Monday 30 April 2012

ANWAR IBRAHIM KANTOI MEMBERI ISYARAT MEMULAKAN KEGANASAN BERSIH

-RAKAMAN VIDEO AMATUR YANG DITAYANGKAN DI BULETIN UTAMA TV3 SEBENTAR TADI JELAS MEMBUKTIKAN RUSUHAN & KEGANASAN PADA PERHIMPUNAN BERSIH ITU SEBENARNYA TELAH DIRANCANG SECARA TERPERINCI OLEH BANG ANU & KUNCU-KUNCUNYA UNTUK MEYEMARAKKAN AMARAH RAKYAT UNTUK BANGKIT MENENTANG KERAJAAN NAMUN JUMLAH PESERTA BERSIH YANG JAUH TERLALU RENDAH DARI APA YANG TELAH DIJANGKA SEBELUM INI ADALAH BUKTI MAJORITI RAKYAT MALAYSIA MENOLAK BANG ANU KERANA MEREKA TIDAKLAH SEDUNGU GOLONGAN YANG TERLIBAT DALAM INSIDEN TERSEBUT-

Anwar Ibrahim "terkantoi' dirakam dalam klip video dengan jelas sekali memberi isyarat tangan kepada balacinya paling ketatnya Azmin Ali seolah memberi arahan untuk mula bertindak ganas yang kemudiannya menjurus pada titik permulaan insiden rusuhan sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari. 

Azmin yang lebih dikenali dengan nama timangannya "Bapak Ayam" (sesuai betul dengan perkhidmatan "service" termasuk bab-bab berkaitan "makan aiskrim" Bang Anu juga dikatakan disediakannya oleh isterinya, Shamsidar Tahrin yang didakwa secara terbuka oleh bekas sahabat baiknya Datuk Nallakarupan mempunyai "hubungan sulit yang agak luarbiasa" dengan Bang Anu kerana kononnya mendapat "restu" Azmin sendiri) kelihatan bertanya kepada Bang Anu seolah untuk mendapat kepastian.

Sekali lagi Bang Anu jelas kelihatan memberi isyarat dengan mengoyangkan tangannya untuk memulakan "rancangan jahat" mereka yang mengambil kesempatan untuk merusuh dalam perhimpunan tersebut dengan niat untuk mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Sejurus selepas itu, peserta-peserta Bersih 3.0 bagaikan secara automatik berperangai bagaikan "beruk mabuk termakan belacan" merosakkan apa saja objek dan harta orang awam di sekitar Dataran Merdeka itu termasuk memusnahkan kenderaan polis serta menyerang anggota polis dan juga wartawan yang bertugas di sana pada hari itu.

Anwar ibrahim tidak boleh lagi menafikan yang dia tidak ada kaitan langsung dalam kejadian rusuhan itu sebab rakaman itu membuktikan dia lah sebenarnya bapak dalang dan juga dajal yang  telah merancang segalan keganasan dan kemusnahan dalam rusuhan itu!!



-UnReportedNews™®

Sunday 29 April 2012

PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG NI BERLAKON ATAU BETUL-BETUL BANGANG?

-MENYALAHKAN POLIS DALAM KEGANASAN BERSIH 3.0 DIDATARAN MERDEKA BARU-BARU INI ADALAH TINDAKAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SERTA INGIN “LEPAS TANGAN” PEMBANGKANG YAKNI PENGANJUR PERHIMPUNAN TERSEBUT. BIARPUN MENYEDARI BAKAL RISIKO YANG DIHADAPI JIKA BERSIH 3.0 DITERUSKAN JUA DIDATARAN MERDEKA, MEREKA TETAP BERDEGIL SEOLAH MENGUNDANG & BERHARAP ADA “PERISTIWA BERDARAH” BERLAKU!-

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam dengan bongkak secara terus mempersalahkan pihak polis dalam insiden keganasan itu dengan alasan; polis “tidak professional” mengendali peserta-peserta perhimpunan tersebut.

“Mereka (polis) menembak gas pemedih mata tanpa amaran, mereka memukul bukan saja orang awam tetapi wartawan juga tidak lepas dari keganasan mereka maka itu, mereka harus bertanggungjawab,” spin Guan lagi.

Dalang sebenar Perhimpunan Bersih merangkap juga salah seorang dari tali barut paling kanan Anwar Ibrahim iaitu Ambiga Sreenevasan dalam satu sidang akhbar sebentar tadi dengan “muka selambanya” meminta maaf di atas keganasan yang telah berlaku sepanjang perhimpunan Bersihnya.


“Saya menyokong penuh sebarang tindakan undang-undang yang di ambil ke atas mana-mana peserta Bersih yang bertindak di luar batasan atau menyalahi undang-undang yang sedia ada,” kelentongnya lagi.

“Kami akui memang terdapat segolongan peserta Bersih telah mencerobohi kawasan larangan. Ini memang tidak kami galakkan namun mereka bertindak di luar kawalan kami walaubagaimanapun kami berharap pihak polis akan menyiasat perkara ini,” goreng Ambiga lagi tanpa mengedipkan matanya seolah ingin mengambarkan keikhlasannya autanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz ketika di temui pemberita siang tadi memberi kenyataan yang boleh dikatakan “separa-bangang” dan betul-betul mengetukkan kepalanya sendiri (mohon maaf) dengan mengakui yang dia telah membiayai perbelanjaan segolongan peserta dalam perhimpunan ganas itu.

“Ya, memang, saya mengeluarkan wang saya sendiri untuk mereka yang turut serta dalam perhimpunan Bersih. Wang itu untuk perbelanjaan mereka untuk pergi ke sana (Kuala Lumpur), ada juga (di antara mereka) yang datang mintak wang itu dari saya,” kata Nik Aziz secara lurus bendul sekali.

