Sunday 19 February 2012

PBB TAK SAKIT, MUNGKIN YOU YANG TENAT KOT?

-PBB MEMENANGI SEMUA 35 KERUSI YANG DIPERTANDINGNYA DALAM PILIHANRAYA NEGERI YANG LEPAS & DI SESETENGAH KAWASAN DENGAN MAJORITI YANG LEBIH TINGGI

APA hal ni? Siapa cakap PBB sakit? Ngapa nak tuduh-tuduh orang lain ada “masalah” pulak? Ada udang di sebalik batu jer? Ada papa ker ni? Bukan nak membuka pekong sendiri, kebetulan topik “parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak sakit” yang menunding PBB mempunyai masalah ini telah di bangkitkan di dalam beberapa buah blog, jadi mari kita sama-sama membuat “post-mortem” dengan  perkembangan politik terbaru negeri Sarawak.

Di antara parti komponen dalam BN Sarawak, PBB yang paling “solid-molid” jika di bandingkan dengan PRS, SPDP dan SUPP. Berdasarkan dengan keputusan pilihanraya Negeri yang lepas, PBB telah MENANG semua 35 kerusi yang di tandanginya dengan banyak kawasan yang menang dengan majoriti yang lebih tinggi berbanding pilihanraya Negeri yang sebelum ini.

Berbanding dengan SUPP, SPDP dan PRS, mereka semua telah kehilangan sekurang-kurangnya satu kerusi masing-masing. Di antara ke-tiga-tiga parti tersebut  PRS lah di anggap paling tegap berbanding ketiga-tiga parti berkenaan. SUPP walaupun mempunyai dua “faction” kedua-dua bahagian tersebut masih menganggap diri mereka “SUPP”.

SPDP pula mengelami keadaan yang berbeza kerana SPDP5 nyata telah “meninggalkan” SPDP dengan menubuhkan “Kelab BN” dan SPDP dijangka akan menghadapi masalah dalam PRU13 terutamanya di kawasan Mas Gading yang menjadi kubu kuat Datuk Tiki Lafe, salah seorang daripada ahli Kelab BN.

Namun begitu, Presiden SPDP Tan Sri William Mawan mungkin akan menghadapi masalah dalaman yang baru tidak lama lagi jika beliau tidak membendung awal atau mengawal keadaan ke atas ahli SPDP telah secara terbuka memasang angan-angan untuk menjadi calon dalam kawasan PBB dalam PRU13 yang akan datang.

Ramai penganalisa politik merpendapat “ramalan syok-sendiri” yang kononnya sembilan orang MP PBB yang akan di gugurkan dalam PRU13 mempunyai motif tersendiri. “Ia mungkin berniat untuk menghuru-harakan PBB supaya bertelegah sesama sendiri,” kata salah seorang daripada mereka manakala seorang lagi berpendapat, ianya adalah “satu diversion” untuk mengalih perhatian orang ramai ke atas “masalah besar yang sebenarnya” yang di hadapi parti mereka yang beria-ia memulakan ramalan tersebut.”

Walauapapun apa niat mereka ini, PBB akan tetap teguh dan bersatu di bawah pimpinan Presidennya  yang juga Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud. Yang pastinya, Pehin Seri mempunyai perancangan serta strateginya sendiri lebih-lebih lagi dalam penamaan calon dan pemilihannya tidak akan di pengaruhi “ramalan-ramalan” orang lain.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List