Kerja Raya (JKR) mempertimbangkannya untuk memudahkan penduduk di kawasan itu.
 
"Kalau boleh untuk jangka panjang mungkin JKR dapat mempertimbangkan jalan raya bertar untuk menghubungkan semua kampung di sebelah utara Pulau Bruit dari Tekajong ke Penuai," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan bagi menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17 semalam.
 
Jelasnya, selama ini warga Pulau Bruit di seblah utara hanya dapat dihubungi melalui pengangkutan air yang bergantung kepada pasang surut air.
 
Namun, katanya, terdapat satu lagi jalan alternatif lain iaitu jalan ladang sawit tetapi jika musim hujan ia becak dan membahayakan kepada pengguna.
 
Pada masa yang sama, Abdullah meminta agensi yang bertanggungjawab memantau dan memeriksa projek pembinaan jalan simen dari selatan Pulau Bruit bermula dari Tekajong hingga ke Penuai.
 
Beliau memberitahu ini kerana keadaan projek jalan simen itu tidak menepati spesifikasi yang telah ditetapkan.
 
"Semasa saya melawat jalan dari Kampung Tekajong ke Penipah baru-baru ini, hasil kerja sangatlah tidak memuaskan, tidak seperti jalan baharu dibina.
 
"Jadi saya memohon kepada agensi berkaitan memantau dan memeriksa projek ini dalam kadar segera," tegasnya.
 
Menyentuh mengenai aktiviti sosioekonomi beliau memohon kerjasama dari kerajaan menerusi agensi berkaitan dalam memajukan pengusahaan ikan lumek.
 
Beliau memberitahu ikan lumek kini dilihat berpotensi dijadikan produk industri yang dapat dikomersialkan dalam skala besar.
 
"Dengan perancangan yang teratur dan bimbingan pengusahaan ikan lumek ini dapat dijadikan sumber pendapatan utama rakyat di kawasan Semop ini," ujarnya.
 
Sumber: Utusan Borneo Online

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List