Ketiga-tiga individu di atas adalah pemimpim-pemimpin tertinggi parti pembangkang dan juga ketua pertubuhan yang kononnya “elite” dan “untouchable” dan walaupun kenyataan-kenyataan mereka berlainan “sudut atau angle” terdapat satu persamaan iaitu ketiga-tiga mereka bersifat “denial atau dalam penafian” seperti kanak-kanak kecil yang tidak merasai sedikit pun kesalan, bersalah mahupun rasa bertanggungjawab ke atas kejadian itu.

Guan Eng dan DAP telah di beri amaran atas sebarang risiko atau kemungkinan berlaku dalam Bersih 3.0 bukan saja dari pihak kerajaan malah dari naib pengerusi DAP sendiri iaitu Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim namun dia dan DAP sebaliknya, buat tak tahu sahaja dan meneruskan penglibatan mereka.

Jadi janganlah cuba nak buat-buat “innocent” dan menyalahkan polis dalam perkara ini pulak dan Guan Eng janganlah bersikap terlalu malas namun dia sepatutnya mengambil sedikit initiatif untuk membuka matanya dengan lebar sedikit untuk melihat video-video yang dirakam sepanjang keganasan Bersih.

Nyata sekali yang bertindak ganas dan “over-over” itu adalah peserta Bersih yang juga turut memukul wartawan akhbar “Sun” bukannya pihak polis seperti yang di dakwa Ketua Menteri yang seperti lupa daratan yang beliau juga pernah meminta khidmat polis ketika menghadapi situasi kekecohan di Pulau Pinang dulu, bukannya si Ambiga, si Anwar mahupun Nik Aziz!

Manusia yang bernama Ambiga itu, seharus menyedari yang “no one is above the law” kerana dia sendiri seorang peguam dan nyata pihak polis telah memberi amaran secukupnya serta pilihan tapak perhimpunan namun balaci Anwar Ibrahim ini berdegil untuk memilih tempat awam yang luas dan terbuka di mana pihak berkuasa agak sukar untuk mengawal keselamatan orang awam dan harta benda.

Ya, majoriti rakyat Malaysia betul-betul berharap agar kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya ke atas mereka yang bertindak ganas menyalahi undang-undang dalam perhimpunan tersebut terutamanya termasuk penganjur Bersih iaitu si Ambiga kerana tidak mengendahkan amaran polis sebelum itu.

Sementara itu, yang paling malang adalah Nik Aziz kerana di antara sedar atau tidak dan mungkin juga kerana kenyanyukannya (mohon maaf lagi), beliau secara terbuka mengakui membiayai kewangan peserta-peserta yang terlibat dalam perhimpunan ganas itu.


Ustaz saya pernah menyatakan, sekiranya kita memberi bantuan kepada mereka yang dalam perjalanan untuk membuat kejahatan maka para malaikat melihat seolah-olah kita sendiri bersama mereka yang melakukan kejahatan itu..Allahwuallam.

Kepada abang-abang polis yang telah mempertahankan kedaulatan undang-undang negara sewaktu perhimpunan Bersih itu dengan berani tanpa memperdulikan keselamatan diri sendiri sehingga ada yang cedera parah, saya yakin majoriti rakyat Malaysia menghargai pengorbanan anda semua..teruskan perjuangan anda semua.

-UnReportedNews™®

PS: Kalo melibatkan polis dan wartawan ni aku agak sensitif sikit, sorry ya. :)

BERSIH 3.0 DAH GAGAL, APA LAGI LEPAS NI?

-APAKAH PERCATURAN PAKATAN RAKYAT SELEPAS BERSIH 3.0 YANG BAGAIKAN DIRANCANG UNTUK MEMULAKAN RUSUHAN BESAR-BESARAN DI NEGARA INI GAGAL SAMA SEKALI SEMALAM, APAKAH "TRICK" YANG AKAN DIGUNAKAN MEREKA SELEPAS INI. DEMONSTRASI SEMALAM BAGAIKAN SATU CUBAAN MENANDA ARAS KEKUATAN SOKONGAN, PENGARUH & KETAKSUBAN PENYOKONG PR SEBALIKNYA, IANYA MENUNJUK KEMEROSOTAN SOKONGAN BEGITU KETARA-RAKYAT MENOLAK FAHAMAN YANG KECENDERUNGAN PADA KEGANASAN -

BERSIH 3.0 mensasarkan jumlah 500,000 peserta - sekurang-kurangnya tetapi malangnya mereka hanya mampu mengumpul sekitar 20,000 yang berlari-lari terkinja-kinja dan terpekik terlolong cuba menaikkan darah serta memprovokasi pihak berkuasa di sekitar Kuala Lumpur sekarang. 


Justeru, apakah ertinya angka-angka ini? 

·Ertinya BERSIH telah gagal sekali lagi. 
·Ertinya BERSIH tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.  
·Oleh kerana BERSIH didalangi Pakatan Rakyat, maka ertinya juga, majoriti rakyat tidak menyokong Pakatan Rakyat.  
·Dan ertinya lagi, jika PRU diadakan dalam masa terdekat, sekitar nisbah angka itulah sahaja undi yang bakal diperolehi oleh PR berbanding BN.  

Kerana menyedari hakikat inilah maka demonstrasi jalanan, huru-hara dan keganasan amat penting bagi BERSIH atau lebih tepat Pakatan Rakyat kerana mereka tahu mereka tidak mungkin boleh memenangi pilihanraya. Untuk berkuasa, mereka perlu melakukan rampasan kuasa melalui jalanraya dan tidak ada cara lain melainkan itu sahajalah caranya.  

Tidak usahlah Ambiga berbohong atau menafikan hakikat ini, kerana sekali angin tiup bau janggut Pak Samad Said yang hapak itu, kita sudah tahu tujuan sebenar mereka. 

Tujuan Pak Samad ‘menceburi’ BERSIH ialah membalas dendamnya terhadap kerajaan Melaka kerana enggan memberikan sejumlah wang tambahan daripada RM3 juta yang telah diberikan kepadanya sebelum itu, untuk tujuan menerbitkan semula karya beliau. 

Kerajaan Melaka telah mengambil keputusan sedemikian kerana Pak Samad telah gagal mencapai matlamat yang dijanjikan melalui syarikat Wira Bukit Sdn Bhd yang diuruskan anaknya, Helmy Samad sedangkan wang RM3 juta yang diberikan telah habis dibelanjakan. 

Lanjutan dari itu, Pak Samad juga ingin membalas budi PTS Sdn. Bhd milik Ainon Mohd, - sekutu pembangkang dan Anwar Ibrahim yang telah ‘menyelamatkan’ beliau dengan mengambil alih projek berkenaan dan mendapat hak milik semua karya Pak Samad dan buku-buku beliau untuk diterbitkan semula untuk jualan.

Tujuan Ambiga pula sudah diketahui umum iaitu untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk digantikan dengan kerajaan yang liberal yang menerima murtad, mengiktiraf hak LGBT dan meletakkan hak asasi melebihi agama dan adat resam. 

Memandangkan satu-satunya parti yang berpegang kepada prinsip yang sama dengan beliau ialah PKR maka tidak hairanlah Ambiga dan Anwar memilih untuk bersatu melalui BERSIH. 

DAP pula tidak punya masalah dengan pendirian Ambiga atau Anwar apatah lagi jika ianya bertentangan dengan Islam. 

Dalam hal ini, PKR, DAP, Ambiga dan juga Pak Samad amat jelas akan prinsip dan tujuan masing-masing dan lebih daripada teruja untuk menentang musuh yang sama iaitu Barisan Nasional. 

Hanya PAS sahaja yang masih dalam keadaan keliru.  Di dalam hati nurani ahli-ahli PAS, mereka masih tertanya-tanya, berdosakah jika mereka tidak ikut berdemo BERSIH yang hukumnya WAJIB mengikut fatwa Nik Aziz?  

Tetapi, berdosakah jika mereka turut berdemo BERSIH yang hukumnya HARAM jika dipimpin oleh Ambiga iaitu juara LGBT dan murtad mengikut fatwa Nasharudin Mat Isa?

Maka terbahagi dualah mereka, ada yang berpegang kepada fatwa Nik Aziz dan ada yang berpegang kepada fatwa Nasharudin. 

Kekeliruan ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada kegagalan BERSIH mencapai jumlah sasaran hari ini. 

Apa yang pasti, majoriti rakyat Malaysia tidak keliru.  Kita semua tahu bahawa adalah HARAM membiarkan diri dipimpin kafir harbi yang menerima dana dari Zionis yang tujuannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sah di sebuah negara yang aman damai.



-UnReportedNews™®

Saturday 28 April 2012

BERSIH 3.0 DI KUCHING "CLEANING IN PROGRESS"?

-SEBELUM PERGI KE ASSIGNMENT AKU IAITU "PM MERASMIKAN PROGRAM JELAJAH JANJI DITEPATI PERINGKAT NEGERI SARAWAK" PAGI TADI, AKU & PHOTOGRAPHER NEW SARAWAK TRIBUNE RAMIDI SUBARI PERGI KE TEBINGAN WATERFRONT KUCHING BERHADAPAN MAHKAMAH LAMA JAM 8:30PAGI DI MANA DIKATAKAN "DEMONSTRASI BERSIH 3.0" DI JADUALKAN DI SANA. WADUH...MEMANG BETUL-BETUL BERSIH LAH! HAHAHA!-



-UnReportedNews™®

PEMBANGKANG TAKUT AKAN KEPUTUSAN PRU KE-13 NANTI

-MENYEDARI PELUANG MEMENANGI & MEMPERTAHAN KUASA DINEGERI-NEGERI TAKLUKAN MEREKA PADA PRU KE-13 ADALAH TIPIS, PELBAGAI ALASAN MERAGUI SISTEM PILIHANRAYA NEGARA INI SENGAJA DITIMBULKAN TAPI PADA HAKIKATNYA, KEKALAHAN YANG BAKAL DIALAMI PAKATAN RAKYAT ITU DISEBABKAN PEMBOHONGAN SERTA KEGAGALAN MEREKA SENDIRI MENUNAIKAN JANJI-JANJI YANG DITABURKAN PADA PRU 2008 LEPAS DITAMBAHKAN LAGI SENARIO DIMANA BN NYATA SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN PADU RAKYAT JELATA!-



Tuduhan pembangkang Kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa meminjam wang dari Bank Dunia hanya untuk membayar BR1M kepada rakyat adalah tidak masuk akal dan munasabah sekali yang hanya dengan tujuan iaitu untuk memburuk-burukkan kerajaan BN serta mengaburi segala pencapaian BN sebenar selama ini.

Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak menegaskan sambil menambah jika tuduhan adalah benar, pembangkang sudah pasti menunjukkan bukti bahawa Malaysia telah meminjam wang dari bank dunia untuk membayar pemberian BR1M namun mereka (pembangkang) hanya berniat untuk membuat keliru akan fakta sebenarnya.

"Saya ingin menjelaskan secara terus terang kepada rakyat Sarawak dan Malaysia yang Kerajaan BN telah membayar tunai BR1M kepada semua rakyat Malaysia daripada pendapatan hasil Negara..kita sebenarnya mengembalikan wang rakyat sendiri menerusi pelbagai jenis program bantuan yang di pekenalkan oleh kerajaan."

Najib, yang juga pengerusi BN di temani oleh isterinya Datuk Patinggi Datin Hajah Rosmah Mansur berkata sewaktu berucap dalam program "Jelajah Janji Ditepati" Peringkat negeri Sarawak yang diadakan di parker Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya di Kuching di sini yang telah dihadiri oleh lebih daripada 10,000 orang pagi tadi.

"Kita mengadakan satu perhimpunan di sini (di Sarawak) namun mereka (pembangkang) juga mengadakan satu perhimpunan (Bersih 3.0) juga di Kuala Lumpur dengan alasan yang tidak masuk akal kononnya system pilihanraya (SPR) Negara kita tidak relevan lagi, tidak adil serta lebih memberi kelebihan kepada kerajaan.”

“Dakwaan mereka nyata tidak benar dan amat tidak munasabah kerana sistem pilihanraya yang (sama yang) kita guna-pakai sekaranglah yang telah membolehkan mereka (pembangkang) berkuasa dan memerintah di lima buah negeri setelah keputusan Pilihanraya Umum 2008 yang lalu."

"Saya ingin menjelaskan kepada anda semua sebab sebenar mengapa pembangkang melakukan ini (membuat demonstrasi ke atas system pilihanraya yang sedia-ada), mereka sebenarnya takut kerana tahu majoriti rakyat kini sepenuhnya menyokong BN.”

“Pembangkang tahu mereka tiada peluang untuk menang ataupun mempertahankan kuasa mereka di sekurang-kurangnya tiga buah negeri yang kini dalam kekuasaan mereka namun itu adalah kesilapan mereka sendiri kerana banyak berbohong dan tidak menunaikan janji yang mereka buat sewaktu berkempen pada pilihanraya 2008 lepas.”

Pembangkang dapat merasakan keputusan Pilihanraya yang akan datang ini akan menyebelahi BN maka mereka mencari 1,001 alasan untuk memburukkan system pilihanraya Malaysia, kata Najib lagi.

“Pelbagai jenis program yang diperkenalkan oleh BN untuk semua lapisan masyarakat; BR1M, bantuan RM100 bagi kanak-kanak sekolah, RM200 baucer buku untuk penuntut university dan banyak lagi telah disalurkan secara terus kepada rakyat.”

“Bantuan ini disalurkan hingga ke akar umbi atau menepati golongan yang di sasarkan oleh kerajaan sehingga membuat pembangkang berasa takut dengan bayang-bayang mereka sendiri,” tambahnya lagi.

“Semuanya ini (segala bantuan rakyat) dapat di realisasikan dengan pertumbuhan ekonomi Negara yang kukuh dalam suasana yang aman damai dan harmoni yang kita kecapi selama ini, maka saya seru semua rakyat Malaysia agar menolak fahaman atau ideologi yang lebih cenderung mengundang kepada ketidakstabilan politik, kekecohan dan porak peranda yang akhirnya hanya merugikan kita semua akhirnya.”

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud dan isterinya Puan Seri Ragad Kurdi-Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, menteri-menteri persekutuan, menteri-menteri negeri dan lain-lain tetamu jemputan.

-UnReportedNews™®

FOTO DI SEPANJANG JELAJAH JANJI DITEPATI DI SARAWAK SIANG TADI

-DIANGGARKAN LEBIH DARI 10,000 RAKYAT DARI SEGENAP PELUSUK NEGERI INI DATANG MEMBANJIRI TAPAK LETAK KERETA BERDEKATAN WISMA BAPA MALAYSIA DI BANDARAYA KUCHING SIANG TADI MENGHADIRI PROGRAM JELAJAH JANJI DITEPATI PERINGKAT NEGERI SARAWAK YANG DIRASMIKAN OLEH PERDANA MENTERI DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK & JUGA DIHADIRI OLEH KETUA MENTERI PEHIN SERI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD-









PS: Pesanan & azimat DS Najib khas buat Pakatan Rakyat ketika berucap di Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Sarawak di Bandaraya Kuching pagi tadi akan di post jam 11 malam nanti..Apa pesanan beliau? Tunggu...

-UnReportedNews™®

JANGAN BERI PELUANG BERSIH 3.0

-KERAJAAN SEHARUS LEBIH TEGAS MENANGANI ISU DEMONSTRASI INI SEKARANG JUGA JANGAN SAMPAI IANYA MELARAT-

Bersih hanyalah satu alasan untuk berdemonstrasi, tujuan sebenarnya adalah untuk menghuru-harakan negara. Satu demi satu tuntutan mereka di turuti oleh kerajaan namun mereka semakin besar kepala dan membuat tuntutan lebih-lebih pulak. Apabila kerajaan tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut, mereka akan merusuh. 

Kemana hala tuju semua tuntutan ini? Cukuplah kerajaan dah bagi muka dah dengan puak-puak ni..siapa mereka ni? Dia orang ni suara minoriti dalam PRU 12 dulu. Agak-agaklah mengapa si Ambiga tu beriya-iya nak huru harakan Malaysia? Mungkin jugak dia dah di tawarkan jawatan Menteri Kehakiman oleh Anwar Ibrahim.

"Persiapan hebat sedang dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mengganas dan menghuru-harakan negara dalam ‘Demonstrasi Duduk Bantah’ BERSIH 3.0 atau lebih tepat dipanggil ‘Demonstrasi Berarak Ganas’ kerana mereka dikhabarkan akan berarak, berlari, mengganas dan mencabar pihak berkuasa dari beberapa penjuru KL sebelum duduk.

Antara persiapan penting puak-puak pengkhianat dan balaci CIA ini ialah memberi taklimat awal kepada wartawan-wartawan asing agar bersedia mengambil gambar mereka dalam keadaan paling teruk untuk menggambarkan penganiayaan polis terhadap mereka. Ini penting bagi mereka kerana dalam setiap demonstrasi yang dilakukan oleh pihak mereka sama ada atas nama BERSIH, PTPTN, 901, Reformasi, Himpunan Hijau atau apa saja sukar sekali mendapat gambar sehebat demonstrasi-demonstrasi di negara lain di mana polis betul-betul membantai dan membelasah para peserta. Ini kerana di Malaysia, polis tidak akan berkeras selagi tidak dalam keadaan terpaksa atau terdesak.

Bersih 2.0 telah membuktikan bagaimana pendemonstrasi dilayan dengan lembut di mana mereka yang ditangkap diberi makan dan ‘tempat berehat’ yang selesa siap dengan kemudahan untuk bersolat.

Malah, kerana tiada keganasan polislah maka salah seorang peserta demonstrasi BERSIH 2.0 terpaksa berlakon mati dengan kamera sedia merakam lalu disebarkan di internet sebagai usaha memburukkan kerajaan.

Khabarnya, kali ini, pemimpin-pemimpin BERSIH 3.0 akan memastikan keadaan menjadi benar-benar genting. Malah mereka bersedia mengorbankan peserta iaitu penyokong mereka sendiri dalam demonstrasi ini demi mencapai matlamat untuk menghuru-harakan negara kerana pilihanraya semakin hampir. Mereka mengharapkan momentum kemarahan rakyat akan terus meningkat selepas itu sehingga pilihanraya menjadi benar-benar panas.

Antara perancangan mereka ialah menyamar sebagai polis untuk membelasah peserta yang sudah tentunya tidak diberitahu tentang perancangan sebenarnya. Siapa yang bakal dikorbankan atau terkorban tidaklah diketahui.


Yang pastinya, mereka akan memastikan sudut terbaik bagi para wartawan asing untuk merakamkan setiap adegan ganas tersebut lalu menyebarkannya kepada dunia. Apabila ini berlaku, dunia akan mengutuk Malaysia dan membuka ruang bagi barat untuk masuk campur dalam urusan negara atas nama hak asasi manusia.

Ini adalah taktik biasa CIA di bawah pertubuhan NED yang menjadi dalang menjatuhkan kerajaan yang sah di seluruh dunia. Buku ‘Inside the Company: CIA Diary’ yang ditulis oleh bekas pegawai CIA Phil Agee menghuraikan modus operandi CIA dalam usaha meletakkan pemimpin boneka di negara-negara di mana Amerika ingin menguasai. Cara mereka tidak pernah berubah iaitu mewujudkan organisasi-organisasi untuk kononnya memantau pilihanraya negara-negara tersebut di mana di masa yang sama membangkitkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan kerajaan.

Seterusnya, mereka juga meletakkan ‘warna-warna’ tertentu seperti merah di Thailand, dan kuning di Mlayasia sebagai melambangkan sokongan atau tentangan terhadap kerajaan bagi mewujudkan ‘volume’. Ke semua usaha ini kemudiannya diarahkan kepada satu tujuan semata-mata iaitu demonstrasi jalanan yang membawa kepada huru-hara dan keganasan sehingga akhirnya kerajaan digulingkan.

Phil Agee mengakui mereka melakukan yang sama di Filipina melalui satu badan yang dipanggil National Association for Free Election (NAMFREL) (menyerupai BERSIH) dengan menggunapakai slogan kuasa rakyat (menyerupai Pakatan Rakyat). Mereka juga membuat banyak percubaan untuk mengambil alih Panama melalui Civic Crusade tetapi tidak begitu berjaya. Namun mereka berjaya di semua negara lain antaranya, Bulgaria yang mana juga menggunakan para pelajar universiti agar turun ke jalanan berdemonstrasi, dan Albania, Chile, Brazil serta banyak lagi.

Kita juga tahu bahawa mereka juga berada di belakang kejatuhan Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain.

Kesemua ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa bantuan media. Dan tidak hairanlah BERSIH di Malaysia ini juga berusaha memastikan media asing memainkan peranan yang sama untuk membantu memusnahkan negara ini.


Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menilai maklumat yang terbentang di hadapan mata. Rakyat boleh membantu kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan menjauhkan diri dari BERSIH. Kuasa rakyat itu benar, kerana itu gunakanlah kuasa minda kita untuk memilih yang terbaik untuk diri, bangsa, agama dan negara. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan mainan politik musuh-musuh Islam." -Cik Zah

DAP menarik diri di saat-saat akhir BERSIH 3.0 , berkemungkingnan peristiwa berdarah sedang di rancangkan memang benar-benar akan baerlaku dan DAP pada saat awal-awal dah "mencuci" tangan!!

-UnReportedNews™®

Friday 27 April 2012

BN AKAN RENTAP BALIK SIBU DARI DAP DALAM PRU13?

-BN MEMENANGI KERUSI NEGERI BAWANG ASSAN DENGAN 1,808 UNDI DAN NANGKA DENGAN 5,302 UNDI TETAPI KALAH DI PELAWAN DENGAN 6,391 UNDI IAITU MEMPEROLEHI LEBIH 719 UNDI BERBANDING PEMBANGKANG-

Sikap tidak putus asa yang di tunjukkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak terhadap rakyat Sibu patut di puji kerana beliau terus meletakkan Sibu sebagai salah satu destinasi perhentiannya dalam lawatannya ke Sarawak walaupun Sibu adalah kubu kuat DAP.


Namun daripada sokongan yang di tunjukkan rakyat Sibu sebentar tadi ketika menyambut Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) adalah begitu mantap dan meyakinkan.

Menurut lapuran BERNAMA, BN boleh merampas semula kerusi Parlimen Sibu yang disandang oleh DAP dengan menampilkan calon yang sesuai dan strategi yang betul pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata pemimpin akar umbi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Huong Haw Ching berkata berdasarkan undi yang diperoleh BN di tiga kerusi di Sibu pada Pilihan Raya Parlimen Sarawak tahun lepas, BN sebenarnya telah memenangi kerusi Sibu.
Beliau menbuat ulasan tersebut menjelang majlis makan makan 1Malaysia bersama rakyat Sibu yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini Khamis.

BN kalah tipis kepada DAP dengan perbezaan 398 undi pada pilihan raya kecil itu yang digelar 'Pertarungan Rejang' dua tahun lepas berikutan kematian penyandang BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew daripada SUPP.

Robert Lau Hui Yew mendapat 18,447 undi kurang daripada 18,845 yang diperoleh Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng untuk memenangi kerusi pada pilihan raya kecil itu. Calon Bebas Narawi Haron mendapat 232 undi.

BN memenangi kerusi negeri Bawang Assan dengan 1,808 undi dan Nangka dengan 5,302 undi tetapi kalah di Pelawan dengan 6,391 undi, iaitu memperoleh lebih 719 undi berbanding pembangkang, katanya.

Dikatakan sokongan bagi Dewan Undangan Negeri Sibu, terutama di kalangan pengundi Bumiputera, untuk BN telah meningkat.

"Dengan sokongan daripada pengundi bumiputera di Nangka, saya fikir kita boleh memenangi kerusi BN, walaupun saya jangkakan peluang itu 50-50 memandangkan tiada yang boleh dikatakan sebagai kerusi selamat," kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Ra'paee kepada Bernama.

Pemerhati politik tempatan percaya Sibu adalah satu-satunya kerusi Parlimen di kalangan kerusi bandar yang majoriti pengundi adalah kaum Cina yang mana BN mempunyai peluang untuk merampas semula pada pilihan raya akan datang.

Halangan mungkin wujud kerana perpecahan di kalangan anggota SUPP, terutama di peringkat cawangan tempatan, antara pengerusi cawangan dan menteri kanan negeri Datuk Seri Wong Soon Koh yang memihak kepada satu pihak dan Presiden parti Datuk Seri Peter Chin memihak pihak yang lain.

"Cawangan Sibu berharap dapat meletakkan calon mereka sendiri dan menyerahkan terus kepada ketua menteri dan perdana menteri, bukan kepada parti CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat) kerana ia tidak mengiktiraf Chin selaku presiden parti. Ada tiga calon parti berpotensi; Datuk Vincent Lau, Robert Lau Hui Yew dan Datuk Seri Benny Lee," kata bekas anggota majlis tempatan Dr Gregory Hii.

Beliau memberitahu Bernama Vincent Lau mempunyai kelebihan, tetapi perpecahan yang melanda SUPP mungkin membolehkan DAP mengekalkan kerusi itu.

Wong dan enam ADUN parti itu tidak mengiktiraf Chin sebagai presiden baharu selepas mereka memboikot Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) SUPP Disember lepas, mendakwa ia tidak sah kerana berlaku salah laku dan penyelewengan semasa pemilihan cawangan SUPP.

Tetapi Hii berkata BN harus memilih calon yang sesuai dan melaksanakan strategi yang betul, seperti memainkan isu Wong, yang merupakan Pengerusi DAP Sarawak, yang memikul banyak tanggungjawab, ia mungkin berjaya menyebelahi BN.

Wong, selain merupakan anggota Parlimen, juga ADUN Bukit Assek dan ketua pembangkang negeri.
DAP berkata ia sukar untuk mengekalkan kerusi itu berikutan dakwaan peningkatan 900 pengundi pos di kawasan pilihan raya itu.

Bagaimanapun, Dr Jeniri Amir, penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata usaha oleh kedua-dua pihak yang bertentangan dalam politik akan menyebabkan jumlah pengundi berkurangan pada pilihan raya umum nanti.

Katanya pengundi mungkin kurang berminat kerana mereka berpendapat PRU adalah kurang menarik berbanding pilihan raya negeri, yang diadakan berasingan. Malah katanya jumlah mereka yang keluar mengundi pada pilihan raya negeri telah menurun.

Bagaimanapun, jika terdapat satu perkara yang pasti pada masa ini, adalah BN harus memuktamadkan calonnya bagi kerusi itu, walaupun ia telah mengenal pasti tiga calon berpotensi.

Sebaliknya DAP juga belum memutuskan sama ada penyandangnya Wong akan mempertahankan kerusi itu.

Wong berkata: "Kita akan mengumumkannya pada masa yang sesuai. Kita belum memutuskan lagi calon. Saya tidak tahu lagi. Terpulang kepada jawatankuasa pemilihan."

-UnReportedNews™®

MAT SABU JAJA ISU BASI DI SARAWAK, BOLEH BALIK LAH!

-RAKYAT SARAWAK DAH LAMA MENOLAK PAS & MUNGKIN MEREKA NAMPAK RAMAI TURUN KETIKA CERAMAH DI ADAKAN PEMBANGKANG NAMUN BUKAN UNTUK MENYOKONG TAPI HANYA "MENDENGAR PEMBOHONGAN" YANG INGIN PEMBANGKANG JAJAKAN-



PAS di ingatkan agar jangan mempergunakan "isu basi" kerana ianya hanya membuat orang Sarawak lebih "sakit hati" dan benci kepada mereka (PAS) sahaja.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg dengan sinis menasihati PAS agar berhenti "mendendangkan lagu yang lama dengan irama yang serupa" dalam usaha mengumpan undi simpati dari rakyat Sarawak sebab ianya tidak akan menjadi.

"Semua isu-isu yang di bangkit oleh PAS adalah perkara yang sama yang mereka gunakan pada pilihanraya DUN yang lepas dimana mereka telahn dikalahkan serta dimalukan dengan teruk sekali dan kini mereka datang sekali lagi seolah ingin dimalukan semula."

Johari yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Satok merujuk kepada lawatan/ceramah serta penubuhan markas PAS oleh Timbalan Presiden PAS oleh Mohamad Sabu atau nama glamornya "Mat Sabu" di Taman Matang Jaya di sini di hujung minggu yang lepas.

“Mereka menggunakan isu yang sama dan lama (orang Sarawak kata basik!) yang penuh dengan hasutan penipuan yang mereka telah gunakan pada kempen pilihanraya DUN yang nyata-nyata di tolak oleh rakyat Sarawak melalui keputusan pilihanraya itu sendiri," kata Johari.

Beliau di tanya secara esklusif oleh UnReportedNews™® samaada lawatan/ceramah serta penubuhan markas PAS tersebut akan menberi sebarang impak kepada peratusan kemenagngan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya yang akan datang ketika melawat tapak dan persediaan program JANJI DITEPATI petang semalam.

“Saya percaya ianya tidak akan memberi sebarang impak kerana rakyat Sarawak bijak membuat penilaian dan pilihan dan mereka dah lama menolak PAS ni dan saya rasa mereka memang kelihatan turun beramai-ramai ketika ceramah di adakan oleh pembangkang namun bukan untuk menyokong tapi hanya "mendengar pembohongan" yang ingin mereka jaja," kata Johari dengan sinis sekali.

-UnReportedNews™®

Thursday 26 April 2012

NIK AZIZ & BERSIH 3.0? DAH BERSIH KAH AIR KAT KELANTAN TU POK NIK?

-STEADYLAH POK NIK NI, DARI DOK NAK BANTAH DALE DEMONSTRASI BERSIH 3.0 PADA 28 APRIL NI BAIK POK NIK GI BERSIH AIR KOTOR KAT KELATE TU-   


Kawe dok tergelak tengok gambar yang kawe download dale Facebook..heheheh..mace betul jer kan..hehehe

-UnReportedNews™®

MANA LAKI ENGKAU SHAMSIDAR?

-DAH DUA HARI BERLALU SEMENJAK NALLAKARUPAN “MEMBAYANGKAN” KEPADA SATU DUNIA YANG ANWAR & SHAMSIDAR ADA “MAKAN AIS KRIM BERSAMA” DALAM PITA VIDEONYA NAMUN AZMIN TIDAK BERBUAT APA-APA SEOLAH –OLAH “MEREDA” PERBUATAN ISTERINYA ITU-


Azmin Ali, suami kepada Shamsidar Tahrin yang telah di tuduh secara terbuka oleh Senator Datuk S. Nallakaruppan melakukan salah laku moral dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk berdiam diri sahaja di dalam perkara ini.

Tindakan Azmin berdiam diri seolah-olah juga “mengiya”kan juga kewujudan video itu kerana kalau kena dengan jantan lain, memang dah mengamuk sakan kalo isteri di tuduh serendah macam tu, silap-silap Shamsidar dengan Anwar sekali dah kena lempang!

Azmin seolah “mereda” semua tuduhan Nallakaruppan yang di lemparkan terhadap isterinya dan Anwar sejak dua hari yang lalu.

Nallakaruppan telah “mengambarkan” kepada satu dunia yang pita video yang berada dalam simpanannya mengandungi rakaman “babak-babak dan adegan hangat” isteri Azmin-Shamsidar makan ais krim bersama Anwar Ibrahim.


-UnReportedNews™®

Tuesday 24 April 2012

ANWAR IBRAHIM, SHAMSIDAR TAHRIN & AIS KRIM...?

-NALLAKARUPAN MENDAKWA VIDEO RAKAMAN ITU ADA ADEGAN DI MANA ANWAR & SHAMSIDAR "MAKAN AIS KRIM" BERSAMA-

Senator Datuk S. Nallakaruppan semalam tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan sekeping pita video VHS kepada peguamnya Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah.yang di dakwanya mengandungi “bahan bukti” berhubung salah laku moral dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyerahan bahan bukti tersebut yang di percayai mengandungi “babak-babak dan adegan hangat” kelas “XXX strictly for 18 & above only” lakonan hero Malaya a.k.a “anugerah tuhan” atau  nama glamornya “Bang Anu” bersama isteri salah seorang pemimpin kanan PKR di perkarangan lobi Mahkamah Tinggi.

“Ini (pita rakaman) saya serahkan kepada peguam saya Shafee akan bawa ke mahkamah. Semua bukti ada dalam pita ini. Saya berikan tanggungjawab ini kepada Shafee untuk menjaga dan menyimpan bukti ini dengan baik,” kataNallakaruppan ketika menyerah tape “blue” berbungkus kertas putih kepada penguamnya.

Walaupun enggan mendedahkan isi kandungan pita video secara terperinci sehingga tiba waktu perbicaraan nanti, Nallakarupan seolah menyampaikan peringatan secara terus kepada “kedua-dua pelakon” dengan ungkapan berbunyi, “Video ini ada babak ‘makan ais krim’! ingat tak?”

Pada masa yang sama, Nallakaruppan sekali lagi mencabar Anwar untuk mempercepatkan tindakan saman terhadapnya yang dibuat oleh Penasihat PKR itu.

“Saya sedang menunggu ketibaan Anwar di mahkamah dan saya mahu Anwar percepatkan perbicaraan kes saman beliau terhadap saya. Jangan gantung kes ini tak bertali. Saya cabar Anwar saman saya RM500 juta. Saya juga cabar Anwar membuat kenyataan terbuka mengatakan saya seorang pembohong.

“Saya tidak sabar mahu menceritakan di mahkamah berkenaan hubungan sulit Anwar dengan Shamsidar Taharin. Saya ingin menceritakan bagaimana Anwar makan ais krim bersama Shamsidar,” katanya lagi.

Beliau menegaskan dia tidak akan berganjak sekali-kali dari keputusannya untuk membongkar sikap Anwar meskipun sudah diugut sebanyak dua kali pada bulan lepas termasuk insiden khianat ke atas kereta sahabatnya, U. Thanothaaran telah dipecahkan oleh tiga orang samseng pada 5 April lalu di Sri Gombak.


Nallakaruppan di beri notis saman sebanyak RM100 juta daripada Anwar pada bulan lepas di atas tindakannya menuduh secara terbuka yang pemimpin PKR itu sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi pemimpin negara ini.

Dia juga mencabar Anwar agar mempercepatkan saman dan prosiding perbicaraan mahkamah agar beliau boleh membuat pendedahan yang Anwar sebagai biseksual dan juga sebagai pesalah laku moral dengan “bukti-bukti” yang di dakwa ada di dalam simpanannya.

-UnReportedNews™®

Monday 23 April 2012

AJARAN SESAT ANWAR IBRAHIM PADA MAHASEWEL?

-TIDAK MAHU MEMBAYAR BALIK APA YANG KITA TELAH PINJAM? IANYA BERTENTANGAN SEKALI DENGAN AMALAN BANGSA CINA YANG DI KENALI DENGAN KEMAHIRAN PERNIAGAAN. PATUTLAH TAK NAMPAK PUN STUDENT U BANGSA CINA WAKTU DEMO TU & MENURUT PENULIS ASAL ARTIKEL INI, “MALANGNYA TERDAPAT SEGELINTIR PEMIMPIN PKR CINA SEOLAH YANG MENCAMPAK BUDAYA ‘MEMBAYAR SETIAP APA YANG DIPINJAM’ KE DALAM LUBANG NAJIS DENGAN MENYOKONG DEMO ITU-

Perhimpunan pelajar di Dataran Merdeka disebabkan mahu mansuhkan pinjaman PTPTN, mereka telah bermastautin di Dataran Merdeka selama beberapa hari, tidak disangka boleh berlaku kejadian rusuhan yang tidak diingini, tiba-tiba pihak polis menjadi mangsa yang dikecam, sekali lagi kerajaan BN dituduh menjadi penjahat, secara menyeluruh semua pihak “mengecam” tindakan itu. Lakonan seperti ini diharap semua orang dapat memahaminya dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Kembali kepada isu perhimpunan, apa yang boleh disebut di sini dengan jelas ialah “camping”, dan beberapa orang ahli parlimen pembangkang termasuk Anwar Ibrahim menghadirkan diri di tempat kejadian, ada yang belikan khemah serahkan kepada pelajar-pelajar, saya tidak tahu apa tujuan dan maksud mereka.

Ini bukan bermaksud kebebasan dalam masyarakat,ini dinamakan mereka telah menduduki kawasan awam, memburukkan suasana dan peraturan di situ. Suara seperti ini seperti keluar dari mulut pihak polis, tetapi pada hakikatnya bukankah memang benar begitu? Sekarang satu dunia sudah tahu apa yang mereka mahukan, saya tidak faham apa maksud dan tujuan mereka menduduki tempat itu. Hari ini semua orang tahu maksud perhimpunan dan kebebasan bersuara, jika keadaan itu sudah wajar sepatutnya hentikan di situ sahaja, apabila maklumat telah disebarkan, apa yang masih mereka mahukan lagi? Persoalan ini, saya harap pemimpin PakatanRakyat dapat menjawabnya.

Tiru Cara Yang Sama Tanpa Pembaharuan

Kita jangan lupa, apa yang mereka maksudkan kebebasan “menduduki kawasan” itu jika diizinkan, bukankah alasan yang dibuat itu sama sahaja seperti alasan yang lama yang langsung tiada sebarang pembaharuan?

Contohnya saya boleh panggil beberapa orang, dengan pergunakan isu “pemimpin Pakatan Rakyat perbodoh-bodohkan rakyat”, berhimpun dan berkemah di Dataran Merdeka, laksanakan apa yang disebut hak kebebasan “perhimpunan kebebasan bersuara”, mahu Pakatan Rakyat dan sekutunya sokong permintaan saya, jika tidak saya akan berterusan berkemah di situ, ataupun orang lain teruskan kempen itu secara bersilih ganti.

Sudah tentu kita berharap jika diizinkan Fong Kui Lun (DAP Bukit Bintang) beri kita 10 buah khemah, dan Anwar Ibrahim boleh datang beri kita semangat dan galakkan, bagi menunjukkan beliau dan rakan-rakan seperjuangan beliau menyokong perhimpunan menuntut hak kebebasan bersuara yang lakukan itu.

Tetapi kita memang sudah sangat faham: bagaimana kita boleh terus mendirikan khemah untuk hentikan cara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang terus mahu perbodoh-bodohkan rakyat itu, bagaimana pula kita mesti mahu mengharapkan Pakatan Rakyat beri khemah dikatakan memberi sokongan dan galakkan kepada kita?

Di dalam jiwa saya saya lebih memahaminya, jika saya gunakan taktik yang sama untuk sergah pemimpin Pakatan Rakyat, walaupun perhimpunan itu bukan sebagai perhimpunan utama untuk hak kebebasan bersuara, adakah perbuatan kita itu akan dituduh dan dikecam, dianggap sebagai melawan arus demokrasi, dituduh menjadi tali barut BN.

Tidak Hiraukan Pandangan Orang Ramai

Tidak kira apa yang berlaku, mahasiswa ini telah menguasai Dataran Merdeka dan mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terbongkarlah dimana pemimpin itu dapat capai matlamat politik mereka, sedangkan decency peraturan yang paling asas pun mereka tidak hiraukan.

Pakatan Rakyat menyokong segelintir mahasiswa, telah meninggalkan mesej yang agak mencurigakan semua orang:

1, pinjam duit tak mahu bayar balik;
2, walaupun isu ini tertumpu kepada kumpulan minoriti, pihak kerajaan terpaksa “selamatkan keadaan”, pihak kerajaan tidak lagi menghiraukan pandangan majoriti;
3, tidak perlu bertanggungjawab terhadap kelakuan diri mereka,yang penting dapat laksanakan hak-hak diri sendiri.

Sebab yang pertama 1, apa yang saya rasa kesal ialah terhadap beberapa wakil rakyat dari kalangan orang-orang Cina, sedangkan budaya kaum Cina yang begitu mulia dan indah “ada pinjam ada pulang”, telah dicampakkan ke dalam lubang najis, rupa-rupanya mereka meyokong pinjam duit tidak perlu pulangkan.

Yang kedua 2,sudah banyak kita lihat tetapi tidak ramai yang tahu, mereka fikirkan mereka simpati dengan isu-isu itu boleh menutupi semua usaha-usaha kerajaan, dimana pihak kerajaan ada banyak lagi isu dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

Yang ketiga 3, sedangkan di tempat itu ada anggota-anggota polis, samseng-samseng langsung tidak hiraukan anggota polis, yang ambil bahagian dalam rusuhan begitu ramai, pemusnah khemah adalah satu kesalahan, selain dari itu mereka tidak ikut arahan dan peraturan pihak polis, kenapa mesti mahu salahkan pihak polis yang berjaga di kawasan itu?

(Terjemahan dari artikel) Bantah Pemimpin Pakatan Rakyat Perbodoh-Bodohkan Rakyat -Oleh Chang Long Yan (Nanyang Siangpau)
Perkara: rusuhan di Dataran Merdeka-PR-BN?
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s C7
Tarikh: 21 April 2012 (Sabtu)

Sumber: bru

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List